Kesihatan

Tiada Miss V Beraroma Bunga, Ini Petua Atasi Bau Cara Natural

Share

Bahagian sulit berbau, hakikatnya memang tiada Miss V yang beraroma bunga, tapi cubalah petua mustajab ini atasi bau cara natural.

Umumnya Miss V memiliki bau khas yang musky dan sedikit hamis. Sekiranya bau tersebut menimbulkan rasa kurang nyaman, beberapa petua mustajab ini boleh diamalkan di rumah.

Sememangnya tiada Miss V beraroma bunga, sis. Setiap tubuh wanita pasti menghasilkan bau tertentu yang normal selagi ia tidak menjejaskan kesihatan.

Namun dalam sesetengah keadaan, Miss V akan mengeluarkan bau yang lebih ‘menyengat’ daripada biasa. Umpamanya sewaktu berpeluh, menstruasi atau berhubungan intim dengan pasangan.

Instagram @hijabistamag

PETUA ATASI BAU

Menerusi laman Dr Axe yang merupakan seorang pakar kiropraktik, perubatan am dan diet, terdapat beberapa amalan yang mustajab untuk mengatasi masalah bau Miss V.

(1) Air

Selaput kulit Miss V memerlukan cecair agar dapat berfungsi dengan baik. Ia juga mengekalkan lembapan dan mengurangkan aroma tidak menyenangkan.

Instagram @hijabistamag

Sebenarnya untuk menjaga Miss V, sis tak perlukan sabun pembersih khas tau! Petua yang betul, cukup dengan mencucinya menggunakan air hangat sehingga bersih.

 

(2) Baking soda

Serbuk baking soda boleh digunakan untuk mengimbangi pH tubuh. Apabila pH seimbang, masalah bau Miss V dapat dihapuskan.

Petuanya mudah. Taburkan setengah cawan serbuk baking soda ke dalam tab mandi berisi air, kemudian berendam selama 15-20 minit.

Selepas mandi, keringkan tubuh terutamanya di bahagian celah Miss V yang banyak lipatan.

 

(3) Cuka Epal

Bau yang hamis serta kurang menyenangkan lazimnya berlaku kerana perkembangan bakteria yang tak terkawal.

Petua yang disarankan adalah menggunakan cuka epal. Caranya, bancuh sedikit cuka epal ke dalam air mandian dan jirus ke bahagian Miss V dan serata tubuh.

Instagram @hijabistamag

Cuka epal mengandungi sifat antibakteria dan antiseptik untuk melawan bau ‘menyengat’ pada Miss V. Air mandian cuka epal dapat memulihkan tahap asid Miss V ke paras normal.

 

(4) Makan buah dan sayuran segar

Macam klise namun inilah petua mustajab untuk menjaga kesihatan Miss V. Ini kerana buah dan sayuran segar mengandungi banyak vitamin serta mineral penting.

Antara yang sesuai diamalkan adalah buah oren atau limau, jambu dan strawberi yang kaya vitamin C untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap bakteria.

Sayuran hijau pula boleh melancarkan peredaran darah dan mencegah kekeringan Miss V.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/wajah-berseri-tak-lokek-dengan-senyuman-zara-zya-kongsi-petua-kulit-glowing-miliknya/

Published by
Lin