Adakah anda salah seorang individu yang sering bersendirian dan mula untuk memikirkan tentang hal-hal secara berlebihan? Kadang-kadang perkara yang anda fikirkan itu belum sahaja terjadi tetapi sudah pelbagai andaian yang anda fikirkan.
Memikirkan tentang hal-hal yang belum jadi dan aturkan perancangan mungkin menjadi satu perkara yang baik dan mendatangkan kelebihan buat anda. Namun, adakah ianya satu perkara yang merugikan kerana bakal membuatkan emosi anda terganggu? Overthinking, mungkin ada jalan penyelesaian.
Berfikir tentang sesuatu perkara secara berlebihan merugikan
Apabila anda mula untuk berfikir tentang sesuatu perkara dengan sangat berlebihan, atau erti kata lain, overthinking, ia akan mengambil banyak tenaga dan juga masa anda. Malah, ia overthinking akan membuatkan kehidupan anda tidak tenteram.
Menurut hellosehat, jika keadaan itu masih berterusan, ia akan membuatkan seseorang individu itu akan mengalami stres yang melampau sehinggakan boleh memberikan risiko gangguan jiwa. Kemurungan, rasa gelisah, dan boleh terkena serangan panik adalah antara contoh jika kerap overthinking.
Artikel berkaitan: Selalu Sakit Sendi & Kemurungan, Amalkan Senaman Tai Chi Setiap Waktu! Ini Kelebihannya Yang Wajib Anda Tahu!
Overthinking boleh di kurangkan
Punca permasalahan yang timbul tidak kira dari aspek kesihatan fizikal mahupun mental, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Jadi tidak usah untuk menekan diri anda jikalau anda seorang overthinker kerana ada solusi yang boleh kami kongsikan kepada anda, antaranya adalah:-
#1 Cari punca kenapa anda kerap berfikir tentang sesuatu perkara itu
Sudah pasti bila anda kerap memikirkan tentang sesuatu perkara, ia tentu berpunca dari satu masalah yang baru berlaku ataupun anda membuat andaian ia akan berlaku. Jadi anda akan mula untuk berfikir secara berulang-kali untuk mencari jalan penyelesaian masalah tersebut.
Anda perlu tahu untuk membataskan diri anda sebelum ia menjadi mudarat. Kadangkala, setiap permasalahan itu berlaku mungkin atas sebab yang tertentu. Jadi ia perlukan masa untuk di selesaikan. Apa yang anda perlu lakukan adalah kurangkan dari berfikir secara berlebihan tentang masalah itu, cuba untuk tenangkan diri sebelum terus menekan diri anda.
#2 Buat sesuatu perkara yang lain
Anda pasti akan buntu apabila anda kerap memikirkan tentang perkara yang susah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sabar adalah kunci utama, malah, apa yang anda boleh buat untuk redakan kerisauan anda adalah dengan lakukan perkara yang boleh mengelakkan dari berfikir tentang perkara tersebut. Hal ini membolehkan anda untuk bertenang buat seketika dan jauhkan diri dari risiko kemurungan.
Anda juga boleh lakukan perkara seperti:-
- Menulis tentang apa-apa sahaja yang anda rasa melalui penulisan puisi atau sajak, sedikit sebanyak dapat membantu dalam ekspreskan perasaan dan emosi yang terbuku di hati.
- Lakukan aktiviti yang anda suka, mungkin seperti hobi atau perkara yang anda jarang lakukan tetapi ingin mencuba. Aktiviti seperti itu boleh merangsang pemikiran serta emosi anda kepada arah yang lebih positif.
Artikel berkaitan: Elak Kemurungan Yang Memotong Mod Pagi Anda. Makan 13 Makanan Hebat Ini
#3 Berikan masa buat diri sendiri sebelum membuat keputusan
Ya, sangat penting untuk anda berikan masa kepada diri sendiri kerana setiap perkara perlukan masa yang secukupnya. Jika anda terus memaksa diri dan tidak memberikan ruang untuk berfikir secara rasional, anda hanya menjerut diri dan cuba untuk risikokan kesihatan mental anda. Ingat, setiap perkara boleh di selesaikan dengan cara yang baik.
#4 Cuba buat satu tindakan dari terus berfikir
Sejauh mana anda berfikir sekali pun, jika tiada tindakan yang di ambil juga amat merugikan. Ada satu ketika anda pasti sudah mejumpai jalan penyelesaian kepada masalah anda, tetapi anda rasa gelisah dan khuatir oleh kerana ia mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Tetapi sampai bila? Cuba lakukan tindakan yang anda rasa ia wajar di lakukan, kita hanya merancang, jadi jangan risau jika ia menjadi lebih keruh atau tidak, usaha yang pasti.
#5 Jangan biarkan diri anda terjerumus kedalam penyesalan
Overthinking hanya akan membuatkan anda lebih gelisah dan sukar untuk berfikiran secara rasional. Sudah tentu anda tidak mahu hanya memikirkan perkara yang negatif sehinggakan anda akan berada dalam satu ‘kepompong’ yang tidak boleh bebas dari masalah yang anda hadapi sekarang. Anda hanya perlu lakukan apa yang wajar anda lakukan, elak biarkan ia terlalu mengaburi kehidupan anda kerana suatu hari anda akan di selebungi penyesalan.
Sumber gambar: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI