Menjadi impan setiap wanita mahu kelihatan cantik dan bergaya di hari bahagia. tidak kiralah untuk majlis pertunangan atau perkahwinan. Tetapi bagi selebriti Sharifah Aryana atau lebih dikenali dengan nama Orked (dek kerana filem Mukhsin) sangat ‘sempoi’ apabila bergaya cukup simple di majlis pertunangannya. Tiada dress anggun sebaliknya selesa menyarung baju kurung serta berkain seperti batik pada majlis yang berlangsung Sabtu lalu di kediaman ibu bapanya.

Tiada ‘Dress Bling-Bling’, Adik Sharifah Amani Pilih Baju Kurung Di Majlis Pertunangan. Sempoi Tapi Cantik!
Yana kini jadi tunangan orang.

Yana yang merupakan adik kepada Sharifah Amani dan Sharifah Aleeya ini selamat melangsungkan pertunangan dengan teman baiknya sendiri yang dikenali dengan nama Jad Hanif.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Yana yang cukup simple tetapi tetap menyerlahkan kecantikan dirinya.

Biarpun tanpa dress ‘bling-bling’ sekadar berbaju kurung dengan solekan ringkas, penampilan Yana tetap kelihatan cantik dan anggun sekali.


Netizen turut memuji Yana yang meraikan majlis pertunangannya dengan memilih cara simple dan sangat bersederhana.

mrsdoctor_i Comel sangat . Congrats pretty  

Ads

thippypoppy Love how simple & minimal it was ❤️ Congrats!

wahidawaheeda so simple!love it!!congrats babe

azrinaalias Tahniah.. Simple jek.. I loike.. Alhamdulillah 

gonejeng Congratulations orked..simple, nice n lots of love joy too..

Ads

Majlis penuh sederhana itu, dihadiri oleh ahli keuarga terdekat sahaja dan masing-masing gembira segala dirancang berjalan lancar.

Tiada ‘Dress Bling-Bling’, Adik Sharifah Amani Pilih Baju Kurung Di Majlis Pertunangan. Sempoi Tapi Cantik!
Dihadiri ahli keluarga terdekat.

Dalam tulisannya di laman instagram Yana mengakui cukup teruja bercampur gementar dan gembira dengan keputusannya bertunang dengan sahabat baiknya sendiri.

On the 2nd of March 2019, I got engaged to my best friend. My parents were there as well as his, my aunties and uncle and his aunty and uncle.

It was a small and intimate gathering as we sat down and discussed how the rest of our lives will pan out.

Ads

I was nervous and excited at the same time and at times I wasn’t sure, all I needed to do was look him in the eyes and was reassured.

Tiada ‘Dress Bling-Bling’, Adik Sharifah Amani Pilih Baju Kurung Di Majlis Pertunangan. Sempoi Tapi Cantik!
Tetap cantik walaupun hanya menyarung baju kurung.

Sebelum ini kakak kepadanya, Sharifah Aleesya juga tampil lain daripada yang lain di majlis perkahwinanannya.

Ternyata anak-anak pelakon Fatimah Abu Bakar ini berjaya mencipta sesuatu yang lain untuk hari bahagia mereka agar boleh diingati sampai bila-bila.

Tahniah Hijabista ucapkan dan tidak sabar menanti apa pula kelainan bakal ditampil di majlis perkahwinan Yana nanti.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHARIYAH ARYANA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI