Ajal maut jodoh pertemuan semua telah ditentukan olehNya sama ada kita kahwin dengan orang muda atau pun lebih berusia mahupun ada yang bujang hingga hujung nyawa.
Persoalannya sekiranya kita tidak berjodoh di dunia adakah kita bertemu jodoh di syurga? Melalui satu entri di laman facebook Ustaz Azhar Idrus:
SOALAN :
Berkenaan kenyataan ustaz di dalam syurga tidak ada hidup membujang saya mohon ustaz sebutkan dalilnya untuk menambahkan pengetahuan saya.
JAWAPAN :
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan iaitu bersuami isteri.
Ada pun di dunia tidak semua orang yang ingin mempunyai pasangan mendapat ia akan pasangannya bahkan mati ia dalam keadaan bujang.
Firman Allah Taala :
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Ertinya: “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulamak telah sepakat atas sungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَالَّتِى تَلِيهَا عَلَى أَضْوَإِ كَوْكَبٍ دُرِّىٍّ فِى السَّمَاءِ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ اثْنَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ وَمَا فِى الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
Ertinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ia ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadith di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
wallahua’lam
Semoga yang masih belum bertemu jodoh tidak bimbang dan gusar kerana segala perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula kita menghina sekiranya jodoh seseorang jauh berbeza umur.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 9 Petua Berhasil Agar Dipercepat Jodoh Yang Baik Bagi Mereka Yang Masih Single
SUMBER: ustaz azhar idrus