Kebiasaannya kita melihat kebanyakan instafamous atau influencer hanya akan memaparkan sisi cantik untuk muat turun foto di medium media sosial masing-masing. Namun berlain dengan instafamous atau lebih dikenali sebagai blogger popular Nisa Kay yang lari dari kebiasaan dengan muat turut dirinya sedang memandu lori sampah. Ini dilakukan untuk satu kupasan dalam ‘task’ bagi Pencarian Hos Mingguan Wanita.
Tiada baju bling-bling, mekap tebal atau tumit tinggi serta beg sebagai aksesori, sebaliknya hanya menyarung uniform bagi pekerja wanita yang memandu lori sampah ini. Kelihatannya Nisa Kay kelihatan begitu yakin melakukan yang terbaik dalam tugasan dibuat.
Menurut Nisa yang pernah terpalit kontroversi sebelum ini gara-gara menari di majlis sambutan hari jadi Neelofa setahun yang lalu, namun berjaya membuktikan instafamous sepertinya bukan hanya sekadar pose cantik, tetapi sanggup berdepan dengan tugasan berat seperti ini.
Malah tambahnya lagi tiada apa untuk dimalukan dengan kerjaya sebagai pemandu lori sampah. Nisa Kay juga turut memberitahu dalam posting terbarunya itu ia suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan belajar banyak benda.
Nisa Kay adalah salah seorang Finalis Pencarian Hos Minggu Wanita yang akan disiarkan acara kemuncaknya di Saluran Astro Prima jam 12 tengah hari Khamis ini.
This will be one of the most unforgettable experience ever. My first time rasanya buat liputan dan kupasan untuk topik berkaitan dengan wanita, siap cuba bawak lori lagi!!! Sesungguhnya saya belajar banyak benda. .
Terima kasih yang teramat sangat kepada team yang bersama-sama dengan Nisa ke Sungai Petani, Kedah untuk tugasan “Pemandu Lori Sampah Wanita” – @f_husnaa @miohatta @rakin.syazwan & Paan (yeke dia takde insta ?). I learnt a lottt!! Terima kasih di atas segala guideline dan tunjuk ajar. Terima kasih kerana cuba mendapatkan shot menarik dan yang terbaik walau di bawah panas lit lit. Terima kasih di atas kesabaran anda semua dengan Nisa. Nisa harap Nisa dah lakukan yang terbaik. Kepada team Mingguan Wanita secara keseluruhannya, kalian memang the best! Tak dapat nak sebut satu-satu, but you guys know who you are ? tq so much abg @boyfareedsharif di atas kerjasama dan panduan. Bertemu kita sekali lagi ya.. semoga ada rezeki bertemu & bekerjasama sekali lagi. Kepada pihak @envidaman Sg Petani, dan Puan Aini.. Nisa sangat sangat berterima kasih di atas kerjasama setiap daripada anda. .
Ads
However, I am truly, and very very sorry I did not do well during the live studio task. I take all the blame, all the weaknesses on me. It is difficult to explain what went wrong with me at that time. But it’s okay.. moga ada rezeki Nisa di kesempatan yang lain. Bagi sesiapa yang bakal menang pencarian hos ini, you deserve it and I am proud for each girls
Saksikan kemuncak Pencarian Hos Mingguan Wanita pada 28 Mac ini, Khamis di saluran Astro Prima jam 12 tengahari! .
Pemenang Anugerah Ratu Favourite, Mellya berasa seronok kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran dalam Ratu Hijabista hinggalah ke pentas akhir.
Tidak menyangka berjaya menyandang gelaran ini, Mellya,23, sangat bersyukur kerana sokongan hebat daripada para penyokongnya itu membuahkan hasil.
Perasaan Mellya pada malam ini?
Sangat lega dan puas lepas 8 minggu bertarung menghadapi pelbagai cabaran dan kejutan. Lega kerana kini boleh fokuskan pada apa yang sepatutnya.
Banyak yang berubah cuma yang paling Mell ingat adalah kesabaran dan cabaran Mell berfikir tentang dunia lain daripada dunia yang Mell ceburi sebelum ini. Kita akan fikir oh macam ni rupanya. Jadi kehidupan itu berubahlah mengikut keadaan semasa.
Aktif dengan Parlimen Belia, adakah Mellya berminat untuk menjadi wakil rakyat suatu hari nanti?
InsyaAllah. Itu adalah salah satu impian yang saya harap boleh jadi realiti di masa hadapan sebab Mell suka sangat-sangat untuk memberikan inspirasi pada orang dan dalam masa yang sama juga membantu mereka yang memerlukan.
Macam mana rasanya bila tahu Mellya dapat undian tertinggi di kalangan peminat?
Rasa nak nangis kerana tak expect Anugerah Ratu Favourite. Namun, Mell tahu Mell ada rakan-rakan yang hebat di luar sana yang sokong Mell. Merekalah yang selalu buat poster dan sebagainya untuk mengundi Mell.
Bila teringat Mell akan terfikir yang tiada apa yang dapat Mell lakukan untuk membalasnya. Cuma doa yang dapat Mell berikan agar mereka juga merasai apa yang Mell rasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wow memang hebat! Hijabi ini sememangnya telah berjaya memecahkan persepsi negatif terhadap gadis berhijab apabila berjaya menyertai pertandingan meluncur ais peringkat antarabangsa. Siapa kata hijabi tidak mampu beraksi dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak?
Berasal dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari, gadis berusia 22 tahun ini merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Tampil bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra memang memukau dek kerana ketangkasannya dan tidak keterlaluan Hijabista katakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang lain.
Impian Sejak Usia 12 Tahun
Zahra Lari mula meminati dan memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais selepas menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Demi memastikan dirinya berjaya mencapai impiannya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Cabaran Yang Perlu Dihadapi
Berasal dari negara Islam yang konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia ingin bertanding dan percaya bahawa ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka. Keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Ibu Zahra sendiri mengakui mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya demi memberi izin kepada anaknya untuk menyertai sukan tersebut. Apatah lagi dengan kostum yang menjolok mata.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah selepas bapanya sendiri melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Malah, keyakinannya semakin bertambah selepas melihat kostum yang digayakan tidak terlalu menjolok mata. Malah, ayah Zahra kini merupakan penyokong utamanya!
Matlamat
Zahra Lari mengakui bahawa sentiasa komited erana dia percaya bahawa luncur ais merupakan kombinasi seni dan sukan. Semangat dan minat yang tinggi dalam sukan luncur ais membuatkan dia sentiasa fokus untuk mencapai matlamatnya dan dalam masa yang sama turut mengabaikan segala negativiti dan halangan yang mendatang. Antara matlamatnya termasuklah mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Sebelum ini penyanyi Shila Amzah telah mencipta nama di China hingga mampu menguasai bahasa itu dengan baik di sana. Dan baru-baru ini dua orang pelajar wanita berhijab dari Malaysia juga turut berjaya mencipta nama di sana. Keduanya menjadi Johan Debat Bahasa Mandarin mengalahkan 16 buah universiti dari pelbagai negara termausk Jepun, Swedeen, Australia, Korea dan Mexico.
Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China (Beijing, Hebei, Tianjin) telah bermula pada 15 April hingga 15 Jun 2018 lalu.
Menurut laman sosial facebook Education Malaysia, Beijing_EMSB memberitahu pada pusingan awal pasukan dari Beijing Foreign Studies University(BFSU) berjaya mendapat Johan di peringkat Beijing dan seterusnya terpilih mewakili Beijing untuk bertanding dengan wakil dari provinsi Hebei.
Dua pelajar Malaysia berhijab berkenaan yang telah mengharumkan nama negara ini, iaitu Nur Afifah binti Elias dan Arina Safwah binti Jailan yang merupakan ahli pasukan debat BFSU. Mereka telah menunjukkan kesungguhan dan kualiti penguasaan Bahasa Mandarin yang cemerlang.
Setelah mengharungi lima pusingan selama tiga bulan, akhirnya, kumpulan debat dari BFSU ini telah berjaya meraih johan dalam pertandingan kali ini dan berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan BFSU.
Antara tajuk yang diperdebatkan termasuklah “Media sosial lebih mendekatkan masyarakat atau sebaliknya” dan “Penularan di media sosial barah atau penawar?”.
Education Malaysia Beijing amat berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang diperolehi oleh pelajar Malaysia ini. Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun yang lain. Semoga lebih ramai lagi pelajar Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!