‘Tiada Apa Kekal Dalam Dunia. Akhirat Juga Yang Kekal’-Mira Filzah Tak Mahu Leka

Share

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH32) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan gilang-gemilang.

Pada malam yang berprestij itu, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah telah menggungguli anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular.

Pelakon drama fenomena Sweet Dreams itu telah meraih sebanyak 6,320,430 undian sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu Siti Nordiana dan Syafiq Kyle.

Menulis ucapan penghargaannya di laman instagram, Mira akui sangat terharu dengan sokongan padu oleh semua insan yang banyak membantunya termasuklah para peminatnya yang gigih mengundi tanpa rasa jemu.

Mira mengakui dia ingin membuktikan sesuatu pada ibu bapanya memandangkan mereka agak keberatan untuk membenarkannya memasuki industri seni pada awalnya.

Bismillahirrahmanirrahim. First and foremost, syukur Alhamdulillah, besides undian, I believe this is the rezeki from Allah SWT. Whatever happens in this world, to us, are plans made by Allah. Alhamdulillah for this. Thank you mak abah along and aina, that has always been my number 1 supporter and advisor. Thank you mak abah for letting me enter this industry walaupun ada berat sikit pd awalnya. 😅 Sbb rasa berat ni lah I worked hard to prove to both of you. 😂

Thank you @farhadiana and @angah_09. My backbones. The ones that always be there for me. Thank you sis for all the trouble that I caused you (intentionally or unintentionally) 😅 you and Angah jaga i very very well. I was nervous on stage sampai lupa nk say thanks to these two important people in my career. 

Thank you medias, nk sebut nama satu satu banyak. But you guys play important roles in my career. Thank you for all the good writes up about me for the past 4 years. Nk ikutkan sini juga nk sebut semua nama producers, directors, casts because they all gave impacts in my career, but you know who you are, dgn semua yg Mira pernah bekerjasama, thank you. 

Last but not least, @miraclegacy_ dan semua yg mengundi. You guys worked really really hard for this. Terima kasih utk semua tenaga, masa, duit yg korang dh berpulun habis. Crazy. Mira sampai pada satu tahap mcm “ehh jgn lah sampai tak tidur lg ni, pg tidur!” Daily routine has to go on as usual! Biar ada berkat. Takut Allah marah nnt if we focused on the Dunya too much. Whatever you guys do, make it balance. Tiada apa yg kekal dlm dunia ini, akhirat juga yg kekal. And i wanna see you guys, be with you guys as well, bukan shj di dunia, tp akhirat juga. We take care of each other, remind each other okay?

I love you all kesayangan. ❤️ Without you guys, viewers Pujaan Hati Kanda tak akn mencecah 30j di YouTube, impak Sweet Dreams tidak akn menjadi fenomena, Sangkar tidak akn mencecah kutipan 12j pada hari ini, fans, PENONTON anda semua lah yg mengangkat kerjaya Mira pada tahap ini (be it official fan club, independent supporters, bukan fan club, even haters pun, netizens, ahahaha thank you sbb memberi impak dlm kerjaya Mira.

Hasil dari kemenangan itu telah melayakkan Mira membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Xtrail dan sebuah trofi.

Pada malam itu, Mira turut memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak.

Published by
Qistina