Throwback Foto Pertunangan, Elfira Akui Sangat Sebak Saat Itu Bila Rasa Doa Dimakbulkan

Share

Selebriti bertubuh genit, Elfira Loy atau lebih mesra disapa El yang kini sedang berbadan dua berkongsi gambar throwbacknya sewaktu majlis pertunangannya bersama suami tercinta iaitu Faris Khairol Anuar pada tahun lalu yang tidak pernah dimuat naiknya laman instagram miliknya.

Akui El, perasaannya pada saat itu sangat sebak dan sukar diungkapkan kerana rasa bersyukur apabila Tuhan telah memakbulkan doanya.

El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat, sebak sesebak sebaknya, haha. Bersyukur dikurniakan rasa ini. Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan.

Pengalaman yang lama mengajar el erti kesabaran, ketabahan & keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT, sabar itu memang indah. To whoever yang mengalami masalah yang terkunci di hati sehingga berat untuk dibicarakan, bicarakanlah pada Allah. Semoga Allah juga memberikan petunjuk kepada kalian. 

Btw! Baju ni abang @rizmanruzaini buat sukaaaa gila, akhirnya boleh post ehehehehehehe. Harap-harap lepasni muat balik nak pakai balik! Sebab haritu tak tangkap gambar banyak.

Seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh El, para pengikut laman sosialnya menitipkan doa buat dirinya di posting tersebut selain merasakan luahan hati El telah memberikan satu suntikan semangat buat mereka.

kredit: instagram @elfiraloy

 

Published by
Qistina