Selebriti bertubuh genit, Elfira Loy atau lebih mesra disapa El yang kini sedang berbadan dua berkongsi gambar throwbacknya sewaktu majlis pertunangannya bersama suami tercinta iaitu Faris Khairol Anuar pada tahun lalu yang tidak pernah dimuat naiknya laman instagram miliknya.
Akui El, perasaannya pada saat itu sangat sebak dan sukar diungkapkan kerana rasa bersyukur apabila Tuhan telah memakbulkan doanya.
El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat, sebak sesebak sebaknya, haha. Bersyukur dikurniakan rasa ini. Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan.
Pengalaman yang lama mengajar el erti kesabaran, ketabahan & keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT, sabar itu memang indah. To whoever yang mengalami masalah yang terkunci di hati sehingga berat untuk dibicarakan, bicarakanlah pada Allah. Semoga Allah juga memberikan petunjuk kepada kalian.
Ads
Btw! Baju ni abang @rizmanruzaini buat sukaaaa gila, akhirnya boleh post ehehehehehehe. Harap-harap lepasni muat balik nak pakai balik! Sebab haritu tak tangkap gambar banyak.
Seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh El, para pengikut laman sosialnya menitipkan doa buat dirinya di posting tersebut selain merasakan luahan hati El telah memberikan satu suntikan semangat buat mereka.
Setelah hampir 6 tahun mendirikan rumahtangga, akhirnya pasangan popular Fizo Omar dan Mawar Fareeda mengambil keputusan untuk berpisah. Pasangan ini yang berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.
Sebelum ini hanya terdengar desas desus mengenai kemelut rumah tangan pasangan ini tetapi tiada kenyataan rasmi di buat.
Dan hari ini ikatan yang terjalin selama empat tahun sebagai suami isteri akhirnya terlerai setelah Fizo atau nama sebenarnya Wah Hafizol Wan Omar, 34 tahun melafazkan talak satu kepada Mawar Abdul Karim, 30 tahun.
Sementara itu dalam laporan Berita Harian, bekas isteri Fizo Omar, Mawar menafikan mereka bercerai disebabkan ego atau harta, sebaliknya menyifatkan ia sebagai ruang memperbaiki diri masing-masing.
Mawar yang juga pengusaha tudung terkenal berkata, dia dan Fizo sudah berusaha sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan mereka, namun reda apabila takdir tidak menyebelahi.
“Selama enam tahun bersama, kami sudah cuba menyelamatkan perkahwinan ini, namun mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo.
“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga. Bukan saya tidak mencuba, tetapi saya reda dan pasrah. Ada hikmah atas apa yang terjadi ini dan ia menjadi bekalan terbaik untuk masa depan kami,” katanya.
Dalam pada itu, dalam Instagram Mawar, ramai netizen yang melemparkan pelbagai komen rentetan dari perceraian pasangan cukup popular ini.
Malah ada antaranya yang pernah melalui pengalaman sama dan memberi nasihat yang baik kepada Mawar.
mar__diaz It’s okay mawar. Enam tahun lepas sy lalui pengalaman lebih kurang sama. Terpaksa berkorban, berundur demi kebahagiaan suami & keluarganya. Alhamdulillah bekas suami sgt sygkan anak, bergilir jaga custody dan kami tetap baik sehingga skrg. Now im happy with my single life taking care of Adriana my special angel. Sy tetap bersyukur andai Allah takdirkan hanya Adriana zuriat sy walau tak sempurna. Literally, life is all about sacrifice. You gotta do what you gotta do. Yakin aturan Allah adalah yg terbaik. Sy percaya mawar kuat lalui ujian ini kerana Allah tahu mawar mampu lalui semua ini. Stay strong and keep praying for the best. Syukur Alhamdulillah jika ini yg trbaik buat mawar dan semua pihak. Dont worry, In shaa Allah, everything will be okay, maryam will be fine.
Sementara itu, netizen lain juga turut memberi kata-kata semangat kepada Mawar untuk meneruskan kehidupan ini demi anak mereka.
mdhvnrdn Punye la struggle nak dapat maryam..last2 cerai..dh tkde jalan lain ke nk selesai masalah? Sian maryam
alyaaddeena4080 Banyak2 perceraian…cerai ni paling aku sedih..!!?kesian…ak xbole nk blame sapa2…dua2 baik..sama cantik sama padan..
teena.closette Sedih sangat dengan berita ni. You guys were so beautiful together. Adore sangat mawarfizo sejak dari zaman saya study. Stay strong. Semoga yg baik2 saje utk kalian
cipahkawaiiee Sedihnya.. .. Klau boleh berbaik.. Berbaiklah demi maryam.. Sy doakan Moga segala urusan dipermudahkan.. Moga jodoh kalian masih ada & berpanjangan hingga syurga
hajirahhafiz_ Spe la kte nie nk bckp hal rumh tangga org,jge rumh tangga kte dlu..kte pnye p’akhiran nnti xtau lg mcm mne..dyeorg bcerai pon cara baik,mawar pon still fllow fizo lagi..doa jela yg baik2 utk dyeorg..semua terjadi tu ade hikmah..jgn la komen psl ank,cmne dyeorg brusaha dpt ank tu sume,dh smpai sni je jdoh dyeorg..doa jela yg baik2 utk dri kte n dyeorg b2..
n.scss Semoga mawar tabah. Akan ada yg lebih baik dan hikmah di sebalik smua yg berlaku
Baru beberapa hari masuk bulan Zulkaedah dan tidak lama lagi akan berlangsung pula musim haji. Nampaknya tahun ini rezeki menyebelahi pelakon, penyanyi serta pengacara popular Erra Fazira yang bakal mengerjakan haji. Dalam kenyataan dalam Media Hiburan Online, Erra akan ke sana selama dua minggu tanpa ditemani rakan atau ahli keluarga.
Menurut kenyataan seorang rakannya, dia akan berada di sana nanti bersama jemaah lain menunaikan untuk Rukun Islam ke lima itu tanpa ditemani rakan-rakan atau keluarganya.
Malah pengacara baru untuk rancangan Bual Bicara musim terbaru Mingguan Wanita ini turut teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah. Sebelum ini dia pernah beberapa kali melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Dalam pada itu, melihat di laman sosialnya, Erra juga turut membuat persediaan dengan menghadiri majlis ilmu bersama teman-teman rapatnya. Menurunya walaupun tazkirah disampaikan ustaz pendek tetapi perkongsian ilmu yang padat itu sangat berbaloi dan memadai.
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Erra Fazira sendiri (tunaikan haji), tetapi netizen tetap doakan primadona kesayangan ramai ini akan mendapat haji yang mabrur dan segala urusan akan dipermudahkan nanti.
rozie.ismail Alhamdulillah. Semoga mendapat Haji yg mabrur. Selamat pergi & kembali…
sarkina_bee Allah kan ada? Tak perlu risau apabila kita dijemput sebagai TeTMUNYA….ada lg rakan2 wanita sbg mahram…saya dulu pun pergi sorang …dgn 2 lg rakan…Semunya Alhamdulillah…buat yg terbaik…Allah sentiasa permudahkan!
Siapa yang tidak gembira bila mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Lagi menyeronokkan apabila ahli keluarga dapat menghantar ketika sesi pendaftaran. Namun siapa sangka, kegigihan dan tanggung jawab seorang ayah menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu itu adalah yang terakhir apabila dua hari selepas itu, si ayah telah meninggal dunia.
Dalam perkongsian thread gadis ini, tidak menyangka ketika ayahnya menghantar dia mendaftar di UiTM Jengka, Pahang itu adalah kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.
Dua hari kemudiannya, ayahnya telah dimasukkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir. Thread yang dikongsi di laman sosial twitter menggunakan akaun nama @khdjhisma1l mendapat retweet lebih 15K dan butang like melebihi 19K.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.