Senyuman lahir dari bibir yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Namun ada juga dalam kalangan kita yang sering terdedah dengan masalah bibir kering atau menggelupas. Situasi ini tidak membolehkan kita untuk menyapu apa-apa gincu bibir kerana takut mendatangkan masalah lebih teruk. Namun thread mengenai penjagaan bibir kering ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi hijabi yang ada masalah ini. Tweet ini juga turut mendapat retweet yang postif dari netizen. Rata-rata berkongsi cara mereka menjaga dan memilih produk bersesuaian untuk bibir.
Sebelum ini diingatkan pada mereka yang mempunyai masalah bibir kering supaya tidak melakukan beberapa amalan ini.
Ini kerana boleh menyebabkan bibir menjadi rosak terus. Turut dinasihatkan agar minum air putih yang banyak dan memakai pelembap bibir bersesuaian.
Kebanyakan produk dicadangkan netizen senang untuk didapati di drugstore yang dijuil pada harga berpatutan.
Malah ia juga lebih selamat dan jangan sesekali membeli produk tiruan kerana boleh menyebabkan masalah jadi lebih teruk.
SUMBER: TWITTER @TWTKECANTIKAN