Thor & Valkyrie Tampil Classy Dalam Sut Hitam, MIB International Janjikan Kelainan Yang Hebat!

Share

Sekarang ini, sedang hangat ditayangkan filem Men In Black International di pawagam serata negara. Kali terakhir siri filem ini tampil dengan MIB3 pada tahun tahun 2012 dan telah mencapai kutipan box office yang membanggakan di seluruh dunia.

Lainnya untuk siri terbaru ini, filem mengenai organisasi perisikan rahsia yang melawan makhluk asing ini tidak lagi menampilkan Lee Jones dan Will Smith sebaliknya filem ini kembali dengan teraju utama yang menjadi kegilaan semua iaitu Chris Hemsworth sebagai Agent H dan Tessa Thompson sebagai Agent M.

Gandingan hebat aktor di antara Thor dan Valkyrie ini memang tidak perlu disangkal lagi kerana keserasian mereka dalam lakonan sudah diakui ramai.

Bagai mengubati kerinduan peminatnya setelah siri ini muncul kali terakhir pada tujuh tahun yang lalu, filem arahan F.Gary Gray ini menjanjikan aksi yang lebih hebat dan juga kemunculan watak istimewa yang comel iaitu Pawny yang mencuit hati semua!

Filem yang ini mengisahkan tentang Ejen H yang dikenali dengan reputasi sebagai ejen terhebat di cawangan MIB United Kingdom yang mempunyai misi yang sama dengan Ejen M, seorang ejen baru  iaitu menyelesaikan masalah besar yang melanda apabila mengetahui ada perisik dalam organisasi MIB.

Kemunculan YouTuber Malaysia sebagai cameo dalam filem ini.

Selain hadir dengan plot filem yang menarik, penampilan Ejen M dalam filem ini juga menarik perhatian ramai apabila dia juga bersut hitam dan berkemeja putih seperti ejen lain yang menyerlahkan sisi tegasnya namun tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Tak mahu dedahkan scene menarik filem ini, penulis memang menyarankan anda semua ke pawagam untuk menonton filem yang sudah ditayangkan sejak 13 Jun yang lalu. Pasti tidak menghampakan!

Published by
Qistina