Kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu dan dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.
Di sini kita dapat menilai mengapa Rasulullah SAW sangat sayangkan kucing dan menyatakan bahawa kucing itu suci dan tidak najis. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran seharusnya menjaga dan memelihara persekitaran agar sentiasa bersih dan selesa untuk menjalakan kehidupan seharian.
Kita biasa dengar yang kucing merupakan haiwan kegemaran dan kesayangan Nabi Muhammad SAW, Bahkan, pernah ada kisah juga tentang Nabi Muhammad SAW dan kucing peliharaannya yang bernama Mueeza.Menurut ceritera itu, setiap hari Rasulullah SAW menerima tetamu di rumah, baginda akan mengendong kucing itu lalu diletakkan di atas pahanya. Dipercayai salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi SAW suka adalah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan.
Bahkan, Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing sebagaimana kita menyayangi ahli keluarga sendiri, kerana kucing ialah haiwan yang penuh keberkatan.
Satu perkongsian di laman Twitter telah menceritakan tentang keberkatan yang datang kepada seorang lelaki selepas dia memberi beberapa ekor kucing liar makan
Mohd Fikri Iman Ridwan yang telah menganggur hampir dua bulan tiba-tiba mendapat tawaran kerja, lantaran memberi beberapa ekor kucing liar makan. Semua ini hanya dengan membeli tiga paket makanan kucing dengan bermodalkan kurang daripada RM5!
Image via Twitter @MohdFikriEman
Ads
Fikri yang berumur 22 tahun itu turut menyertakan sekali gambar hiasan, hasil cariannya di laman Google, bagi menggambarkan situasinya memberi makan kepada kucing.
Menurut Fikri, “Saya tengok empat lima ekor kucing berkeliaran di kawasan rumah, terdetik di hati untuk saya pergi beli makanan untuk haiwan itu.
“Pagi esoknya terus saya dapat dua tawaran kerja. Apabila dapat berita itu, terus saya terfikir pasal kucing yang saya bagi makan.
“Waktu kerja juga fleksibel, selain kerja pertama sebagai Pembantu Perangkaan, saya juga jadi jurulatih kecergasan pada hujung minggu,” ujarnya dalam satu temubual bersama MStar.
Ads
Bukan itu sahaja, tetapi Fikri turut dikejutkan dengan pengesahan untuk mengerjakan umrah, tidak lama selepas itu
Apabila ditanya perihal keajaiban ini, Fikri menyatakan bahawa dia menyifatkan rezeki itu sebagai bukti ‘kuasa bersedekah’.
“Semua benda baik bertimpa-timpa. Sebelum kejadian kucing tu saya belum confirm lagi nak ke sana (Mekah). Saya juga dapat lagi tawaran temu duga kerja dari syarikat lain.
“Syukur Alhamdulillah, dengan beberapa ringgit makanan kucing, mungkin punca dari situ, saya dapat pembalasan berganda-ganda,” katanya yang bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 12 Februari ini bersama abangnya.
Ads
Susulan tularnya posting Fikri itu, ramai yang berkongsikan kisah keajaiban masing-masing setelah memberi kucing makan.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Kucing hanyalah asbab untuk kita sebagai manusia membuat kebaikan. Segala yang terjadi adalah kuasa Tuhan.
Sebagai anak kelahiran Pahang, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyatakan rasa hiba berhubung keadaan banjir teruk yang melanda tempat kelahirannya di Kuala Lipis, Pahang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi kesayangan ramai ini memuatnaik beberapa keping gambar yang mana memperlihatkan keadaan bekas sekolahnya iaitu SMK Clifford yang teruk ditenggelami air sehingga hanya menampakkan bahagian bumbung sahaja.
Tidak betah duduk diam melihat keadaan itu penyanyi berusia 41 tahun itu mengambil inisiatif untuk membantu menghantar bekalan makanan dan keperluan asas ke sana bagi meringankan beban mereka yang terkesan dek banjir.
Menurutnya, “Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.”
Selain itu, pelantun lagu popular Aku Bidadari Syurgamu ini juga turut menyeru pengikutnya, rakan-rakan dan juga alumni SMK Clifford untuk memberikan sedikit bantuan demi pembangunan semula sekolah tersebut yang terjejas teruk.
“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah,” ujarnya.
Tiada kekuatan yang maha dahsyat melebihi doa kepada Allah. Melalui doa, seorang Muslim menyampaikan harapannya kepada Allah SWT. Jika doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan, rasa ikhlas, nescaya Allah SWT akan mengabulkan doa tersebut.
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...