The Melvins Sister Bangkit Kembali, KEKASIH Cipta Hiburan Dalam Dunia Kosmetik

Share

Pekat dengan dialek utara mereka dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana komitednya mereka dalam berniaga.

Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakat Dan Amalkan Zikir Al-Bari, Alhamdulillah The Melvins Dah Cecah Status Jutawan

Cipta hiburan dalam dunia kosmetik

Satu KEKASIH cukup ke? Itu tagline yang dibawa empat beradik yang cukup riuh dan kecoh ketika megadakan sesi siaran langsung di TikTok. Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.

Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran. Pernah bergelar jutawan muda pada tahun 2020, ternyata Melvin Sisters tetap berusaha mengeluarkan produk-produk tempatan yang berkualiti setanding dengan produk antarbangsa.

Bukan Sekadar Tonton, Beli Dan Cuba

Aktif mempromosikan produk di media sosial, memang sesiapa yang tonton pasti nak cuba. “Itulah yang kami harapkan dari orang Malaysia yang menonton live kami, kena beli dan cuba,” ujar Syatila. Tambahannya lagi, yakin menghasilkan produk tempatan berkualiti, mereka beri jaminan bahan-bahan yang terkandung organik dan tidak membahayakan, sesuai untuk pemakaian perempuan mahupun lelaki.

Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.

Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.

“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturizer daripada KEKASIH SKIN. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.

Para tetamu diberi set KEKASIH khas edisi RAYA

“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera.

“Dari segi harga pula, satu pek RM19 dwj paling mahal pun RM69. Dalam erti kata lain, kalau beli semua tak sampai RM100,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lillahi Ta’ala Saya Tak Ambil Satu Sen Pun’- Syatilla Melvin Niat Sedekah Keuntungan Bagi Bina Masjid

Keberkatan hubungan adik beradik

Salah seorang stokis yang giat mempromosikan produk KEKASIH

Tila dan adik beradik bersyukur apabila jenama KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak. Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.

“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH. Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.

Emma Maembong antara rakan selebriti yang hadir

“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.

“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya.

Empat tahun yang hebat

Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.

“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.

“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH