Hobi & Minat

The Helmi’s Semai Rasa ‘Cinta’ Muslimah, Terhadap Sukan Memanah & Aktiviti Sunnah!

Share

Pelakon yang kini sangat aktif berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan, Heliza Helmi sering menjadi sumber inspirasi dan role-model umum dalam memperjuangkan masyarakat Islam dunia.

Baru-baru ini, satu ‘aktiviti sunnah’ yang dilakukan oleh Heliza bersama adiknya, Hazwani Helmi iaitu sukan memanah sambil menunggang kuda menjadi bualan netizen.

Malah, dek kerana seringkali memaparkan aktiviti memeanah sambil menunggang kuda ini Heliza dan Hazwani telah dipilih memegang watak Siti dan Minah dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Netizen Kagum Bakat ‘Memanah’ Berkuda Heliza & Hazwani

Setelah melihat hantaran video tular yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok @aeeeeshah, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keberanian dua beradik itu yang begitu bersahaja melakukan aktiviti lasak itu.

Hantaran video yang tular itu, memaparkan Heliza dan Hazwani sedang memanah sambil masing-masing menunggang kuda. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang tidak asing dan sering dilakukan pada zaman Rasulullah saw lagi.

Artikel berkaitan: Heliza Kongsi Pengalaman Kali Pertama Menyambut Ramadan Sebagai Isteri!

Namun, bukan semua orang mampu melaksanakan aktiviti lasak yang dilakukan oleh Heliza dan Hazwani ni tau, jarang kita lihat ada hijabi yang masih melakukan aktiviti sunnah.

Ini sekaligus membuatkan mereka menjadi sumber inspirasi untuk terus istiqamah dalam mengamalkan serta mengekalkan sunnah dalam kehidupan seharian.

Keberanian Heliza Dan Adik Terpapar Menerusi Sukan Sunnah

Sehubungan itu, netizen telah membanjiri hantaran berkenaan dengan komen-komen positif kerana Heliza dan Hazwani merupakan role-model terbaik menggambarkan keindahan wanita Islam yang sopan, lemah lembut dan menurup aurat dengan sempurna walaupun sedang melakukan aktiviti lasak.

“Sebabtu Allah suruh kejar akhirat, inshaallah dunia pun dapat. Doakan saya jugak dapat jadi macam mereka.

“Suka tgk diorang.. Semangat jihad ke jalan Allah begitu tinggi.

“Mereka melihat, mereka menghayati… banyak musafir. Dan ini membuatkan mereka sedar cara untuk sedarkan para wanita silahlah pertahankan diri contoh dengan memanah.

Sebagai rekod, setelah melihat sendiri pergolakkan yang melanda Gaza dan Palestin 10 tahun lalu pada 2012, semangat untuk memperjuangkan isu ummah semakin membuak-buak dalam diri Heliza sehingga dia memutuskan untuk terus konsisten menjadi sukarelawan dalam misi membantu Gaza dan Palestin.

Artikel berkaitan: Heliza Helmi Dan Suami Kongsi Ilmu Tentang Bulan Rejab Atas Jet Ski, Netizen Gelar Mereka ‘Pasangan Nakal’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber: Tik Tok @aeeeeshah & Instagram Heliza Helmi

Published by
Haifa Nasir