Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, ramai penggemar milk tea tidak menikmati minuman kegemaran ini, tetapi rakyat Malaysia tidak menjadikan ini batasan untuk membuat pelbagai aktiviti di rumah mahupun merekacipta resepi sendiri.
Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas. Melalui perkongsian seorang hijabi E-da Norsyaidah
sekali tengok memang rasa nak cuba berkali.Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.
Hilangkan kebosanan anak-anak, jom cuba resepi kegemaran untuk merngeratkan silatulrahim. Selamat mencuba!
Sumber: E-da Norsyaidah