Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sememangnya sinonim dengan tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam setiap penampilan formal mahupun kasualnya.
Biarpun nampak ringkas dan sederhana namun gaya Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita ini sering menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi ketika beliau menggayakan kurung pesak mahupun moden, penampilannya nampak sangat manis dan ‘awet muda’ pada usia 46 tahun!
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi hantaran di akaun media sosialnya di mana beliau menyarungkan pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional (KV).
Biarpun berstatus VIP beliau tetap memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu. Malah, beliau juga adalah peminat setia kepada hasil-hasil jahitan institusi tersebut.
Terbaharu, beliau telah memuat naik satu hantaran di mana beliau menyarungkan tudung bawal keluaran kolej tersebut.
Ads
Dalam hantaran itu, beliau mengenakan kemeja polos berwarna biru muda dilengkapi dengan tudung bawal warna senada. Ia digayakan dengan kemas mengikut syariat.
“Begitulah eloknya kejadian tudung bawal yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional ini apabila dipakai.
“Ada pelbagai warna dan corak dikeluarkan oleh Kolej Vokasional bagi koleksi bawal mereka.”
Ads
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil produk inovasi keluaran Kolej Vokasional KPM yang sangat berpotensi untuk pasaran komuniti.
“Di Kolej Vokasional KPM, kami sentiasa berbangga dengan produk inovasi keluaran KV kerana ia adalah hasil tangan anak tempatan yang sebenarnya sangat baik untuk pasaran komuniti.
Malah, menurut beliau ia juga mampu memberi inspirasi keusahawanan untuk lepasan Kolej Vokasional meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat graduasi.
Warga maya tertarik dengan penampilan beliau dan meluahkan rasa bangga dengan hasil keluaran Kolej Vokasional.
Ads
“Semoga keluaran KV terus cemerlang.”
“Sejak YB berkongsi berkenaan baju-baju yang YB pakai adalah hasil pelajar-pelajar KV.. saya sangat terinspirasi.. dan sekarang tudung pula.. tahniah YB kerana usaha murni YB menaikkan nama KV.. semoga dipermudahkan semua urusan YB.. Aamiin.”
“KV antara produk KPM yang berharga di pasaran kerja dan masyarakat..”
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dunia tanpa sempadan mendedahkan kepada kita pelbagai perkongsian dari pengguna media sosial terutama dalam dunia kecantikan. Namun tidak semua produk yang dihasilkan elok untuk kulit kerana ada antaranya boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Perkongsian dari doktor ini mengingatkan betapa bahaya hasil DIY penjagaan wajah yang dibuat sendiri. Menurut Dr Norbaizura Mohd Ismail memberitahu terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan kulit wajah seseorang. Malah lebih teruk ada yang menyebabkan kulit bernanah dan terbakar.
Jadi dia menasihatkan mereka yang membuat campuran bahan sendiri ini agar jangan sebarang tempek produk ini pada kulit wajah. Malah bahan berasaskan natural juga tidak semestinya tiada kesan sampingan. Justeru dia menasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum letakkan sebarangan bahan pada muka.
Hati2 ketika menggunakan skincare DIY!
Apa tu skincare DIY?
Mesti ramai yang pernah cuba kan skincare DIY ni? Amek yogurt, lps tu cmpur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), pastu tempek kat muka… Haaaaa kalau biasa buat mcm ni, hati2 tau!!
Terdapat byk kes peradangan/burn (contact dermatitis) yg saya terima di klinik akibat skincare DIY ni. Yang paling sering adalah burn sebab letak kunyit, bawang putih, limau, baking soda etc pada muka. Smpi terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yg penuh naik jerawat nanah2 di muka!
Skincare DIY ni bukannya semua tak bagus. Tapi ada bahan2 termasuk yang natural atau alami ni sebenarnya dapat menyebabkan alergik, iritasi atau kulit terbakar.
So, jangan letak sebarangan benda kat muka! Even alami/natural pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan allergik! Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarangan bahan di muka.
Towards healthy, radiant skin
KREDIT GAMBAR: GOOGLE IMAGE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sekarang ini kita dapat melihat trend penggunaan spray gun yang dikatakan mahu mencegah penularan wabak covid-19. Ia sudah menjadi seperti sebuah kewajipan pula untuk kita memiliki dan menggunakannya di rumah.
Namun begitu, adakah penggunaannya benar-benar berkesan dan mampu menghapuskan virus covid-19? Apa pula risikonya? Ikuti penjelasan penuh bermakna yang dikongsikan oleh Dr. Izzar Anwari ini.
SPRAY GUN UNTUK LAWAN COVID-19? BERKESAN KE?
Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.
Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.
CDC tak kata dia menggalakkan atau tidak menggalakkan penggunaan alat-alat ni untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.
Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :
✅ Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
✅ Menggunakan chemical disinfection yang approved
✅ Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
✅ Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
✅ Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.
Fahami risiko :
❗Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
❗Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
❗Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.
Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19. Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya..
So, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares
Tak sangka risiko penggunaannya begitu tinggi sekali buat kita semua. Oleh itu, elakkanlah daripada terus menggunakannya dan jangan terikut-ikut hanya kerana viral semata-mata. Selidik dahulu dan ikutilah saranan doktor yang ternyata lebih mudah dan selamat.
Tanggal 24 Mac ini nanti genap setahun komposer arwah Johan Nawawi meninggalkan isteri tersayang, penyanyi Nora Ariffin dan empat orang anak-anaknya. Kerinduan yang tak terbedung menyebabkan Nora sering memuat turun status kenangan bersama arwah suaminya. Ramai yang menganggap status Nora dikatakan sengaja mahu meraih simpati, tetapi hakikatnya status Nora itu jugalah telah dijadikan insprasi buat wanita di luar sana yang senasib dengannya.
TERIMA HAKIKAT
Bukan senang untuk kita menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun kongsi hidup bersama. Namun takdir Tuhan telah memisahkan dan siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya. Walaupun pedih tetapi perlu terima hakikat kerana hidup ini perlu diteruskan. Begitu juga perasaan dialami oleh penyanyi Nora yang kehilangan suami tercinta setahun yang lalu.
Bertemu Nora ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Kumpulan Media Karangkraf dan Hud Hud Media, baru-baru ini sempat bertanya isu berkenaan padanya.
Biarpun status dimuat turun itu disalah anggap sesetengah pihak, namun penyanyi besuara lunak ini hanya tersenyum setelah hampir setahun tahun kehilangan insan tersayang di sisi. Sukar untuk menebak hatinya kerana terlihat air mata bertakung di kelopak mata saat di tanyakan soalan itu.
“Bayangkan 24 tahun kami hidup bersama dan dia juga adalah tulang belakang saya. Ibaratnya kalau dulu jatuh ada orang sambut, tetapi sekarang kalau jatuh sakitnya hanya kita yang tahu. Saya kena kuat dan kena tanam semangat. Kadang-kadang saya ada luah perasaan di sosial media tetapi bukan untuk raih simpati atau meroyan. “Tetapi ia sekadar luahan hati. Saya ingat dugaan saya paling berat tetapi rupanya ramai wanita di luar sana lagi teruk ujian yang dihadapi. Ada yang beritahu, mereka lihat saya sebagai inspirasi dalam menghadapi ujian lebih besar. Secara tidak langsung, menjadi tanggungjawa saya untuk mendidik wanta di luar sana yang kehilangan (tidak kira suami, anak, atau isteri) bahawa mereka ini bukan keseorangan. “Kami berkongsi masalah dan apabila baca rupanya ada dugaan lebih berat seperti masalah rumah tangga atau hampir bercerai. Apabila mereka follow cerita saya dan saya selalu tekankan wanita di luar sana agar hargai setiap masa bersama suami anda. “Saya juga sebenarnya tak terfikir bahawa suami saya akan pergi dalam usia 50 lebih dan masa tengah sihat. Oleh sebab itu, selagi mereka ada hargai walaupun ada masanya kita bergaduh kerana tidak semua manusia itu perfect. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi tinggalkan kita,” ungkap pelantun lagu Persimpangan Dilema ini sambil tersenyum.
Menurut Nora walaupun sudah hampir setahun kehilangan Johan, tetapi dia memang tak dapat lupakan lelaki yang lama bertakhta di hatinya itu. Malah Nora sentiasa dapat rasakan dia sentiasa ada bersamanya sepanjang masa. “Saya masih dapat rasa dia ada di belakang saya dan melihat apa yang saya buat. Selepas habis tempoh iddah, memang saya meneruskan apa yang telah dirancang selama ini. Memang agak sukar untuk saya bergerak sendirian kerana sebelum ini semuanya Johan yang lakukan. “Tetapi kini saya perlu hidup berdikari sebagai ibu tunggal demi membesarkan dan menyara anak-anak. Ini adalah perkara mengejut tetapi melihat zuriat peninggalan arwah, saya bangun meneruskan kehidupan,” ujar Nora lag. Jika diikutkan dirinya hanya seorang perempuan dan kalau terikut-ikut perasaan sedih memang dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerja. “Pada awalnya memang saya jadi down. Saya tidak boleh fikir apa dan hanya mahu duduk rumah sahaja. Tetapi saya tahu saya tidak boleh berkelakuan begitu kerana banyak tanggungjawab di atas bahu ini. Kalau masa Johan ada, kami akan bahagikan kerja di mana soal anak-anak saya uruskan. “Tetapi kini semua tu terletak di atas bahu saya seorang. Dari sebesar-besar masalah hingga yang sekecik-keciknya perlu saya hadapinya. Sebelum ini kalau soal bisnes dia yang uruskan. Dan kini saya perlu tahu semua urusan dari awal hingga ke akhir proses berkenaan,” ceritanya lagi.
Namun perkara ini sebenarnya memberi hikmah padanya apabila dia dapat belajar segala-galanya. Nyata kehidupan dia bertukar 360 darjah sebagai seorang ibu dan juga bapa hingga perlu memandu sendiri kereta untuk ke pejabat.
MENANGIS SEORANG DIRI
“Saya sebenarnya perlu putuskan apa yang terbaik. Saya hendak jalan ke kiri terus meranakan diri atau ke kanan untuk move on. Bagi saya dia pergi ke tempat yang lebih baik dan Allah sayangkannya. Segala perancangan Allah itu juga adalah yang tebaik untuk dia, saya dan anak-anak dan kita tidak tahu perkara itu. “Saya anggap ia sebagai satu yang positif walaupun tahu memang agar sukar untuk melupakannya. Waktu itu saya rasa tiada teman untuk saya kognsi perasaan sedih atau gembira itu. Saya menangis sorang-sorang hinggalah sekarang. Tetapi alhamdulillah saya di kelilingi kawan-kawan dan staf yang baik. Mereka memahami dan dari segi kerja ramai memudahkan urusan saya. “Anak-anak memang menjadi kekuatan saya menghadapi saat ini. Pernah satu masa ketika dalam tempoh iddah 4 bulan hingga ke 6 bulan, saya jadi ‘down’ dan meranakan diri. Tetapi anak-anak datang pada saya berkata ‘mama tak boleh berterusan begini. Kami risau kalau berterusan begini. Papa dah tak ada dan kami tak nak kehilangan mama pula’. “Dari situ saya terus tersedar dan mungkin ketika tu kita hanya pentingkan diri sendiri. Anak-anak sebenarnya mahu melihat saya kuat, steady dan alhamdulillah kini saya juga bekerja 24 jam sehari. Balik malam sorang-sorang dan saya tak pernah terfikir benda ini sebelum ini,” luah Nora lagi yang cukup terkesan dengan kehilangan suaminya 24 Mac tahun lalu.
Dia juga mengakui ketika tempoh iddah adalah waktu cukup sukar baginya. Dia menangis setiap hari setiap malam hingga mata jadi kabur. Nora juga berkata ketika itu tidak mahu bertemu atau bercakap dengan orang. “Bukan itu sahaja, waktu itu, bila anak-anak ajak keluar rumah, pergi cuti atau ajak makan semua saya tak nak. Memang tak ada selera untuk makan apatah lagi memasak. Saya tak sanggup untuk memasak sampai sekarang kerana masih terkenangkan arwah. Biasa dulu kalau saya masak sebab nak sambut hari jadi atau ada keluarga datang dari kampung.
MORNING KISS & GOOD NIGHT KISS
Apabila ditanya pula momen yang paling dirindukan bersama arwah, Nora memberitahu momen itu terlalu banyak.
“Yang paling saya rindukan adalah saat masuk bilik ketika hendak tidur. Hubungan kami terlalu rapat danromantik. Sebe,um tidur tu kami akan selalu beri ‘good night kiss’ dan ‘morning kiss’ apabila bangun tidur. Kadang-kadang apabila balik kerja terpandang kerusi tempat Johan bekerja juga buat saya rasa sedih terasa diri keseorangan. “Tapi saya akan segera ingat Allah itu ada dan saya akan lakukan solat untuk menenangkan diri. Kadang-kadang bila ada masalah atau stress tak tahu nak cakap pada siapa. Ada kalanya saya bercakap seorang diri mengadu masalah yang dihadapi. “Malam-malam pula masa nak tidur, saya selalu berselimutkan dengan jubah arwah dan sampai hari ini tak basuh. Memang sukar untuk mengembalikan semula kekuatan tapi kita sebenarnya perlu reda pada tahap tertinggi. Jangan di mulut saja cakap reda tetapi hakikatnya tidak. “Saya sering berdoa pada Tuhan untuk memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan. Secara tak langsung kita boleh lihat Allah itu mudahkan segalanya. Ada sahaja orang yang akan datang tolong. Masalah itu ada tapi dalam keselesaan yang kita boleh hadapinya” tambahnya lagi yang kini sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya, Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif, Putri Nor Dahlia dan Putri Nur Fatihah sebelum mengakhiri perbualan. KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...