Tetap Berdegup Meski pun Di Keluarkan Dari Badan, Ketahui Fakta Menarik Sempena Hari Jantung Sedunia!

Share

Apa yang istimewa bagi 29 September hari ini? Ia merupakan hari istimewa bagi Hari Jantung Sedunia! Hari Jantung Sedunia ini di sambut bertujuan untuk memperingati kesedaran kepentingan menjaga kesihatan jantung!

Jadi bagi hari istimewa mengingati kesihatan jantung ini, anda perlu beberapa fakta yang menarik mengenai jantung manusia. Ayuh kita lihat bersama keistimewaan jantung manusia hasil ciptaan Yang Maha Esa.

Sayangi kesihatan jantung demi kesejahteraan hidup

Bila kita soal mengenai jantung, siapa sahaja tidak tahu bertapa pentingnya organ ini sebagai tunjang utama untuk mengepam darah ke sulurh tubuh badan. Bahkan, jika organ ini terhenti, tiadalah pengganti yang dapat mengepam darah ke seluruh organ dan seseorang itu akan mati dengan segera!

Di Malaysia, purata bilangan kes kematian adalah berpunca dari masalah jantung, ramai yang telah pergi akibat sakit jantung. Tetapi ramai juga yang tidak tahu kepentingan menjaga jantung ini walaupun ia merupakan satu kepentingan buat diri kita untuk sentiasa berwaspada tentangnya.

Artikel berkaitan: Simptom Masalah Jantung Tiada Kaitan Dengan Sakit Dada, Ketahui Simptom Lain Yang Ada

Jadi ada beberapa fakta yang menarik tentang jantung manusia yang telah di kongsikan dan di perincikan oleh hellodoktor, ayuh kita lihat bersama!

1. Saiz jantung hanya sebesar sengenggam penumbuk

Anda pernahkan dengar sewaktu kecil-kecil dahulu bahawa saiz jantung kita hanya sebesar penumbur tangan ini? Ya, fakta itu sememangnya betul kerana anggaran saiz jantung manusia adalah sebesar penumbuk. Walaupun ia kelihatan kecil berbanding organ pada tubuh badan, lihatlah kekuatannya untuk mengepam darah ke seluruh badan dan juga otot.

2. Jantung berdegup lebih 85,000 kali dalam sehari

Bagi kadar degupan jantung bagi orang yang normal adalah antara 60 hingga 90 degupan dalam masa seminit. Jadi apabila di darabkan dengan masa satu hari iaitu 24 jam, ia akan memperoleh kadar degupan sebanyak 86,400 hingga 129,600 degupan dalam masa sehari! Walaupun begitu, organ ini akan terus-menerus berdegup tanpa henti. Jika jantung berhenti buat seketika waktu atau beberapa minit, anda boleh terus pitam kerana darah tidak akan sampai ke otak.

3. Tetap berdegup meski pun di keluarkan dari badan

Kalau anda hendak tahu, degupan jantung ini di kawal oleh satu sistem konduksi yang boleh menghasilkan aliran elektrik dengan sendiri untuk merangsang otot-otot jantung mengecut dan mengendur. Oleh dengan itu, bila ia di keluarkan dari badan, aliran elektrik tersebut akan terhasil dengan sendiri. Apa yang lagi menarik? Ia masih berdegup!

4. Punca kematian nombor satu di dunia: Penyakit Jantung

Penyakit jantung sering menjadi punca nombor satu kematian di dunia, ia juga di sebut sebagai penyakit jantung iskemik (IHD). Ia menjadi penyakit nombor satu di peringkat global dan juga Malaysia di mana punca masalah ini berlaku apabila salur darah koronari yang membekalkan darah ke sel-sel jantung tersumbat di sebabkan oleh darah dan oksigen tidak sampai ke sel tersebut sehingga boleh menjejaskan fungsi organ ini.

5. Sel jantung tidak boleh membiak

Kebanyakan sel lain, ia boleh membiak dan berkembang untuk menggantikan sel yang telah rosak, bukan buat sel jantung. Sel pada jantung tidak berkebolehan untuk membiak oleh itu menjadi satu organ yang sangat penting buat manusia. Jika kulit kita terlukam sudah pasti badan akan memberi isyarat untuk ke sel kulit dan membentuk satu sel baru bagi menggantikan sel yang telah mati (telah menjadi luka). Tidak pula pada jantung kerana ia tidak mampu untuk menyembuh dan berkebolehan seperti itu.

Sempena hari jantung sedunia, kami dari Hijabista ingin menyarankan anda supaya sering jaga kesihatan diri dan jantung. Jantung hanya ada satu sahaja dalam dunia ini di cipta khas untuk setiap makhluk yang hidup, pastikan anda bertanggungjawab dan jangan lakukan perkara yang boleh memudaratkan diri. Selamat hari jantung sedunia semua!

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Mentaliti Serangan Jantung Hanya Terjadi Pada Golongan Orang Berumur Sudah Lapuk. Yang Muda Jangan Lalai!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee