Sekarang ini tengah hangat mengenai isu jual beli kotak misteri di platform membeli-belah di atas talian. Ramai yang teruja untuk membelinya kerana mahu mengetahui apakah kejutan yang bakal diterima menerusi kotak misteri tersebut.
Ada juga yang menjual bungkusan yang telah sekian lama disimpan di warehouse kerana tidak dituntut oleh si pembelinya. Jika bertuah anda mungkin memiliki barang bernilai namun jika tidak, kemungkinan besar anda akan menerima sampah sarap sahaja!
Walaupun mendapat sambutan ramai, namun ramai sebenarnya yang terlepas pandang mengenai hukum jual beli kotak misteri ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti penerangan yang jelas daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Hj Abdullah ini.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Sekarang ada trend satu jual beli barangan yang disebut sebagai “Mystery Box” di platform Shopee. Soalan saya, adakah dibenarkan umat islam terlibat dalam jual beli tersebut melihat kepada pembeli tidak tahu secara pasti apakah barangan yang bakal diterima? Mohon pencerahan.
Jawapan Ringkas
Jual beli sebegini tidak diharuskan dan terbatal di sisi Syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik yang diterima uruf.
Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka perlu buat akad jual beli yang baru berdasarkan barang yang diterima dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diberikan.
Huraian Jawapan
Ads
Sebagai gambaran ringkas, “Mystery Box” atau Kotak Misteri merupakan suatu produk yang tidak diketahui barangannya secara spesifik. Ia dijual dalam pelbagai platform antaranya Shopee, Lazada dan lain-lain. Juga dikenali dengan nama lain seperti “Kotak Teka-Teki” dan sebagainya. Kebiasaan modus operandinya, pelanggan akan membeli suatu barang yang diberi nama kotak misteri. Penamaan tersebut diberikan kerana pembeli berpotensi untuk memenangi suatu produk yang lumayan seperti telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi, alat solek berjenama, dan pelbagai lagi dengan nilai bayaran yang rendah.
Dalam masa yang sama, sekiranya pelanggan tidak bernasib baik untuk mendapat barang lumayan tersebut, mereka akan diberikan barang lain sebagai ganti yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada barangan yang diimpikan bahkan berkemungkinan mendapat barangan yang sangat rendah nilainya jika dibandingkan dengan duit yang dilaburkan[1].
Secara asasnya, bagi menentukan sesuatu jual beli atau perniagaan itu diterima oleh Syarak, ia hendaklah menepati dan memenuhi rukun dan syarat asas yang ditetapkan oleh Syarak.
Rukun-rukun jual beli ialah:
Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
Sighah Akad (Ijab dan Qabul)
Barang jualan dan harganya
(Rujuk: al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafie, 3/15)
Melihat kepada situasi di atas, jual beli tersebut tidak memenuhi rukun jual beli khusus berkaitan barang jualan. Huraiannya, para ulama menetapkan bahawa hendaklah setiap jual beli diketahui barang jualannya antara pembeli dan penjual.
Ads
Walaupun tidak disyaratkan mengetahui segenap aspek sehingga sekecil-kecil perkara barang tersebut, namun perlu diketahui maklumat asas berkenaan barang tersebut seperti jenis barangan, sifat dan bentuknya, dan lain-lain. Tidak dibenarkan menjual barangan yang tidak diketahui hakikat dan fizikalnya seperti “aku jual salah satu baju yang ada dalam kotak tersebut” kerana perniagaan sebegini mempunyai unsur ketidakjelasan yang keterlaluan (fahisy) dan boleh mengundang kepada pertelingkahan dan pergaduhan antara penjual dan pembeli.
(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji, 6/19)
Pada dasarnya, jual beli barangan yang tidak spesifik mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
Seterusnya, sesuatu barang itu dianggap sudah diketahui apabila memenuhi beberapa kriteria. Utamanya ialah barang tersebut sudah dilihat dan dipilih oleh pelanggan sendiri secara spesifik. Oleh sebab itu, di sisi mazhab Syafie jual beli yang dilakukan oleh orang buta tidak sah melainkan diwakilkan kepada orang lain yang sihat penglihatannya kerana unsur ketidakjelasannya sangat nyata dan keterlaluan.
(Rujuk: al-Mu’tamad, 3/29)
Tambahan pula, jual beli ini mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep yang diketengahkan menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiyar (pilihan).
Justeru, sebarang jual beli “mystery box” seperti yang digambarkan di atas adalah tidak sah dan terbatal. Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.
Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka dicadangkan kepada kedua-dua pihak membuat akad jual beli yang baru dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diterima.
Akhir kata, umat islam sewajarnya mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang jenis perniagaan yang mengandungi keraguan yang nyata walaupun dikhabarkan akan mendapat sesuatu yang lumayan kerana perbuatan tersebut boleh mengakibatkan mereka terjerumus ke dalam perkara yang dilarang dan ditegah oleh Syarak.
Inilah namanya “sleep pod” tempat tidur untuk mereka yang penat bershopping di Dubai Mall! Ya, mana la tau tengah shopping sakan sampai tak ingat dunia, tiba-tiba rasa penat boleh la take a break sebentar tidur dulu sebelum sambung semula.
Selalunya “Sleep pod” sebegini ada saya nampak di lapangan terbang. Maklumlah, mungkin ramai yang perlu rehat untuk beberapa jam ketika transit kapal terbang. Tapi kali ni kat shopping mall pula. Kemungkinan pasar raya itu mempunyai keluasaan yang perlu anda berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan dari satu kedai ke kedai lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan Sering Lesu Dan Kerap Tidur, Itu Salah Satu Tanda Kematian Menghampiri
Pengunjung di serata dunia
Dubai Mall telah melancarkan tempat tidur untuk pembeli yang letih yang mungkin keletihan daripada 1200 kedai mengikut pilihan. Sleep Pod Lounge ialah ciptaan terobosan untuk memenuhi keperluan gemar membeli-belah yang berduyun-duyun ke Dubai Mall dari seluruh dunia.
Sewa ‘kpsul tidur’ ini hanya AED 40 (RM47.90) untuk sejam dan AED 95 (RM114) untuk tiga jam, pod adalah tempat perlindungan setiap orang yang lesu. Menatiknya pod ini juga tersedia dengan soket dan pengecas.
Keluasan yang cukup panjang untuk memuatkan badan anda dengan selesa dan membolehkan anda meregang dan melambung ruang pusingan yang cukup. Ia juga membolehkan tempat tidur menghalang sebarang cahaya dan sekiranya anda seorang yang mengantuk yang ghairah, bantal juga disediakan untuk disewa dengan harga AED 10 (RM12).
Kemajuan itu adalah sebahagian daripada penyelidikan yang dijalankan di UAE yang mendedahkan bahawa satu daripada tiga orang tidak mendapat jumlah tidur yang mencukupi dan jika diberi peluang, orang ramai ingin mendapatkan semula tidur mereka. Malah bukan sahaja Dubai malah ‘kapsul tidur’ ini terdapat di Negara-negara maju seperti Jepun.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri seperti Johor, dan Melaka banyak memberikan kesan kepada rakyat yang menetap di sana. Jumlah mangsa banjir juga meningkat di sesetengah kawasan di Johor.
Penyanyi Wani Syaz turut menzahirkan rasa sayu melihat keadaan yang berlaku tambahan pula Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Kediammanya di Batu Pahat, Johor juga masih ditenggelami banjir.
Satu Dugaan Sebelum Ramadan Menjelma
Di temubual bersama Harian Metro, Nursyazwani Selamat, 25, itu percaya keadaan yang berlaku ini sebagai satu dugaan sebelum bulan Ramadan tiba. Namun, perasaan hiba tetap dirasai melihatkan keadaan orang sekeliling yang turut terjejas.
“Sedih juga sebab dah nak dekat Ramadan, tapi, saya anggap ini sebagai dugaan buat kami, bukan sahaja saya dan keluarga, tetapi penduduk sekitar yang turut terkesan akibat banjir.” katanya.
Wani juga sempat bergurau mengenai tempahan pakaian untuk menyambut Aidilfitri. Katanya, harap tidak bertukar warna atau hanyut sahaja kerana rumah tukang jahit itu juga sama terkesan dengan banjir yang melanda.
“Saya ada hantar kain untuk tempah baju Raya, tapi,rumah tukang jahit pun terkesan sama akibat banjir. Harapnya, kain saya tidak hanyut atau bertukar warna.” ujarnya lagi.
Tetap Berikan Bantuan Kepada Orang Sekeliling
Tempoh hari, Wani juga sempat mengumpul dana sebagai bantuan kepada penduduk setempat. Jelasnya, wang bantuan yang terkumpul mencecah RM 5,000.00 setakat ini.
“Saya masih lagi dalam proses mengumpul dana bantuan dan jumlah terkumpul setakat ini. mencecah RM5,000. Akibat banjir, rumah dan kedai saya turut terkesan, sekali gus tak ada banyak yang boleh diselamatkan,
“Barang-barang terutamanya, barangan elektronik, memang semuanya rosak. Dalam pergelutan dengan bencana alam itu, saya sempat selamatkan nenek saya yang lumpuh dan juga kucing. Buat masa sekarang, saya dan ibu menumpang di rumah sepupu,
“Mungkin akan ambil masa sekitar dua ke tiga minggu untuk air benar-benar surut dan selepas itu, barulah kami dapat mulakan kerja-kerja pembersihan,
“Kali terakhir banjir besar yang saya ingat berlaku di kawasan saya adalah pada 2006. Tapi, pada waktu itu, saya masih kanak-kanak. Jadi, bila berlaku banjir baru-baru ini, memang sangat terasa.” jawabnya.
Wani ditemui sewaktu sesi memperkenalkan single duet terbaharunya bersama Wany Hasrita berjudul Sakitnya Penantian. Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer, A Ramlee dan Ezra Kong.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara jelita TV Al-Hijrah, Hana Ismail dengan sekali lafaz kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor tampan Da’i Syed.
Majlis Ijab qabul pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung beberapa jam lalu bertempat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.
Seutas Gelang Emas ‘Mas Kahwin’ Syed Untuk Hana
Hana Ismail telah dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Ismail Dahwan.
Selain itu, Hana menerima seutas gelang emas dari Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sebagai mas kahwin pernikahan.
Terdahulu, Hana pernah menyatakan bahawa keperibadian Syed yang lembut membuatkan dirinya tertarik untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza hampir 9 tahun.
Mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Oktober lalu, dan perkara itu diuar-uarkan oleh rakan artis yang juga pelakon Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada November.
Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...