Sebuah video baru-baru ini menjadi viral menunjukkan seorang kanak-kanak dikatakan mirip dengan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok memaparkan seorang gadis berbaju oren dan berhijab yang wajahnya dikatakan tidak bersepah seperti arwah Siti Sarah, khususnya senyuman comelnya.
Artikel Berkaitan : Seronoknya Jika Rezeki Suami ‘Melimpah Ruah’, Isteri Adalah Kuncinya! Jadikan 6 Perkara Ini Amalan Sis
@dayanaramli_ adik ni seiras arwah Siti Sarah ..akk pinjam video ni ya dik ..sape kenal tag ya #fypppppppppp #fypシ ♬ SARAH_Kesetiaan – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak itu tidak diketahui.
Melawat ruangan komen rata-rata netizen menitiskan air mata, dan apabila melihat kemunculan budak itu, rasa rindunya terhadap penyanyi Loyalty itu sedikit sebanyak terbantut.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa daripada virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan melahirkan seorang bayi lelaki iaitu Ayash Affan pada usia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Bajet Yang Perlu Disediakan Kalau Nak Travel Ke India. Cantik, Murah & Berbaloi!
Bercuti ke luar negara seakan sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia. Walau sesibuk mana pun, anda perlu melupakan seketika masalah yang ada dan mencuri sedikit masa untuk menenangkan minda.
Jika sebelum ini anda tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke India, pasti fikiran anda berubah dan teringin mahu ke sana selepas melihat gambar-gambar percutian Suhaida Jamaludin yang dikongsi menerusi Facebook.
Tidak dapat dinafikan, India juga mempunyai tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Menurut Suhaida, anda perlu banyak membaca tip-tip penting sebelum terbang ke India. Suhaida turut berkongsi bajet serta itinerary selama 7 hari berada di sana.
Hi korang, dah lama travel baru kali ini ada masa nak update itinerary & semua kos perbelanjaan. Haha. Sorry lah sebelum nie balik travel jer terus masuk kelas, sama juga this time, sampai Malaysia terus masuk kelas Research Methodology, jet lag dalam kelas hoi!
Okay sebenarnya nak bagitau korang nak travel tak perlu duit banyak banyak, cukup ada geng travel ramai yg masuk kepala, dah dapat jimatkan kos! Tak payah ambik tour packages. Lantik sorang leader utk itenary & setelkan ticket flight, sorang bendahari utk collect duit. Lagi-lagi travel backpacking, dapat jimat 2-3k, yg penting dapat tgk pemandangan cantik luas terbentang real depan mata!
Nahhhhh itinerary I kasi untuk korang. Kalau follow sebiji ni InshaAllah macam tu lah kos yang kami spend selama 7 hari dekat India!. Boleh tengok cost yang kami spend dekat bawah, kalau pergi dengan agent travel confirm confirm package RM3000-RM5000 (sebab tu yg I tanya sbb jumpa 3 4 orang Malaysia dekat airport).
Kami hanya spend RM1,900 utk semua!
12 Orang Backpacker Buddies (terdiri dari adik beradik, suami isteri, kawan tempat kerja, kawan sekolah tadika, manager semua join)
(21 March – 28 March)
Cost personal:
1. Flight KL – Delhi (Return) by Air Asia: RM490
2. Flight Delhi – Kashmir (Return) by Air India : RM300
3. Visa India : RM220
4. Collection Duit Makanan & tshirt : RM80
5. AXA Travel Insurance : RM49
6. Extra Luggage shopping ~~ RM100
Total Ringgit Malaysia : RM 1, 239.
Cost group 12 persons Backpacker Buddies:
7. Hotel 4 Night at Boat House for 6 rooms: 18, 600 rupee (RM1,100)
8. Hotel Paharghan 2 Night at Delhi for 6 rooms: 15,980 rupee (RM953)
9. Driver & Van Tour utk 4 hari dkt Kashmir & Airport : 13,200 rupee (RM787)
10. Total Aktiviti (Group Meals + Pengangkutan + Semua Entrance Fee + Semua Aktiviti) :
Day 1 + Day 2 + Day 3 + Day 4 + Day 5 + Day 6 + Day 7 : 85,800 rupee (RM5,115)
Total 12 persons : 148,580 rupee (RM8, 858)
Per person : 12,381 (Ringgit Malaysia : RM740)
Total Per person = RM1,979.
(Flight + Penginapan + Makan Minum + Aktiviti + Pengangkutan)
Kashmir (Srinagar – Gulmarg – Pahalgam – Sonamarg) – Delhi (Agra -Taj Mahal)
Boleh cari penginapan yang selesa, bersih dan berpatutan di OYO Rooms. Muat turun app OYO di smartphone anda di sini.
Day 1: KL – Delhi – Kashmir
- Flight Air India kami delay, so terpaksa lah mereput 6 jam dekat Delhi Airport tanpa
WIFI!. Hahaha. Dah sampai Kashmir, memang ada transport pickup provided dari Boathouse yang kami sewa. - Okay korang jangan lupa isi form putih (Arrival form) dulu dekat kaunter before keluar airport.
- Check in Golden Crest Boathouse, Dal Lake Srinagar. Letak2 barang mandi then terus bersiap kami punya driver bawak pusing2 Srinagar.
- Boleh refer gambar Day 1.
Cost Day 1
- Entrance Fee Chemasashi: 288 rupee
- Sewa 1 simcard dgn Owner boathouse: 400 rupee
- Lunch dkt Boat House: 3000 rupee
- Mineral Water 15 bottles: 600 rupee
- Total Day 1: 4,288 ruppee
Day 2: Gulmarg
- Okay hari kedua, kami terus ke Gulmarg Valley, perjalanan mengambil masa 2 jam (54km).
- Ambik package dengan tour guide yang datang dekat van kami. Dekat Gulmarg Valley nnti kena walking dlm 1km utk sampai ke Gondola. So kalau you all tak larat, boleh jer ambik Jeep utk bawakkan sampai dkt Gondola tu. Kami sampai jer Gulmarg dah ada tour guide offer package. Kami dah buat research awal2, package kami nak dalam 2,500 rupee. Tour Guide ON dengan harga kami!
- Boleh refer gambar Day 2.
Cost Day 2
- Gulmarg Package: Gondola Return + Ski + Sledge + Winter Coat + Winter Shoes + Tour
- Guide: 2,500 rupee per person: Total 30,000 rupee
- Lunch utk 12 orang: 2510 rupee
- Jeep dari Van ke Gondola one way: 600 rupee
- Tea Break dkt Gulmarg utk 12 orang: 900 rupee
- Total Day 2: 34,010 rupee
Day 3: Pahalgham
- Sampai dekat sini nanti you all boleh tengok berates ekor kuda, kuda ni yang kita akan ride utk sampai ke Baisan Valley (Mini New Zealand). Cuma agak kecewa dengan harga pakej yg di offer. 1,200 ruppee. Sbb research kami boleh dpt 700 rupee jer sebenarnye! Tapi sebab malas nak bertekak dengan guide, so just setuju jer. Kalau korang nak pergi nanti ambik yang ride no 1 jer, sebab dia akan tunjuk ride 1-2-3-4, kalau total tu boleh sakit badan korang! Ride kuda bukan macam ride motor, memang fuhhhh satu badan sakit. Horse riding ambik masa return dalam 3 jam, sebab kami picnic makan nasi dekat Mini New Zealand, ada entrance fee dlm 20 rupee!
- Boleh refer gambar Day 3.
Cost Day 3
- Horse Riding ke 4 point ( Baisan & et all): 1,200 rupee per person. Total: 14,220 rupee
- Lunch utk 12 org: 3,125 rupee
- Total Day 3: 17,345 rupee
Day 4: Sonamarg
- Sebabkan dh sakit badan buat aktiviti horse riding dkt Pahalgham, so kami nak relax2 jer utk Sonamarg. Aktiviti poney riding tak de sbb heavy snow. Deal dgn ski bike pulak over budget. So gigih kami jalan naik sampai atas! Hahahah tapi memang puas hati sebab dapat lah lari2 dalam snow. Korang boleh pilih nak ambik sledge or x, tapi sledge pon sakit badan duduk atas tu lama-lama tunggu dia tarik.
- Boleh refer gambar Day 4.
Cost Day 4
- Lunch utk 12 org: 3549 Rupee
- Tulip Garden 12 org: 708 rupee
- Total Day 4: 4,257 rupee
Day 5: Kashmir – New Delhi
- Pagi2 dah check out dari Boat House, sampai Delhi ambik train terus ke Metro Station tempat hotel kami menginap. Petang sikit kami decide untuk ke Pasar Chandi Chowk Market. Then surprise!!! Hahaha di Old Delhi nie, persekitaran memang kotor. Toilet open, boleh tengok review saya di post sebelum nie. Sempat kami jalan-jalan di Meena Bazzar & beli kebab terbaik dekat situ!
- Boleh refer gambar Day 5.
Cost Day 5
- Train dari Delhi Airport ke Hotel di area Paharghan utk 12 org: 600 rupee
- Tuk-tuk dari Metro Station ke Hotel (3 Tuk-tuk): 600 rupee
- Tuk-tuk ke Chandi Chowk Market Return ( 2 Tuk-Tuk): 1,000 rupee
- Dinner malam Kebab utk 12 org: 600 rupee
- Total Day 5: 2,800 rupee
Day 6: Delhi – Agra (Taj Mahal)
- Guide : 3,000 rupee
- Entrance Fee utk 12 org : 12,000 rupee
- Lunch utk 12 org : 4,500 rupee
- Minivan ke Agra dari hotel = 14,800 rupee
- Total Day 6: 34,300 rupee
Day 7: Shopping area Dellhi
- Tuk-tuk kena scam (3 tuk-tuk) = 600 rupee
- Sarojini Market by 2 minivan = 1000 rupee
- Metro Station dari Sarojini ke Paharghan = 360 rupee
- Tuk-tuk dari Metro Station ke Hotel = 240 rupee
- 3 Taxi dari Hotel ker Aiport = 1,900 rupee
- Total Day 7: 4,100 rupee
Okay boleh SHARE untuk korang yang memang dah lama PLAN nak pergi dengan BACKPACKERS kan!
JANGAN LUPA BANYAKKAN BACA TIPS-TIPS dahulu before ke sana!
Sumber: Facebook Suhaida Jamaludin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penjenamaan Semula Naelofa Lebih Dekat Dengan Peminat.
Gadis kelahiran Kelantan ini, apa sahaja yang dilakukan menjadi trending dan pasti mendapat perhatian sehingga beberapa kali mencetus fenomena. Bahkan fesyen pakaian dan tudung yang Neelofa gayakan pasti menjadi ikutan.
Tidak hairanlah jenama tudung Naelofa mempunyai pengikut yang ramai bukan kerana tren yang di bawa oleh beliau malah personaliti yang menarik menidolakan segenap usia di dalam dan luar negara.
Penjenamaan Semula Sempena harijadi Neelofa
Baru sahaja meraikan sambutan hari lahir pada 10 Februari lalu, selebriti popular Neelofa muncul menyerlahkan identiti baru. Nafas segar itu diterjemahkan oleh Neelofa menerusi penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar dimulakan semenjak tahun 2014.
Menyifatkan perkara terbabit sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya, Neelofa memberikan sentuhan yang lebih edgy, feminist dan juga moden seiring dengan kehendak wanita sekarang.
“Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Dengan arah tuju baru ini, saya berharap jenama hijab saya dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini.
“Saya juga mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak membataskan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri,” kata Neelofa.
Dalam pada itu, peminat berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan Neelofa serta mengambil foto menarik dengan ‘art installation’ di Level 1, Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, Damansara dalam acara Naelofar Go Far Event pada Ahad, 16 Februari ini!
Berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 5 petang, Neelofa bakal mengadakan sesi ‘meet and greet’ pada pukul 2 petang dan anda turut berpeluang melihat koleksi terbaru jenama hijab ini yang diberi nama Go Far!
Lagi Fakta Menarik Mengenai Neelofa
- Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej University Sunway di Bandar Sunway.
- Anak ketiga daripada 9 adik beradik (lima adik berlainan bapa)
- Neelofa yang disapa Lofa di kalangan keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar’ membawa maksud bunga teratai.
- Pernah meraih 5A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
- Menjuarai Pertandingan DEWI REMAJA 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir dan Ramona Zamzam.
- Menempah nama sebagai pelakon di dalam filem popular seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Café. Pernah juga berlakon di dalam drama popular seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang terindah, Suri Hati Mr.Pilot, Red Velvet dan Til Amo Sweetheart 100 Hari.
- Sebagai anak seni pencapaian terbaik beliau dengan meraih beberapa anugerah antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke -27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.
- Pada Disembar 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Ekskutif di Syarikat Air Asia Bhd.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derita Suami Hidap Gout Bertahun Lenyap, Setelah Amal Minum Air Kisar Dari 3 Bahan Dapur. Ikuti Perkongsian Wanita Ini!
Selain darah tinggi, penyakit yang sering menyerang lelaki adalah gout. Jika mereka mengalami sakit ini memang boleh jadi tidak senang duduk dibuatnya. Bukan sahaja susah untuk bergerak, malah kalau ada yang menyentuh sedikit tubuh pun sudah terasa kesakitannya.
Mereka yang mengalami gout ini perlu menjaga pantang terutama daripada segi pemakanan. Jika silap memilih makanan, akan menyebabkan sakit ini datang lagi dan secara tidak langsung mengganggu rutin harian mereka.
Ada pelbagai cara untuk mengurangkan sakit gout dan salah satunya adalah dengan menggunakan petua secara alami. Perkongsian dari pengguna laman sosial yang menggelar dirinya Cik Mil Neena berkongsi petua menghilangkan gout yang dialami suaminya sendiri.
Menurutnya, suaminya sudah lama mengalami gout dan setelah sebulan mengamalkan petua ini ternyata gout yang dialami suaminya telah hilang.
Jom baca perkongsiannya.
Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout..
mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!
Guna Tiga Bahan Dapur
Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha..
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
-Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
-Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
-Saya dapat dua gelas jus.
Aturan Minumnya
*Minum 2 kali sehari ya
satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)
Tips kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.
Lihat Kesannya
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.
Cuba lah sy halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan..
Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha..
bagi yang tiada gout .. jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI