Anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sentiasa mencuri tumpuan setiap mata yang memandang.
Ramai yang mengatakan raut wajahnya mirip sekali wajah ibu yang tercinta sewaktu zaman muda.
Bukan hanya wajah, kesopanan Aafiyah juga mendapat pujian ramai kerana sentiasa menuturkan kata dengan lemah lembut apabila berkomunikasi.
Menerusi video yang tular, ruangan komen di hantaran tersebut dihujani dengan komen-komen daripada peminat Siti Nurhaliza yang terpukau melihat kecantikan Aafiyah.
Rata-rata mengatakan kerinduan mereka terubat untuk melihat Siti Nurhaliza pada usia muda seperti awal pembabitan dalam dunia seni dulu.
“Copy ibunya❤️🌹❤.
“Cantik nya senyuman aafiyah..murah senyuman😍😍😍
“Cantiknya aafiyah 😍 kalau selalu digayakan dengan baju klasik and rambut wave macam tu nampak gaya kecantikan tokti masa muda nyanyi lagu-lagu klasik ✨ LOVEEEE SANGAT 💖
“Alahaiii.. cantiknya Aafiyah🥰,” antara komen di laman Instagram.