Memandangkan keadaan pandemik di negara kita semakin membimbangkan ekoran wabak covid-19, anda semua kini disarankan untuk memiliki sendiri alat Pulse Oximeter di rumah.
Apa itu alat Pulse Oximeter? Ia merupakan alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia
, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.Ramai peniaga yang kini menjualnya di atas talian namun tidak kurang ramai juga yang mengambil kesempatan dengan menjual alat yang palsu dengan harga yang murah.
Jangan tertipu semua! Sebaiknya kita carilah yang asli seperti yang disarankan oleh MDA sendiri. Biarlah melabur sedikit, janji kesihatan tidak tergadai.
Menurut perkongsian Ilham Media di Facebook, mereka telah berkongsikan alat Pulse Oximeter yang murah dan berfungsi dengan baik yang dijual secara atas talian.