Berita

Tersendiri! Leeyanarahman Pilih Stadium Sebagai ‘Gelanggang’ Runway Pertunjukan Fesyen Koleksi Lebaran 2025

Share

Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka sebagai ‘gelanggang’ pertunjukan fesyen bagi koleksi istimewanya itu.

Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya LEEYANARAHMAN memilih radio nombor satu di Malaysia, ERA sebagai rakan kolaborasi bagi mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN di Stadium Merdeka.

Pertunjukan fesyen ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita serta tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025.

Dengan pilihan warna lembut dan pastel, koleksi ini menyerlahkan gaya elegan yang sesuai untuk semua golongan.

PRODUK BUMIPUTERA

Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, menzahirkan keterujaannya atas kolaborasi ini.

“Kami amat berbesar hati kerana LEEYANARAHMAN memilih ERA untuk melancarkan koleksi pakaian terbaharunya. Kerjasama ini luar biasa kerana LEEYANARAHMAN memiliki peminat setia yang sentiasa menyokong produk Bumiputera.

“Kami juga berbangga dapat mengetengahkan barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali untuk memperagakan koleksi ini di runway. Ini merupakan simbol sokongan penuh kami terhadap industri fesyen tempatan.”

Jenama LEEYANARAHMAN yang diasaskan pada 2012 terus menjadi pilihan ramai menerusi inovasi dalam fesyen dan harga mampu milik. Ratusan koleksinya boleh didapati melalui laman sesawang rasmi serta butik utama di Bangi, Selangor.

“Umum mengetahui, koleksi LEEYANARAHMAN sentiasa menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. ERA amat teruja untuk memperluaskan kerjasama ini di masa hadapan demi memperkasakan hubungan dagang antara kedua-dua pihak,” tambah Azah Sahrin.

 

Pertunjukan fesyen ini diserikan dengan persembahan memukau daripada DOLLA, Ismail Izzani dan DJ Mia.

Untuk info, LEEYANARAHMAN diasaskan oleh pasangan suami isteri, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid.

Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka untuk terus menempa kejayaan.

Kredit Foto: @yaana.lee

Kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini cetus inspirasi. 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik.

Kredit Foto: @yaana.lee
Kredit Foto: @yaana.lee

Moga segala perancangan Nur Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.

BACA JUGA: Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Hadiri Hijab Fashion Award

Published by
Amy Mohd