Dewasa ini kita lihat banyak program jom kurus yang diadakan dan ramai menyertainya. Masuk program ini bukan kerana mahu badan kurus dan langsing, tetapi lebih kepada soal fit. Jika badan sihat otak pasti jadi cergas dan bersemangat untuk meneruskan kerja. Seperti perkongsian wanita ini, Izyan Balqis yang menyertai Program Jom Kurus 1 Malaysia dengan tujuan untuk jadi lebih sihat. Namun dia begitu terperanjat apabila melihat penurunan cukup ketara dalam tempoh dua minggu menyertai program berkenaan. Hilang 5 kg dalam tempoh enam minggu menyertainya.
Walaupun hilang hanya sekitar 5 kg tetapi membuktikan program ini memang berjaya memberi sinar harapan kepada wanita di luar sana yang bukan sahaja mahu langsing tetapi juga kekal tubuh sihat.
Menurut Izyan pada mulanya dia tidak percaya akan dapat menurunkan berat badan yang disifatkan degil ini. Dia sudah berada pada tahap ‘give up’ untuk cuba menurunkan berat badannya. Namun Izyan tidak berputus asa dengan mengharapkan dapat menurunkan sekurang-kurangnya 1.4kg dalam seminggu.
Walaupun sibuk dengan kerja, tetapi Izyan tetap konsisten melakukan workout. Dia melakukan workout yang mudah di mana boleh didapati melalui google play. Jika kita sudah aim untuk fit, kena berdisiplin dan berkorban. Jadi Izyan tetap konsisten melakukan workout waktu malam selepas balik dari kerja.
Setelah melakukan pelbagai usaha, menurutnya timbangan setiap minggu memang begitu menduga. Kali pertama timbangan dia berjaya menurunkan 3kg daripada 68.5 kg kepada 65.5. Penurunan ini memang mengejutkan kerana tidak percaya dapat menghilangkan 3 kg dalam masa seminggu.
Bagi Izyan petua mudah untuk menahan makan adalah dengan berpuasa. Ini akan membuatkan perut kita secara tidak langsung berlatih menerima makanan yang sedikit. Dia juga ingatkan untuk kurangkan pengambilan portion
nasi, hentikan terus pengambilan air manis dan makanan bergula.Apa yang seronoknya mengenai program ini menurut Izyan, jika kita gagal menurukan berat badan badan tahap ditentukan, kita akan dikenakan denda oleh coach. Jadi ia memberi inspirasi dan semangat untuk maintain dengan berat sebelumnya atau kurang dari itu
Izyan juga turut berpesan, rutin diet perlu konsisten dan jangan patah semangat. Tidak mudah untuk berjaya tetapi tiada yang mustahil. Setelah dua minggu menjaga pemakanan dan bersukan, dia akhirnya berjaya menurunkan berat sebanyak 5.65 kg atau dan ia sudah cukup membuat dirinya puas hati.
Walaupun angka 5.65 kg itu bukan satu nilai yang besar seperti kehilangan 10 kg atau 20 kg, tetapi untuk yang berbadan sepertinya sudah membuat dia teruja dan puas hati.
Namun begitu untuk mencapai apa target sekalipun, Izyan pesan jangan sesekali menyiksa diri. Jika tangan sudah rasa terketar-ketar sila ambil makanan. Jangan tahan diri dan siksa badan. Perlu diingat niat untuk turunkan badan jadi lebih sihat bukan untuk cantik
, slim atau menarik perhatian orang.Target Izyan selepas ini adalah untuk mendapat BMI yang sepatutnya. Dia berazam untuk menunrukan badan hingga beratnya mencecah 55 kg, menggunakan cara sama, iaitu konsisten menjaga pemakanan dan sentiasa workout untuk kekal sihat dan bertenaga.
SUMBER: BLOG IZYAN BALQIS (WWW.IZYANBALQIS.COM)