Pelakon dan penyanyi Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya kerana sukar untuk menunaikan solat di pusat membeli-belah gara-gara surau masih ditutup disebabkan pandemik Covid-19.
Meluahkan rasa sedihnya di Instastory, Lufya menceritakan dia akhirnya terpaksa menunaikan solat di kawasan terpencil berhadapan lif di pusat membeli-belah itu.
“Rasa sedih sangatlah macam ni. Kita dah tak ada dalam keadaan PKP lagi tapi surau pun masih tutup!
“Pergi stesen minyak surau tutup. Pusat membeli-belah yang elit pun sama.Tiada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tahu di mana nak solat. Akhirnya solat tempat tercorot di depan lif.”
Di samping itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini merasakan bahawa ini adalah masa yang sepatutnya umat Islam mendekatkan lagi diri kepada Sang Pencipta dan bukannya makin menjauh.
Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Lufya ini. Susah juga apabila kita terpaksa berada di luar rumah namun tidak dapat menunaikan ibadah gara-gara pusat ibadat ditutup. Apa pendapat anda pula?