Pelakon dan penyanyi Lufya Omar meluahkan rasa terkilannya kerana sukar untuk menunaikan solat di pusat membeli-belah gara-gara surau masih ditutup disebabkan pandemik Covid-19.
Meluahkan rasa sedihnya di Instastory, Lufya menceritakan dia akhirnya terpaksa menunaikan solat di kawasan terpencil berhadapan lif di pusat membeli-belah itu.
“Rasa sedih sangatlah macam ni. Kita dah tak ada dalam keadaan PKP lagi tapi surau pun masih tutup!
“Pergi stesen minyak surau tutup. Pusat membeli-belah yang elit pun sama.Tiada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tahu di mana nak solat. Akhirnya solat tempat tercorot di depan lif.”
Di samping itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini merasakan bahawa ini adalah masa yang sepatutnya umat Islam mendekatkan lagi diri kepada Sang Pencipta dan bukannya makin menjauh.
Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Lufya ini. Susah juga apabila kita terpaksa berada di luar rumah namun tidak dapat menunaikan ibadah gara-gara pusat ibadat ditutup. Apa pendapat anda pula?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Pilihlah Lelaki Yang Soleh, Baik Agamanya’- Niena Baharun Nasihat Wanita Jangan Salah Pilih Suami
Pelakon jelita, Datin Niena Baharun berkongsi sedikit nasihat buat para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.
Ya, secara dasarnya cinta memang sangat indah namun kadang kala dalam perkahwinan tidak terjadi seperti yang diharapkan. Oleh itu, kaum Hawa perlulah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati.
“Nasihat buat semua perempuan di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.”
“Kerana kehidupan seorang perempuan selepas dia sudah bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami.”
Jelasnya lagi, pilihlah lelaki yang mempunyai ciri yang soleh agar dia dapat mendidik isterinya dengan penuh kelembutan dan hikmah.
Tak salah memilih rupa namun yang paling penting adalah keikhlasan hati seseorang jejaka itu untuk bersama kita hingga ke Jannah.
Benarlah apa yang dikongsikan oleh Datin Niena ini. Jangan hanya kerana cinta semata-mata membuatkan kita menjadi buta dengan perkara sekeliling. Selalu berdoa kepada Allah dan laksanakanlah istikarah agar kita dijauhkan daripada pilihan yang salah. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Premium Outlet Syurga Membeli Belah Barangan Jenama Mewah. No 9 Rugi Kalau Hijabi Lepaskan Peluang Jejakinya!
Salah satu tarikan menarik untuk melancong ke negara luar adalah aktiviti membeli belah. Ini kerana kebanyakan negara berkenaan mempunyai banyak outlet yang menawarkan barangan berjenama pada harga lebih murah berbanding yang dijual di pusat membeli-belah biasa.
Wujudnya ‘outlet’ barangan jenama ini bagaikan syurga untuk hijabi yang gemar membeli-belah. Hijabista senaraikan 10 premium outlet yang menjadi tarikan pelancong masa kini.
1. Rinku Premium Outlets
Pusat beli-belah yang terbesar di barat Jepun, Rinku Premium Outlet terletak di seberang Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Bangunan 2 tingkat dalam gaya bandar pelabuhan Amerika lama di Charleston menempatkan lebih daripada 210 kedai. Jenama terkenal dan kedai sukan popular dari dalam dan di luar Jepun, menyambut anda dengan pakaian, kasut, beg, aksesori, lelaki dan kanak-kanak dan barang-barang harian yang lengkap.
Di sini, hijabi boleh mengalami pengalaman membeli-belah yang mewah di tempat yang luas dengan harga yang berpatutan. Kemudahan ini termasuk tambahan mesra keluarga seperti sewa kereta bayi dan bilik kejururawatan. Pelawat boleh naik bas ulang-alik dari Lapangan Terbang Antarabangsa (perjalanan oneway ¥ 200 untuk dewasa, ¥ 100 untuk kanak-kanak) yang berjalan setiap hari.
2. Acne Archive Stockholm, Sweden
Outlet di Sweden yang digelar “arkib”. The Acne Studios memanggil salurannya di Sweden sebuah “arkib,” tetapi ia adalah perkara yang sama. Pengunjung mengharapkan semua harga untuk dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus sehingga 80 peratus. Sekiranya jenama berasal dari negara tersebut, tidak ada isu memandangkan ada di kalangan hijabi yang akan pakaian yang sama corak dan warna. Kebanyakkan pakaian dan aksesori dari jenama terkenal adalah yang diperagakan di pentas fesyen.
3. Foxtown Factory Outlet, Mendrisio Switzerland
Lebih daripada 160 kedai pereka terletak di Foxlace’s Factory Outlet di Switzerland, di mana barangan berharga antara 30 dan 70 peratus sepanjang tahun. Ia berdekatan dengan sempadan Itali. Antara label Itali yang paling bergaya di dunia adalah Gucci, Missoni, Prada, Valentino, dan Versace.
4. Prada Space Outlet Montevarchi, Itali
Ini adalah saluran kilang Miu Miu’s, kira-kira sejam perjalanan kereta api dari Florence, Itali. Ia terletak di tengah-tengah dari mana arah tuju perjalanan anda. Sampel pentas fesyen semusim akan turun sehingga 90 peratus. Barangan seperti aksesori dari pentas fesyen, seperti topi, tudung, dan sarung tangan serendah $40. Jika suka fesyen yang luar biasa, anda akan terasa berada di syurga fesyen.
5. Bicester Village Bicester, United Kingdom
Lebih daripada 130 butik pereka, pusat membeli-belah ini harus menjadi nombor satu pusat perhentian untuk melabur wang bagi jenama mewah yang terkemuka dari Britain yang sangat murah. Tas tangan Anya Hindmarch, buku nota Smythson, aksesori Alexander McQueen, kasut tumit Rupert Sanderson, seluar jeans All Saints dan banyak lagi. Ruang dibina seperti sebuah kampung kecil yang penuh dengan kedai label berjenama yang menawarkan harga rendah. Pastikan semak tapak lama sesawang untuk tawaran tambahan.
6. Premium Outlet Gotemba Gotemba, Jepun
Pusat membeli-belah ini mempunyai kelebihan pemandangan. Gunung Mt. Fuji tergantung di atasnya, dan dengan beratus-ratus jenama kedua-dua Jepun dan antarabangsa, terdapat cukup membeli-belah untuk mengambil sepanjang hari. Pilihan barangan termasuk Alexander Wang, Issey Miyake, Maison Margiela, dan Vivienne Westwood. Ia mengambil masa kira-kira tiga jam dengan kereta api untuk sampai ke sana dari Tokyo.
7. San Marcos Premium Outlet San Marcos San Marcos, Texas
Bonus outlet ini adalah dari segi pemandangannya, di bawah langit Texan biru, reka bentuk San Marcos Premium Outlet diilhami oleh seni bina Piazza San Marco di Venice, Itali. Ia adalah sebuah tembok seperti kastil musim lalu dari Armani, Diane von Furstenberg, Etro, Prada, Ferragamo, dan banyak lagi, semua diskaun ke 70 peratus.
8. Céline di Woodbury Commons Woodbury, New York
Terletak di Outlet Woodbury Commons, satu jam memandu dari New York City. Ini adalah satu-satunya outlet di negara ini. Semua potongan harga sekurang-kurangnya 30 peratus, tetapi anda tidak akan menemui beg jenama yang sudah berakhir musim. Ia adalah pilihan hebat aksesori musim lalu, seperti gelang, kalung, dan cermin mata hitam, kasut mungkin mendapat potongan sehingga 60 peratus.
Sesuatu yang istimewa dari pentas fesyen, seperti mantel bulu yang berwarna-warni berharga sekitar $ 11,000 (turun dari $ 30,000). Woodbury Commons Outlets juga mempunyai Prada, Valentino, Dolce & Gabbana, Balenciaga, Fendi, dan kedai Gucci juga.
9. Johor Premium Outlets
Johor Premium Outlets®, Premium Outlet Center® yang pertama di Asia Tenggara, suatu usahasama 50:50 antara Genting Plantations Berhad – syarikat subsidiari Genting Berhad dengan Simon Property Group. Pembukaan Rasmi dengan siapnya Fasa 3 – yakni fasa terakhir projek pembangunan tersebut.
Johor Premium Outlets, yang mula dibuka pada Disember 2011, kini menampilkan 150 stor outlet pereka dan jenama yang menjanjikan penjimatan lumayan sehingga 65% setiap hari. Gedung ini juga telah menjadi destinasi pusat membeli-belah yang disukai ramai penggemar fesyen dari Malaysia, Singapura dan negara-negara lain.
Mencetuskan kesan berganda di luar jangkaan dari segi penjanaan hasil dan peluang kerja, sekaligus membantu negeri Johor membina dan memupuk sumber manusia, membangunkan bakat serta meningkatkan nilai modal insan secara keseluruhan,” katanya lagi.
Antara koleksi pereka dan jenama terkini yang ada di Johor Premium Outlets termasuk, Aigner, Armani Outlet, Bally, Bath & Body Works, Black Barrett, Brooks Brothers Factory Store, CK Calvin Klein, Coach, DKNY, Ermenegildo Zegna Outlet Store, Furla, Godiva (akan dibuka tidak lama lagi), Gucci, Hugo Boss, Jimmy Choo, Kate Spade New York, Lacoste Outlet, Lululemon, Michael Kors, Nike Factory Store, Prada (akan dibuka tidak lama lagi), Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo Company Store, Swarovski, Swiss Watch Gallery, Tommy Hilfiger, Tory Burch, Tumi, VERSACE, Victoria’s Secret dan banyak lagi.
Terletak di lokasi strategik di persimpangan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Linkedua, Johor Premium Outlets hanya satu jam perjalanan berkereta dari pusat bandar raya Singapura dan kira-kira tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Untuk senarai lengkap stor, perkhidmatan pelanggan, waktu urusan gedung, daya tarikan tempatan dan penginapan yang ada, pelanggan boleh melayari www.premiumoutlets.com.my.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Menitiskan Air Mata Depan Kaabah, Terharu Impian Jadi Tetamu Allah Tertunai
Bertuahnya Mawar Rashid kerana dipilih menjadi tetamu rumah Allah. Dalam usia 24 tahun, pelakon jelita ini dapat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama.
Mawar selamat tiba di Tanah Suci Makkah bersama suaminya Raf Yaakob dan anaknya Raden Muhammad Rafael serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Mawar memuat naik posting meluahkan rasa syukur sehingga mengalirkan air mata.
Tidak hanya menzahirkan rasa syukur kerana impian untuk menjejakkan kaki ke bumi Haramian ini akhirnya tercapai, Mawar juga telah membuka peluang kepada pengikutnya bagi mengirimkan doa.
Berikut perkongsian Mawar Rashid.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Selesai umrah pertama buat pertama kalinya.
Terima kasih kerana menjemputku Ya AllahMawar doakan kalian semua pun dapat datang buat umrah ke tanah suci ini.
BUKA PELUANG KIRIM DOA KEPADA PENGIKUT
Ramai DM Mawar untuk kirimkan doa. Mawar buka ruang comment sini untuk semua yang nk kirimkan doa. Mawar akan baca yang sebanyak mungkin doa kalian. Terima kasih semua yang mendoakan Mawar dan keluarga
ٱلْـحَـمْـدُ للهِ , Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ يا الله kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mwr pasang niat akhirnya tertunai, ٱلْـحَـمْـدُ للهِ Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ
Perasaan yang tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. “BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA”
Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni untuk perbetulkan diri Mwr kembali ke fitrahNya.
YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca.
YA ALLAH YA TUHANKU, kurniakan kami hidayahmu dan ilmu2 yang bermanfaat kpd kami untuk berjaya di dunia & di akhirat.
YA ALLAH YA TUHANKU, kau berikanlah keberkatan dalam rumah tangga ku. Kau kurniakanlah aku anak2 yang soleh & solehah dan patuh kpd ibu bapa.
YA ALLAH YA TUHANKU, kau permudahkanlah segala urusanku untuk jalankan perniagaan @mawarose_hq dan dapat memberi manfaat di dunia & akhirat. Semoga daku dapat membantu mummy, adik bradik, seluruh ahli keluargaku dan semua org yang memerlukan untuk mencapai kejayaan. آمين يا رب العالمين
Didoakan agar Mawar dan keluarga mendapat umrah yang mabrur,
Sumber kredit: Mawar Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI