Selebriti terkenal yang baru sahaja pulang dari menunaikan Haji iaitu Neelofa kini sedang berada dalam keadaan kurang sihat dan terpaksa dikuarantinkan selama seminggu akibat jangkitan Influenza A.
Menerusi laman twitter, admin kepada akaunnya, @Neelofa telah memaklumkan hal berkenaan menerusi satu tweet yang kemudiannya telah mendapat ribuan retweet daripada pengikutnya.
Kepada semua, ini adalah mesej daripada Neelofa. Terima kasih kerana membaca!
Assalamualaikum… Malangnya, perjalanan saya ke Saudi baru-baru ini telah menyebabkan saya terkena jangkitan Influenza A dan saya telah dinasihatkan untuk dikuarantinkan selama seminggu. Saya dengan seikhlas hati ingin meminta maaf kepada semua klien, rakan kongsi dan sesiapa sahaja yang telah membuat temujanji dengan saya pada minggu ini. Saya juga dengan rendah hati terpaksa menolak semua jemputan ke majlis dan tidak dapat membenarkan sesiapa untuk melawat saya kerana ia boleh berjangkit. Harapnya, saya dapat kembali sihat dan dapat bekerja semula pada minggu hadapan. Doakan saya agar cepat sembuh!
Ramai yang memberikan respon terhadap mesejnya itu dan mendoakan agar pelakon, pengacara dan usahawan jelita itu agar kembali sembuh. Get well soon Love!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Masing-Masing Sedang Hamil, Rizman & Ruzaini Tak Sabar Nantikan Cahaya Mata 2020
Pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Nordin mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Illahi apabila teman baik yang juga rakan perniagaannya iaitu Ruzaini atau nama sebenarnya Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil sedang menantikan kelahiran cahaya mata permata selepas empat tahun melayari alam perkahwinan bersama Nurul Hidayati Yahya.
Situasi ini menjadi kegembiraan berganda buat mereka kerana isteri Rizman, Nurida Suraya juga sedang mengandungkan anak mereka yang pertama.
Luah Rizman di laman instagramnya, dia benar-benar merasakan perancangan Allah itu sangat indah kerana mengurniakan sesuatu yang dipohon oleh hambaNya tepat pada masanya.
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam yang maha ADIL lagi SAKSAMA.. Sesungguhnya perancangan Allah itu begitu indah.. mengurniakan pada hamba-hambaNya yang memohon, tepat pada masanya.. ALLAHUAKBAR.. tidak tercapai dek akal, tidak terungkap dek kata-kata..
Mereka berdua insan yang berhati mulia..tak pernah berkira dan sentiasa ada bersama.. dikala susah mahupun senang..
Dipanjatkan rasa syukur dan tahniah buat abg dan kakak sy @jamil.ruzaini & @deqda,semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dibawah pelindungan dan jagaanNya. Amin amin ya rabbalalamin..
View this post on InstagramA post shared by rizman nordin (@rizman.n) on
Bukan itu sahaja, sahabat baik mereka yang juga seorang selebriti terkenal iaitu Fazura juga sedang menantikan kelahiran anak pertamanya bersama suami tersayang, Fattah Amin. Pasti hubungan persahabatan mereka selepas ini bertambah akrab kerana sama-sama bakal menyambut bayi ‘2020’.
Moga mereka semua selamat menimang cahaya mata tidak lama lagi. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Menabung Dengan Cepat Dan Betul, Kena Konsisten!
Tip Menabung Dengan Cepat Dan Betul, Kena Konsisten! Sebaik sahaja anda mempunyai pendapatan sendiri, pengurusan kewangan adalah salah satu perkara yang paling penting untuk diperhatikan.
Malah, kadangkala kita memerlukan cara untuk menyimpan dengan cepat untuk tujuan tertentu. Contohnya, membeli barang elektronik atau berkahwin. Jika anda tidak menggunakan helah yang betul, mengumpul simpanan akan menjadi sukar.
Artikel Berkaitan : Cara Menabung Untuk Orang Boros, Simpan Kuantiti RM Ikut Hari Bulan. Hasilnya Wow!
Tetapkan Tujuan Menabung
Kunci untuk menyimpan dengan pantas ialah menetapkan matlamat untuk simpanan yang anda buat. Sasaran adalah jumlah nominal yang diperlukan, jangka masa simpanan mesti dicapai, dan jumlah nominal yang mesti disimpan setiap bulan.
Ini membolehkan anda menganggarkan jumlah wang yang perlu diketepikan untuk tujuan ini. Jangan lupa rumuskan matlamat simpanan serealistik mungkin agar ianya tidak menjadi karut.
Buat Belanjawan Kewangan
Selepas anda menetapkan matlamat simpanan, buat belanjawan untuk mengawal perbelanjaan anda. Dengan mengetahui untuk apa aliran tunai digunakan, anda boleh membelanjakan wang dengan lebih jimat.
Sebagai contoh, semasa membeli-belah untuk keperluan harian, anda boleh membuat senarai barangan runcit untuk mengelakkan dorongan untuk membeli barangan yang anda tidak perlukan. Anda juga akan mengetahui perbelanjaan mana yang boleh dikurangkan dan yang mana anda boleh menjimatkan paling cepat.
Kurangkan Kos
Apabila simpanan lama terkumpul, cuba kurangkan perbelanjaan lain. Mula-mula, semak kategori perbelanjaan anda untuk melihat tempat anda boleh berjimat paling banyak.
Pilih kategori kewangan yang kurang penting, cth. B. hiburan, langganan, membeli-belah atau hadiah. Anda boleh mengorbankan belanjawan tersebut untuk membuat penjimatan pada matlamat perbelanjaan lain yang lebih penting.
Batalkan Perkhidmatan Langganan Yang Tidak Perlu
Melanggan aplikasi atau media hiburan tertentu secara tetap tanpa disedari memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi cuba semak langganan yang anda gunakan secara kerap dan yang tidak anda gunakan.
Selepas itu, hentikan pembaharuan automatik langganan yang anda tidak gunakan dengan kerap. Walaupun anda tidak berbuat demikian, anda boleh menetapkan peringatan untuk membatalkan langganan anda sebelum tempoh percuma tamat.
Transfer Automatik
Helah seterusnya untuk tidak kehabisan wang tunai bulanan dengan cepat ialah pemindahan automatik. Anda boleh menyediakan pemindahan automatik daripada akaun semak anda ke akaun simpanan anda setiap bulan. Dengan cara ini, wang terkumpul dalam akaun simpanan terkumpul tanpa anda perlu memindahkannya secara manual.
Banyak perkhidmatan perbankan sekarang telah melaksanakan sistem pemindahan automatik ini.Hanya daftar dan penjimatan akan bertambah dengan cepat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Air & Kit Kebersihan Haid, Wanita Gaza Terpaksa Guna Pil Penangguhan Haid
Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Menurut Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga, walaupun tahu akan kesan sampingannya tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah.
Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar.
Sumber: AlHijrah Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI