Nampak ‘lebih muda’ berbanding usia sebenar adalah impian semua orang terutamanya wanita. Sebab itulah, kita dinasihatkan mengamalkan gaya hdup sihat.
Antara selebriti wanita yang kekal awet muda ialah Shiera Ijoy, Raja Azura, Saida Tarudin, Maria Farida dan Datin Maria Arshad. Kecantikan mereka sering meraih perhatian ramai dan menjadi inspirasi.
Hijabista kongsi 7 tip yang boleh dilakukan agar terlihat awet muda.
MAKANAN ANTIOKSIDAN
Antioksidan membantu melindungi kulit dari radikel bebas yang boleh merosakkan kulit. Antioksidan memiliki kemampuan dalam merangsang penghasilan kolagen kulit. Kolagen merupakan bahagian penting dari struktur dan proses keremajaan kulit. Salah satu cara untuk tetap awet muda adalah dengan membanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, ikan dan lain-lain.
SUMBER PROTEIN
Selain antioksidan, pengambilan sumber protein juga dapat membantu badan menguatkan otot. Makanan yang mengandungi protein tinggi bermanfaat untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Beberapa makanan yang mengandungi protein tinggi antaranya ialah salmon, telur, tahu dan lain-lain.
KAWAL STRES
Kajian menunjukkan, sel-sel kulit orang yang mengalami depresi akan lebih nampak berusia berbanding mereka yang tidak atau kurang depresi. Tekanan yang melampau dapat mempercepatkan proses penuaan awal. Jadi, jika anda ingin mencegah penuaan awal maka haruslah dapat mengawal tekanan yang dialami. Beberapa cara yang boleh dilakukan ialah berjalan-jalan, bersenam, atau melakukan perkara yang digemari.
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Penat macam mana pun pastikan anda mencuci muka dahulu sebelum tidur. Ia membantu kulit lebih bertenaga ketika tidur. Jadi, jangan sampai terlupa atau sengaja tidak mencuci muka sebelum tidur ya terutama selepas melakukan kegiatan luar atau bersolek.
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Jangan lupa untuk calit krim pelindung matahari utnuk melindungi kulit daripada sinaran suria di siang hari. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 di Annals of Internal Medicine membuktikan mereka yang menggunakan krim pelindung matahari 3-4 hari seminggu cenderung untuk tidak mengalami penuaan kulit berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
BANYAK MINUM AIR PUTIH
Minum air putih secukupnya dapat membantu menjaga keanjalan kulit dan tetap terhidrasi. Hilangnya hidrasi kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air juga penting dalam menjaga kelembapan kulit kerana ia dapat memberikan nutrisi penting ke sel-sel kulit badan.
TIDUR YANG CUKUP
Rawatan kulit sederhana yang boleh dilakukan namun sering diabaikan ialah tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya, disarankan tidur 6 jam per hari bagi memudahkan proses regenerasi kulit. Tidur yang cukup juga dapat mencegah munculnya lingkaran bawah mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI