Menjadi satu perbuatan yang ‘biasa’ apabila dapat di lihat pada platform media sosial kita akhir-akhir ini mengenai sebaran ‘aib’ seseorang. Bahkan, ada juga yang memperjelaskan mereka buat sedemikian untuk mendedahkan penipuan atau aktiviti jahat orang yang telah tersebar aibnya.
Sejahat mana pun seseorang itu, adakah kita boleh membuka aib mereka secara terang-terangan? Apakah kita juga layak untuk menghukum mereka dengan sebegitu caranya?
Sebar aib untuk memuaskan hati sendiri?
Apa yang di maksudkan dengan aib? Di fahamkan bahawa aib membawa maksud kepada rasa malu oleh seseorang atau mereka yang rapat dengan satu perkara atau situasi yang tidak elok di dedahkan kepada khalayak umum. Rasa malu ini juga boleh membawa kepada unsur negatif kepada seseoarang yang boleh menganggu kesihatan mental.
Menurut perkongsian Jabatan Mufti Negeri Terengganu, dalam ajaran agama Islam juga telah menjelaskan supaya kita perlu menjaga sesama kesalahan dan keburukan yang di sembunyikan oleh seseorang tidak perlu di hebohkan. Maka, ia menjadi satu kewajipan untuk kita menjaga antara satu sama lain kerana khuatir aib kita juga boleh tersebar.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمـِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ
Maksudnya: “Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan, nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Jangan berlandaskan ‘teguran’ jika mengaibkan
Tidakkah anda rasa bahawa alasan semata-mata jikalau seseorang itu menyebarkan aib semata-mata untuk ‘menegur’ pelaku yang cuba untuk menutupi kesalahannya terdahulu kerana khuatir akan menjejaskan imej dirinya. Rasa malu juga kepada diri sendiri jika kita membuat sedemikian.
Menghormati serta menjaga maruah sesama saudara Islam adalah patut di amalkan, meski pun penggunaan ‘tegur’ itu bukanlah menjadi kunci untuk kita membuka aib mereka. Jika kita amalkan konsep menghormati dan menjaga aib seseorang, sudah tentu kehidupan kita akan lebih aman sentosa.
Menurut para ulama Islam, pandangan mereka terhadap aib terbahagi kepada dua jenis kategori, iaitu:
- Aib yang bersifat khalqiyah atau kejadiannya semula jadi seperti contoh cacat pada tubuh badan atau di sebabkan oleh penyakit yang membuatkan mereka malu. Aib ini dianggap seperti menjaga aurat, tidak perlu di sebarkan, cukup hanya mengerti keperitan yang di alami oleh mereka.
2. Aib yang dari segi bentuk maksiat, samada ia di lakukan secara terang-terangan atau secara sembunyi, ianya baik di diamkan dan jangan di sebarkan secara meluas tentang perkara itu. Namun, tetap menjadi kewajipan untuk melakukan al-amr bi al-ma’ruf dan al-nahy ‘an al-munkar seperti menyuruhnya untuk bertaubat.
Ibnu Rajab di dalam kitabnya Jami’ al-Usul Wa al-Hikam ada menjelaskan kata-kata Imam SYafie yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menasihati saudaranya dengan menjaga kerahsiaannya bererti dia telah menasihatinya. Sesiapa yang menasihati tanpa menjaga kerahsiaannya, bererti dia telah membuka aibnya dan mengkhianatinya.”
Sebagai seorang muslim, kita harus tahu untuk menilai perkara yang batil dan benar. Jangan terlalu mengikut perasaan, nescaya ada ganjaran pahala jika kita kekal mengikuti pegangan dan kepercayaan pada Allah SWT.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Terengganu
Artikel berkaitan: Islam Memang Tak Pernah Tegah Kita Bergurau Tapi Janganlah Sampai Mengaibkan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI