Terlalu Bersungguh Menghasilkan ‘Fake’ dUCks, Ini Respon Vivy Yusof.

Share

Pernah nampak tudung berjenama mewah tetapi dijual dengan harga yang sangat murah? Lebih menarik, ianya dijual di pasar malam atau pun dibeli oleh rakan-rakan yang baru pulang melancong.

Jika harga tudung berjenama biasanya dijual dengan harga RM100 ke atas tetapi dengan adanya tudung tiruan ini, ianya cuma berpuluh ringgit sahaja. Jauh daripada harga tudung asal.

Lambakan tudung di pasaran menwarnai industri perniagaan dan ramai juga pengusaha hijab mengeluarkan jenama-jenama baru di pasaran. Pasaran luar negara yang lebih bijak dan pantas meniru hasil karya tempatan, negara paling popular ialah Vietnam di mana mereka mengeluarkan tudung ‘fake’ dari jenama yang terkenal di Malaysia seperti dUCk scarve, nealofa, tudung people, ariani dan banyak lagi.

PIC: mincitiyblogspot

Jadi, ada dua persolan di sini, mengapa ada orang yang sanggup membeli tudung mahal jika boleh mendapat dengan harga murah dan mengapa pula ada yang membeli tudung tiruan jika dia sebenarnya tidak mampu pun?

Ini respond Vivy Yusuf ketika unboxing fake dUCks :

Menonton video yang berdurasi 20 minit melalui Vivy Yusuf channel di youtube, beliau menerima hadiah daripada bapa tercinta, kawan bapanya yang telah membeli beberapa koleksi dUCks ‘fake’ yang dihasilkan dari Vietnam.

Pertama kali membuka bungkusan yang diterima, ya! Memang sakit hati apabila hasil usaha seluruh theduckgrup telah di cetak rompak dan membawa keuntungan di atas angin kepada pihak-pihak tertentu dengan harga yang berbaloi dan kualiti yang jauh berbeza dengan yang asli.

Melalui perbandingan beberapa koleksi di bawah ini, pembadingan untuk rujukan pembeli tegar dUCks ‘fake’ bahawa dUCks asli mempunyai kualiti 100 di jamin dan setanding harga di pasaran.

  1. Lubang pencangkuk (The Unity Duck)

2.  Pembungkusan

Hijabi yang pernah membeli dUCk scarve ternyata dapat menilai pembungkusan yang mereka terima sejurus membelinya secara online mahupun di store, dUCk didatangkan dengan kotak yang eksklusif dan mempunyai nota ringkas tentang koleksi. Malahan setiap koleksi disertakan benang ekstra untuk anda menjahit semula logo duck chain dan di balut di dalam paper tisue yang lembut dan dihiasi riben sesuai di jadikan hadiah.

Berbeza sekali dengan yang palsu mereka hanya membalut tudung anda dengan plastik biasa. Ternyata bagi mereka pengeluar tudung ‘fake’ ini hanya mementingkan kuantiti dari kualiti.

Nota ringkas ini ada di setiap koleksi.

3.  Fabrik

Perbezaannya juga dapat dirasai jika anda memegangnya, fabrik ‘fake’ dUCks seperti material plastik berbanding asli.

3.  Kekemasan dan penambahan aksesori (Pleats Duck)

Penambahan aksesori yang jauh lagi berbeza dengan yang asli
Jalur rapat dan material berat adalah kualiti sebenar hijab pleated
Label jenama sama pleat dengan hijab
Jahitan yang tidak kemas seperti lebihan benang terkeluar

4.  Jahitan Ham & kualiti cetakan

Lihat sahaja kualiti percetakan dan hasil kekemasan tudung yang palsu memang akan mengecewakan tetapi bagi mereka untuk menjana pendapatan yang besar, kekmasan itu adalah perkara terakhir dititiberatkan. Walhal theduckgrup mempunyai kualiti kontrol yang mempunyai pelbagai proses.

Semangat Menurun

Baru beberapa helai Vivy Yusuf meneliti helaian ‘fake’ ducks, beliau merasakan semangat menurun kerana usaha pengusaha palsu ini terlalu gigih mengeluarkan ‘fake’ ducks dengan tidak melihat kualiti yang mereka hasilkan.

Kualiti jahitan ‘fake’ dUCks

Pernah dikaitkan dengan isu berkaitan agama dengan apabila beliau menegaskan membeli dan menyokong perbuatan dalam membuat ibadah itu tidak rasa bersalah ke?

” Dalam kita membuat kebaikan untuk Allah , kenapa harus kita menyokong sesuatu perbuatan mereka yang menyalahi undang-undang? ”

Sekiranya anda tidak mampu untu membeli yang mahal, belilah yang semampu yang mungkin asalkan tidak menyokong kegiatan yang melanggar undang-undang.

Bagi admin, anda harus letak diri anda pada tempat mereka. Berusaha mengeluarkan sesuatu yang kualiti pastinya mempunyai usaha yang berpanjang demi menjaga jenama dan kualiti sudah tentu akan ada pulangan yang membolehkan mereka ini terus berada di pasaran.

Sama seperti jenama antarabangsa , tidak salah kalau anda menyokong jenama tempatan dan berbanggalah pada jenama sendiri supaya mereka di luar mengangkat jenama tempatan setanding mereka.

 

 

Published by
webadmin