Walaupun pelakon serta pengacara popular ini sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah, namun beliau juga turut tidak terlepas dari mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di tanah air. Seperti yang kita maklum, rakan penerbitan syarikat kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan akah ditutup operasi.
Sebelum itu dikatakan kakitangan kumpulan Utusan hidup dalam kesusahan apabila tidak dibayar gaji untuk tempoh tertentu sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Terkesan dengan situasi itu, Neelofa dalam tulisannya di twitter menzahirkan simpatinya dengan kumpulan akhbar yang sudah 80 tahun penubuhannya.
Menurutnya Utusan banyak membantu karier di awal pembabitan dalam bidang seni. Dan sebagai membalas jasa yang diberikan Neelofa menyeru kepada sesiapa dari bahagian Sumber Manusia atau mana-mana syarikat lain yang memerlukan pekerja supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang terbabit.
Tambah Neelofa yang sudah dua kali mengerjakan ibadah haji ini dengan kerjasama yang diberikan akan dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai secepat mungkin.
Ternyata niat murni Ratu Trend ini mendapat pujian daripada netizen. Masing-masing memuji dan tidak kurang memberi maklum balas dengan memberitahu syarikat yang sedang mencari pekerja.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA