Tular baru-baru ini apabila seorang tiktoker membuat satu hantaran menunjukkan satu jenama rempah yang ‘mengandungi’ bahan haram iaitu khinzir. Dia juga menunjukkan senarai bahan-bahan itu sebagai bukti.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ‘pork’ yang tertulis di produk itu tersenarai dalam ‘USE ON: Beef, Chicken, Lamb, Pork, Fish, Seafood, Potatoes’ yang bermakna ‘Digunakan untuk; Daging lembu, ayam, kambing, khinzir, ikan, makanan laut’. Salah faham ini telah membuatkan warganet memberikan komen keatas video perkongsian itu.
Wanita itu juga terlalu berseloroh untuk membuat kenyataan tanpa melakukan pemeriksaan yang betul. Komen yang diberikan juga banyak menasihati untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian dan fahami apa yang tertulis di setiap produk.
Ada juga yang membuat rentetan dan nasihat isu ini menjadi pengajaran untuk lebih peka dan membuat usul periksa sebelum membuat satu perkongsian. Ia boleh membuatkan orang ramai keliru oleh kerana kecuaian seorang individu.
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak pastikan makanan, minuman, atau produk yang dibeli itu halal bukan? Sudah tentu anda perlu kenali logo halal rasmi JAKIM.
Menurut Portal myHealth, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memastikanpembungkusan atau bahan ramuan itu diiktiraf halal. Salah satunya adalah menggunakan aplikasi yang mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Verify Halal merupakan satu peranti pintar yang boleh dimuat turun pada android
dan applestore untuk memudahkan anda periksa dengan segera produk yang mahu anda beli. Jadi tiada alasan untuk anda terus keliru untuk membezakan halal produk yang hendak di beli.Sumber: Twitter @isusemasaviral dan myHealth
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.