Tular baru-baru ini apabila seorang tiktoker membuat satu hantaran menunjukkan satu jenama rempah yang ‘mengandungi’ bahan haram iaitu khinzir. Dia juga menunjukkan senarai bahan-bahan itu sebagai bukti.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ‘pork’ yang tertulis di produk itu tersenarai dalam ‘USE ON: Beef, Chicken, Lamb, Pork, Fish, Seafood, Potatoes’ yang bermakna ‘Digunakan untuk; Daging lembu, ayam, kambing, khinzir, ikan, makanan laut’. Salah faham ini telah membuatkan warganet memberikan komen keatas video perkongsian itu.
Wanita itu juga terlalu berseloroh untuk membuat kenyataan tanpa melakukan pemeriksaan yang betul. Komen yang diberikan juga banyak menasihati untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian dan fahami apa yang tertulis di setiap produk.
Ada juga yang membuat rentetan dan nasihat isu ini menjadi pengajaran untuk lebih peka dan membuat usul periksa sebelum membuat satu perkongsian. Ia boleh membuatkan orang ramai keliru oleh kerana kecuaian seorang individu.
Ads
Bagaimana nak periksa produk itu mengandungi bahan haram?
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak pastikan makanan, minuman, atau produk yang dibeli itu halal bukan? Sudah tentu anda perlu kenali logo halal rasmi JAKIM.
Menurut Portal myHealth, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan label pembungkusan atau bahan ramuan itu diiktiraf halal. Salah satunya adalah menggunakan aplikasi yang mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Ads
Verify Halal merupakan satu peranti pintar yang boleh dimuat turun pada android dan applestore untuk memudahkan anda periksa dengan segera produk yang mahu anda beli. Jadi tiada alasan untuk anda terus keliru untuk membezakan halal produk yang hendak di beli.
Hanya bergelar suri rumah sepenuh masa, tetapi hijabi muda ini berjaya meraih pendapatan bulanan sekitar lima angka apabila menjadi Personal Shopper (PS). Bukan produk makanan atau kosmetik ataupun kecantikan tetapi lebih selesa untuk menjadi peniaga secara online kepada telekung jenama Siti Khadijah (SK). Hampir lima tahun menjadi PS telekung ini, Nurfateha Hussen boleh tersenyum bangga apabila kerjayanya dihargai pemilik SK sendiri.
Bagi Norfateha, 28 tahun yang duduk di Shah Alam dia mula menjadi PS sejak tahun 2014 lagi dengan menjual barangan pakaian Muslimah. Lepas setahun cari pengalaman, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual telekung SK ini sejak 2015.
Kriteria tertentu jadi PS telekung SK
“Sebelum itu memang saya menjual pakaian butik Muslimah sebelum saya dipilih untuk menjual telekung SK. Memang pihak pengurusan memilih kriteria tertentu untuk menjadi PS rasmi mereka dan termasuk saya hanya ada 5 orang sahaja.
“Kriteria utama pemilihan untuk menjadi PS khas mereka adalah kita punya konsistentasi dalam mengambil order, cara kita layan customer yang kita tahu pelbagai ragam,” ujar Nurfateha yang mula terfikir untuk menjadi PS setelah melahirkan anak kembarnya.
Menurutnya sebelum itu dia menjaga anak kembarnya dan apabila keduanya sudah putus susu dan sudah besar sedikit, dia mula memikirkan apa perkara baru mahu dibuat ketika itu.
“Kebetulan pula tempat tinggal saya di sekitar Seksyen 7 Shah Alam memang banyak butik Muslimah yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dari situ saya terfikir untuk ambil order daripada mereka yang tidak berkesempatan membeli barangan dihajati.
“Daripada ambil order di butik Muslimah dan lepas setahun barulah saya jadi Personal Shopper sepenuh masa untuk telekung SK ini. Alhamdulillah sudah lima tahun bekerja sebagai PS kepada SK dan pendapatan boleh mencecah RM5,000 sebulan.
“Kalau ada jualan sale terutama di musim perayaan atau bulan tertentu, insya-Allah pendapatan akan bertambah. Kalau bulan biasa bolehlah cecah pendapat sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Bergantung pada kerajinan ambil order dan lagi banyak tempahan dibuat, pendapatan juga akan menjadi berganda,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya apa tip tertentu bagi PS seperti dirinya yang boleh memperoleh pendapatan lumayan dalam masa singkat, Nurfateha tidak lokek berkongsi rahsianya.
“Bagi saya perkara utama bagi PS ini adalah perlu sabar. Ini kerana kita layan customer dengan pelbagai kerenah dan soalan yang diajukan melalui pesanan WhatsApp.
“Walau kita marah sekalipun dengan sikap mereka, tetapi perlu jawab dengan baik dan sopan. Sebagai PS kita kena tanam kepercayaan mereka pada kita. Kalau kita dapat trust mereka, insya-Allah jika ada apa-apa promosi mereka akan tetap beli dan guna khidmat PS kita.
“Tip lain, kita juga perlu bijak promote khidmat PS kita pada orang lain. Cara kita nak yakinkan orang yang kita ini sebagai PS jalankan servis bagus. Maksudnya kita bukan scammer terutama dalam urusan pos barang, pickup barang dan sebagainya.
“Begitu juga cara kita ambil oder, penjelasan tentang produk yang kita jual sebab customer tak nampak apa yang kita jual. Mereka hanya melihat dalam sosial media tetapi tak dapat nak rasa produk yang kita jual. Jadi tugas kita beritahu in detailing produk berkenaan,” tambah Nurfateha lagi yang membuat penghantaran barang secara pos dan hanya self pickup di rumahnya sahaja.
Menurut Nurfateha juga sepanjang lima tahun bergelar PS SK, memang tidak sukar untuk menjual telekung jenama ini pada pengguna.
“Bagi saya, telekung SK ini sekali orang pakai mereka akan rasa itu telekung solat paling the best daripada apa yang mereka pakai sebelum ini. Rekaannya yang cantik, kemas, material fabrik yang kita mahu tidak lusuh, panas dan sangat selesa dibuat sembahyang.
“Lagi satu SK ini orang lihat jenama dia besar dan takut untuk belinya sebab nampak mahal. Jadi medium PS ini sangat bagus sebab mereka boleh tanya lebih detail. Pengguna tidak segan nak tanya apa yang mereka nak tahu tentang produk ini. Kita kena faham produk ini sebelum terangkan pada mereka.
“Sebenarnya sebagai PS ada juga kita berdepan dugaan bila ada kalangan pembeli tidak buat bayaran setelar buat tempahan. Tetapi kebanaykan PS sekarang ambil full payment dulu sebelum mendapatkan barangan berkenaan.
“Dan cabaran lain pula kita kena tanam trust orang untuk beli produk yang kita jual itu. Maklumlah kebanyakan pembeli online sekarang takut kena scam jadi kita kena yakin pengguna bahawa kita adalah PS yang betul,” katanya yang tidak sangka akan dipilih menerima Anugerah Pembeli Peribadi Sedekad Siti Khadijah dalam kalangan PS yang ada.
Anugerah beri semangat
Malah anugerah diraih ini juga turut memberi semangat kepadanya untuk bekerja lebih keras menjual SK demi menjana keuntungan berlipat ganda dalam membantu kewangan keluarga.
Nurfateha ditemui ketika majlis Makan Makan Gala Siti Khadijah di Putrajaya baru-baru ini. Majlis ini bersempena sambutan ulangtahun yang ke 10 jenama tekekung ini di pasaran. Perjalanan sedekad yang membawa tema Sedekad Kesetiaan bagi meraikan seluruh kakitangan Siti Khadijah di Malaysia dan Indonesia sebagai menghargai dedikasi mereka dalam menjayakan empayar Siti Khadijah.
Dalam ucapannya, Puan Padzilah Enda Sulaiman, yang merupakan pengasa Siti Khadijah mengimbau perjalanannya 10 tahun lalu dengan hanya menghasilkan 200 pasang telekung pertama, kini syarikatnya mampu memproduksi sehingga 2,000 helai sehari.
Dalam majlis berkenaan, SK turut memberi penghargaan kepada pekerja cemerlang lain selain persembahan artis Aman Ra, Jay Jay dan Nora.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemilik jenama produk kecantikan bibir jenama Mawarose, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama pentas Mawar Rashid akui pernah hadapi masalah kulit breakout yang teruk.
Mawar turut mengakui, bahawa dahulu ketika menghadapi masalah kulit breakout dia juga mengalami masalah kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Namun, dia akhirnya mempunyai solusi bagi mengatasi masalah ini!
Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana cara yang dikongsikan Mawar khas buat pembaca Hijabista, tentang bagaimana Mawar mengatasi masalah kulit breakout dan bina semula keyakinan dirinya!
Malu Berdepan Orang Kerana Kulit Breakout?
Menurut Mawar masalah kulit breakout pernah dihadapinya ketika perubahan hormon sewaktu hamil dahulu dan akibat terlalu kerap berfikir akan sesuatu perkara-perkara.
“Sebenarnya kulit Mawar dulu breakout teruk, masa Mawar tengah mengandungkan anak pertama dulu pun kulit Mawar breakout teruk. Baru-baru ni sahaja muka Mawar rasa okay tetapi ada je dekat tempat-tempat hormon yang jika kita terlampau berfikir dia akan breakout.
“Tapi apa yang Mawar pegang adalah, yang penting your mental. Sebab bila Mawar tengok orang-orang yang ada breakout dia mesti macam banyak berfikir, tak cukup rehat dan akan terkeluar di muka,” ujarnya.
Tambah Mawar lagi gaya hidup yang tidak sihat juga mempengaruhi masalah kulit dan menjadi punca kepada masalah kulit breakout. Tetapi, cara Mawar mengatasinya adalah dengan memastikan kesihatan mental. Itu adalah perkara utama yang dilakukan Mawar.
Kesihatan Mental Refleksi Kulit Wajah Yang Sihat!
Menurut mawar bila mental kita sihat dan sentiasa berfikiran positif, maka ia akan terpancar melalui kulit wajah.
“Jadi itu Mawar punya priority nombor satu, pastikan diri kita jangan berfikir terlalu banyak. Kita kena sayang dan belai-belai kulit kita. Sebab bila kita sayang dan belai-belai kulit kita. Kulit kita pun akan sayang kita balik. Jadi bila kita nak massage kulit atau apa sahaja kita kena lakukan dengan penuh kasih sayang.
“Dan paling penting, kita kena selalu bagi tahu kulit kita yang kita ni cantik. Kerana kecantikan bermula dengan kita sayang diri kita. Jika kita tengok diri kita dan kita rasa kita cantik, maka orang lain akan nampak perkara sama. Tapi bila kita tak yakin dengan diri kita, kita akan rasa teruk dan daripada orang tak perasan flaws kita, orang jadi perasan,” ujar Mawar.
Mawar Tak Lakukan Rawatan Estetik Atau Facial!
Mengulas isu sama, Mawar turut mendedahkan bahawa dia tidak melakukan sebarang rawatan estetik mahupun rawatan wajah (facial) untuk memiliki kulit yang mempunyai tekstur glass skin. Tegasnya, dia hanya menggunakan produk kecantikan (skincare) yang tepat dan sesuai untuk kulit wajahnya.
“Jadi sekarang ni bila Mawar yakin dan hargai setiap kekurangan diri yang ada pada muka dan badan Mawar. Mawar kata tak mengapa, Mawar ni manusia. Mawar cantik dan Allah cipta Mawar dengan kecantikan. Jadi ia akan buat Mawar rasa yakin.
“Mawar tak pergi Facial atau apa, hanya bergantung pada skincare je,” dedahnya lagi.
Rezeki Nur Anis atau mesra disapa Anis Kiss, anak pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor hari ini diraikan dalam sebuah majlis baby shower oleh teman-teman tersayang. Lebih manis, beliau turut mengumumkan jantina anak dalam kandungannya iaitu bayi perempuan.
Tampil dalam helaian serba putih dan kerudung pink lembut, majlis baby shower yang dianjurkan di dUCk Cafe tersebut turut diserikan oleh Pengasasnya, Datin Vivy Yusof serta hijab stylist terkenal, Didiyana Ehsan. Bertuahnya Anis dikelilingi rakan-rakan yang baik!
“Bismillahi MasyaAllah, tabarakallah. Ingatkan hanya perjumpaan biasa dengan team dUCk, tapi rupanya kejutan baby shower daripada mereka yang disayangi.
Kali ini anak perempuan, alhamdulillah.
Terima kasih untuk semua yang meluangkan masa dan berusaha menjadikan saat ini sungguh bermakna untuk dikenang seumur hidup saya.
Doakan baby nombor 2 ni sihat, sempurna dan dipermudahkan urusan bersalin Anis nanti. InshaAllah.” Anis Kiss
Sambil meletakkan tanda pagar #34weekspregnants menandakan tinggal beberapa minggu saja lagi untuk Anis melahirkan anak keduanya.
Sebelum ini, Anis merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki comel. Pada 15 November tahun lepas, Anis selamat bersalin zuriat sulung yang diberi nama Muhammad Raees Mikael.
Masih aktif membuat styling tudung dan content review produk di media sosial, Anis amat dikenali kerana pendiriannya yang enggan menumpang popularitoi bapa tersayang untuk berjaya.
Nur Anis yang merupakan anak kedua Dato’ Rosyam Nor mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hariz Zainal pada September 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...