Di dalam agama Islam, mimpi yang mengganggu seseorang dan membuatkan seseorang itu terjaga datangnya dari gangguan Syaitan. Secara umum, mimpi yang baik adalah berasal dari Allah SWT, biasanya merupakan refleksi dari perkara atauoun hal yang kita sedang fikirkan sebelum tidur samaada masalah peribadi, kerja atau sebagainya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Menjelang akhir zaman, hampir tidak ada mimpi yang dilihat Muslim tidak akan menjadi kenyataan. Orang yang mimpinya paling jujur adalah orang yang ucapannya paling jujur. Mimpi Muslim merupakan salah satu dari empat puluh lima bahagian Nubuat. Mimpi ada tiga jenis: mimpi baik yang merupakan perkhabaran baik dari Allah; mimpi yang menyebabkan kesusahan, yang datangnya dari Syaitan; dan mimpi tentang hal-hal yang sedang dipikirkan seseorang… ”(HR. Muslim, 2263)
Mimpi buruk adalah mimpi yang mengganggu tidur kita, yang berpunca daripada yang perasaan negatif, seperti kecemasan atau ketakutan yang membuat tubuh terjaga. Maka, bila kita mengalami mimpi buruk, segeralah membaca doa mimpi buruk dan memohon perlindungan kepada Allah SWT.
Ada dua doa ringkas dan pendek yang disarankan untuk dibaca apabila mengalami mimpi buruk. Di riwayatkan oleh Ibnu Sinni, doa pertama adalah sebagai berikut:
Huwallahu, allahu rabbi, la syarika lahu. A‘udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni.
Ertinya:
“Dialah Allah, Allah Tuhanku. Tiada sekutu bagi-Nya. Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan para hamba-Nya, dan godaan syaitan. Aku pun berlindung kepada-Nya dari kejahatan syaitan itu.”
Dan, doa yang kedua pula ialah:
Allohumma inni a’zubika min ‘amalis syaithoni wa sayyi-atil ahlam.
Ertinya:
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan setan dan buruknya mimpi.”
Setiap apa yang berlaku pada kita sudah pasti terjadi atas keizinan-Nya. Maka, berdoa jualah kepada Allah S.W.T supaya terhindar dari perkara-perkara yang buruk dan sentiasa dipelihara oleh-Nya. InsyaAllah. Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketika Sedih & Kesusahan, Baca Doa Ini, In Shaa Allah Dipermudahkan Urusan
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya. Ada masa gembira dan adakalanya duka bagai putaran roda. Namun apabila sedang berduka tentunya jiwa terasa sedih dan sayu,
Dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan hidup yang kita lalui, kita hendaklah berfikiran positif, mengkaji dan menilai apa-apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.
Selain muhasabah diri, pohonlah doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita mengadu dan meminta.
Melalui perkongsian Nana Ismail di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan ketika berada dalam keadaan sedih dan susah.
TIP UNTUK LEBIH TENANG KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN:
1. Solat fardhu awal waktu. Dapat je notification masuk waktu atau dengar azan, terus stop semua kerja dan ambil wuduk.
2. Bangun awal jam 5 pagi. Buat tambahan solat sunat untuk nak lebih dekatkan diri kita kepada Allah swt. Antaranya solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Fajar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.
3. Dari waktu subuh nak tunggu matahari terbit, boleh baca surah Yasin.
4. Wajib baca zikir setiap hari. Antaranya:
– Istighfar 101x (istighar yang penuh iaitu Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
– Zikir Nabi Yunus 101x (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin)
– Ya Allah 101x
– Selawat 101x
– Zikir Asmaul-Husna
5. Baca surah Al Fatihah untuk mak ayah, guru / mentor, dan orang yang kita tak kenal. Contoh dalam kereta, kita nampak ada orang sedang sapu sampah, terus niatkan dalam hati nak baca Al Fatihah untuk orang itu.
6.Akhir sekali untuk jadi orang yang tenang dan bahagia, sentiasa maafkan orang dan berkawan dengan semua orang. Akan ada orang yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang tak baik jadikan ianya sempadan dan yang baik jadikan ianya teladan.
Sumber kredit: Facebook Nana Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Kelebihan Surah Ar Rahman Yang Buat Anda Kerap Nak Baca, #5 Sesuai Untuk Mereka Yang Masih Mencari Jodoh.
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang.
Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Quran, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi f
“a biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”
Ertinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”
Setiap ketika dan masa, ada sahaja rahmat yang Allah berikan kepada kita. Cuba anda bayangkan apakah rahmat yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya.
Keutamaan Surah Ar Rahman
- Surah ini dinamakan Ar-Rahman yang bererti Yang Maha Pemurah dan boleh dilihat pada ayat pertama surah ini.
- Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah.
- Sebahagian besar dari surah ini menerangkan bahawa Allah SWT itu maha pemurah kepada hamba-hamba-Nya, iaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia mahupun di akhirat nanti.
- Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dalam al-Quran dan tergolong sebagai surah Makkiyah yang terdiri daripada 78 ayat. Jom lihat fadhilat atau kelebihan surah Ar Rahman yang bakal buatkan anda kerap ingin membacanya.
Fadhilat & Kelebihan Surah Ar Rahman
1. Mendapat Syafaat di Hari Kiamat
Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.
“Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya.”
Pada saat itu Allah berfirman:
“Siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjadi putih.”
Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.
Lalu ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.
2. Diredhai Dan Dikasihi Allah Swt
Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”
3. Mengingatkan Sifat Pelupa Manusia
Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri.
Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.
Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.
4. Mengingatkan Banyak Makhluk Allah Swt
Jin juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak.
Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.
Allah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.
5. Mencari Jodoh
Tahukah anda, surat Ar Rahman mengandung asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih.
Kelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh.
Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.
Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.
6. Menghilangkan Rasa Cemas
Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.
Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.
Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.
7. Dapat Mengeratkan Hubungan Antara Keluarga
Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.
Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.
8. Mati Seperti Mati Syahid
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.
9. Mendapat Nikmat Hidup
Tahukah anda, nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani. Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.
Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.
10. Mendapat Ilmu Pengetahuan
Allah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.
Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.
SUMBER:BIDADARI.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Yang Dimakan Nabi Muhammad SAW Waktu Sahur dan Buka Puasa?
Ramadan sudah tiba, dan umat Islam di seluruh dunia digalakkan untuk melakukan yang terbaik pada masa ini. Salah satu cara untuk menunjukkan kebaikan adalah dengan berpuasa.
Waktu yang paling istimewa ialah umat Islam waktu sahur dan berbuka. Kemudian, pada penghujung Ramadan. Umat Islam dinasihatkan untuk mengikuti amalan pemakanan Nabi Muhammad SAW. Baginda makan sahur dan berbuka dengan menu yang sihat agar tidak menyebabkan dia berasa sakit atau letih.
Artikel Berkaitan : Ketahui 5 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW, Penuh Khasiat Dan Lazat!
- Kurma Adalah Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW Saat Sahur
Salah satu ibadah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad adalah memakan kurma pada waktu pagi. Ini disebutkan dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Daud.
Kurma adalah pilihan makanan yang tepat untuk bersahur. Buah ini mengandungi kalori, serat dan karbohidrat yang cukup untuk mengisi badan. Kita akan rasa kenyang lebih lama apabila memakannya kerana kurma merupakan sumber karbohidrat kompleks.
Kurma adalah sumber pemakanan yang baik, dan ia sangat baik untuk orang yang ingin mengekalkan berat badan mereka. Kurma tinggi serat dan tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Maknanya sepanjang Ramadan ini, anda boleh makan kurma sebanyak yang anda mahu dan masih kekal sihat.
- Perbanyakkan Minum Air Putih Ketika Sahur
Pada waktu sahur, Nabi Muhammad SAW juga menyarankan agar kita minum air jika tidak biasa bangun awal untuk makan. Beliau berkata walaupun kita tidak bersarapan, sekurang-kurangnya kita perlu minum air.
Untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi semasa berpuasa, minum sekurang-kurangnya dua gelas air setiap kali berbuka, empat gelas selepas tarawih, dan dua gelas seterusnya semasa sahur. Dengan cara itu, badan anda akan mendapat air yang diperlukan walaupun anda tidak minum pada waktu tengah hari.
- Batalkan Puasa Dengan Memakan Kurma
Kurma adalah sejenis makanan yang sepatutnya dimakan oleh umat Islam di meja makan. Hadis riwayat Abu Daud mengatakan bahawa Nabi selalu mengakhiri puasanya dengan kurma yang segar, dan jika tidak ada baginda akan mengambil kurma kering. Kemudian, jika kedua-duanya tidak ada, dia akan minum air. Selepas itu, Nabi akan menunaikan solat Maghrib.
Ini menunjukkan bahawa puasa amat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW. Dari sudut kesihatan, buah-buahan yang berasal dari Timur Tengah adalah baik untuk berbuka puasa kerana ia menyihatkan untuk anda.
Kurma merupakan sumber tenaga yang baik kerana badan boleh menukarkannya kepada tenaga dengan mudah. Selain itu, makan kurma selepas berpuasa sepanjang hari boleh membantu memulihkan paras gula darah yang normal.
Sebab kedua ialah buah kurma merupakan buah yang tinggi serat, bermakna ia akan membantu mengelakkan anda daripada makan berlebihan semasa tempoh berpuasa. Dengan cara ini, anda akan kekal sihat dan langsing.
4.Pelbagaikan Variasi Makanan
Selepas berbuka, Nabi Muhammad makan beberapa buah kurma untuk membantu menghilangkan rasa lapar. Baginda pun solat Maghrib. Kemudian, makan apa yang ada padanya, seperti roti dan daging. Ini kerana Nabi Muhammad tidak pernah memilih apa yang dimakannya.
Artikel Berkaitan : Surah Al-Fatihah Memiliki Banyak Keistimewaanya Dan Diturunkan Khas Untuk Nabi Muhammad S.A.W.
- Ingat, Jangan Makan Berlebihan Saat Berbuka Puasa!
Nabi Muhammad bersabda bahawa penting untuk makan dalam jumlah yang sederhana, terutamanya semasa berbuka puasa. Menurut satu hadis, perut hendaklah dibahagikan kepada sepertiga untuk makanan, minuman, dan udara.
Makan berlebihan boleh memberi beberapa kesan negatif terhadap kesihatan anda, termasuk penambahan berat badan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI