Siapa yang pernah dengar tentang makanan viral khas Afrika iaitu fufu. Ianya sangat menjadi perhatian sehinggakan ada yang tertanya-tanya apa rasanya makanan itu sebenarnya.
Makanan Khas Dari Afrika, Fufu!
Kelihatan seperti doh untuk membuat roti tetapi bukan untuk di bakar! Fufu sebenarnya diperbuat dari campuran ubi kayu yang dihancurkan.
Ia cukup kaya dengan sumber karbohidrat yang tinggi dan sering dimakan dengan sup khas dari Afrika. Jadi pasti anda terfikir macam mana penghasilan fufu ini yang menjadikan ia bulat dan lembik?
Ikuti perkongsian dari Finedininglovers, jika anda ingin mencuba membuat fufu di rumah, ikuti cara ini kerana ia sangat mudah dan pantas!
Artikel berkaitan: 5 Resepi Sandwich Yang Sihat, Mudah Dan Pantas. Jom Cuba!
Bahan yang anda perlukan!
Dalam pembikinan fufum anda juga boleh menggunakan bahan lain selain dari ubi kayu. Anda juga boleh membuatnya dengan menggunakan keledek, pisang, sukun, mahupun buah jagung jika mahu.
Jadi apa yang anda perlukan untuk memasak fufu adalah:
- Ubi kayu (atau apa-apa gantian seperti yang dinyatakan di atas)
- Garam
- Lada Hitam
- Minyak Zaitun
Langkah pertama pembuatan Fufu
Kupas kulit ubi kayu itu dan cuci bahan tersebut dengan bersih. Selepas itu anda boleh potong kepada beberapa bahagian supaya ia lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam periuk besar. Seterusnya, anda masukkan potongan ubi kayu itu ke dalam periuk dan biarkan ia rendam, jangan lupa letakkan garam!
Langkah kedua pembuatan Fufu
Gunakan apa yang marak atau ‘besar’ kerana proses untuk merebus memerlukan penggunaan api yang besar. Biarkan selama 20 minit sehingga ubi kayu itu lembut.
Apabila sudah lembut, asing dan tapiskan ubi kayu itu dari air rebusan. Jangan! Anda jangan buang air rebusan itu, ia akan digunakan untuk proses yang lain.
Bila ubi kayu sudah mulai sejuk, masukkan ia ke dalam bekas yang bersaiz sederhana. Kemudian, campurkan sedikit minyak dan perasakan bersama garam dan lada hitam.
Langkah ketiga pembuatan Fufu
Leyekkan setiap bahagian ubi kayu yang di potong yang ada dalam bekas tadi. Pastikan anda lumatkan tekstur ubi kayu itu secukup-cukupnya. Seusai proses itu, anda boleh melihat teksturnya berubah menjadi lebih elastik sewaktu di pukul menggunakan senduk kayu.
Air rebusan tadi dimasukkan ke dalam campuran ubi kayu yang telah dilenyekkan tadi. Dengan berhati-hati, masuk sikit demi sedikit mengikut ketebalan yang anda inginkan.
Apabila telah capai mengikut ketebalan yang anda inginkan, bentukkan fufu itu dalam bentuk bulat kepada beberapa bahagian yang sama saiz. Kini Fufu buatan anda telah siap!
Artikel berkaitan: Musim Hujan Terkandas Di Rumah, Cuba 7 Resepi DIY Kopi Starbucks Buat Di Rumah. Mudah Sangat!
Kuah yang anda ingin cicah bersama Fufu itu terpulang kepada citarasa anda. Mungkin sahaja boleh makan bersama kari atau sambal ikan bilis, barulah ada twist rasa Melayu di situ. Selamat mencuba!
Sumber: Finedininglovers
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI