Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita pemergian penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir.
Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Pemergiannya memang mengejutkan ramai rakyat Malaysia termasuklah pelakon terkenal, Yana Samsudin.
Luahnya di laman sosial, suara Allahyarham sentiasa membuatkannya terkenang zaman kecil dahulu.
“teringat zaman kanak kanak dulu, kalau dengar suara uncle ni, dah tau dah lewat ni, kena tido sebab nak gi sekolah esok”
Al Fatihah buat Farit Ismeth Emir & salam takziah buat keluarga arwah…
Kami doakan moga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan yang beriman insyaAllah.
"teringat zaman kanak kanak dulu, kalau dengar suara uncle ni, dah tau dah lewat ni, kena tido sebab nak gi sekolah esok"Al Fatihah buat Farit Ismeth Emir & salam takziah buat keluarga arwah…Kami doakan moga rohnya tenang di sana, dan ditempatkan dikalangan yang beriman insyaAllah.
Posted by Yana Samsudin on Monday, 20 April 2020
Allahyarham yang juga merupakan bapa kepada DJ Fuzz merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.
Pastinya Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai pembaca berita yang berkaliber di Malaysia termasuklah kelainan yang ditonjolkannya iaitu dengan memberikan mutiara kata pada penonton sebelum segmen itu berakhir. Al-fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Founder Tergamak Bergambar Depan SIRIM, Buktikan Produk Kecantikan ‘Barang Bagus’ Dan Sudah Diuji
Susulan produk mengandungi bahan berbahaya, terus meraih perhatian netizen. Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah bahan yang terkandung seperti racun berjadual dan merkuri yang disebut sebagai produk timbang kilo.
Tindakan lanjutan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk berkenaan. Namun di antara senarai produk, salah satu produk itu tiba-tiba menjadi perhatian warga maya selepas tular foto pengasas bersama suaminya berada di hadapan bangunan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Berikutan hal yang dibangkitkan, pengguna produk khususnya kosmetik Skin Dessert merasa terpedaya kerana telah membeli produk ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Racun Berjadual Dalam Produk Kecantikan, KKM Gesa Berhenti Guna 5 Produk Ini
Sehubungan itu pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah membuat hantaran di Facebook menegaskan bahawa barang yang dijual adalah selamat diguna pakai. Buktinya foto di hadapan pintu pagar utama SIRIM yang dikongsikan di laman sosial. Dia memaklumkan sedang bertungkus lumus bagi membuktikan bahawa produknya selamat dan mendapatkan kelulusan SIRIM.
“Laporan akhir untuk Skin Dessert kita reveal once done fully tested dan ikut prosesur standards.
“Bagi netizen yang kecam kata timbang kilo, saya fikir anda boleh fikir sendiri.
“Takkan la nak masuk lab kalau barang tak bagus,” katanya.
Maklum balas SIRIM…
Menerusi hantaran itu, mendapat maklumbalas pengendali akaun Facebook Sirim dan mereka menafikan pihaknya melakukan ujian bagi produk Skin Dessert.
“Sirim Berhad ingin menegaskan bahawa Sirim Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.
“Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my,” jelasnya di ruangan komen.
Meskipun pihak SIRIM sudah memberi kenyataan tersebut, pengasas itu dilihat tidak buat kenyataan apa-apa, sebaliknya membiarkan sahaja orang ramai berbincang, sekali gus menerima pelbagai kecaman.
Manakala, di akaun Facebook PQ Community (Product Query), yang sering berkongsi maklumat tentang produk kesihatan dan kosmetik turut menyuarakan isu terbabit dengan memuat naik beberapa tangkap layar kenyataan pihak SIRIM.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Ini Jelaskan Cara Nak Kenal ‘Serum Sampah’, Rentetan Kes Muka Teruk Gara-gara Pakai Produk Sebegini.
Malah, mereka juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan kata-kata segelintir pengasas bagi sesebuah produk yang lebih kepada ‘sembang’ semata-mata.
SIRIM telah menfikannya dan menasihati supaya orang ramai jangan mudah terpedaya apabila pengasas produk mengeluarkan barangan yang mencurigakan. Sebaliknya anda berhak menyelidiki kesahihan bahan yang terkandung dalam produk yang dipasarkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Belajar Sampai Universiti Tapi Gaji ‘Starting’ RM2K, Lebih Baik Jadi Content Creator Kat Tik Tok! Hadamkan Nasihat Lelaki Ini
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan kaji selidik, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ia juga turut membabitkan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pengurangan jumlah pelajar melanjutkan pengajian dalam jurusan sains amat ketara. Pengaruh rakan sebaya yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui platform media sosial, walaupun ketika di bangku sekolah dikenal pasti antara faktor masalah ini berlaku.
Di samping itu ‘influencer’ yang dilihat menjana pendapatan jauh lebih besar daripada seseorang memiliki kelulusan universiti atau bekerja dalam sektor awam menyebabkan
universiti dilihat tidak lagi relevan untuk dijadikan sasaran cita-cita untuk menuntut ilmu.
Berikut perkongsian padu Mohd Nizam menyentuh tentang golongan anak muda yang enggan melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.
Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia.
Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.
6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah.
Sebab itulah, education itu penting.
9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran.
Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
***************
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua.
Sumber kredit: Mohd Nizam Top image: Photo by pixabay from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Konsisten Berhijab CUT SYIFA Kongsi Penampilan Terkini Yang Kian Menawan
Semakin menawan sejak bertudung, Cut Syifa kongsi ciri-ciri suami idaman. Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab sejak tahun 2021 sehingga ini kelihatan semakin menawan. Baru-baru ini juga, Cut Syifa ada berkongsi tentang ciri-ciri suami idaman menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
Tidak sedikit netizen yang bersetuju dan mendoakan agar impiannya untuk memiliki suami idaman menjadi kenyataan.
Hijabista kongsikan penampilan terkini Cut Syifa yang semakin menawan berhijab serta ciri-ciri suami idamannya.
BACA JUGA: 11 Selebriti Bertudung Paling Stylish 2024, Ekstra Cantik & Jadi Inspirasi Hijabi!
Cut Syifa yang merupakan seorang pelakon dan model memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sejak 2007.
Namanya semakin popular sejak memegang watak Maesaroh dalam Tukang Bubur Naik Haji: The Series. Sehingga kini, wajah jelitanya masih menghiasi layar skrin televisyen.
MAKIN CANTIK & BERSERI
Selain televisyen, aktiviti harian Cut Syifa boleh diketahui menerusi akaun media sosial peribadinya. Cut Syifa sangat aktif memuat naik kandungan foto dan video di Instagram.
Setiap hantarannya itu sering dibanjiri pujian berkat penampilannya yang semakin menawan.
ISTIQAMAH BERTUDUNG
Pada awal pembabitannya dalam industri hiburan, Cut Syifa tampil dengan rambut panjang. Namun, pada tahun 2021 Cut Syifa berazam untuk berhijab.
Sehingga kini, wanita berusia 25 tahun ini konsisten menutup aurat dan sering memuat naik kandungan foto atau video dirinya menyarungkan pelbagai busana Muslimah yang moden dan stylish.
AURA
Penampilan Cut Syifa sering mencuri tumpuan. Ini kerana dia sentiasa kelihatan bergaya dengan pakaian Muslimah dan gaya tudung yang ringkas.
Selain semakin anggun, Cut Syifa turut memancarkan aura yang menenangkan buat sesiapa yang memandangnya.
CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN
Terbaharu, Cut Syifa turut mencuri perhatian selepas mendedahkan ciri-ciri suami idamannya. Sehingga kini, Cut Syifa dipercayai masih belum berpunya.
CARI YANG TIDAK MEROKOK
Berkongsi secara terbuka, Cut Syifa memberitahu salah satu ciri-ciri lelaki idamannya ialah seorang yang tidak merokok. Katanya, jika seorang lelaki tidak boleh mencintai tubuhnya sendiri bagaimana dia boleh mencintai orang lain.
“Ya, cari yang tak merokok. Badan pun dia tak sayang, macam mana dia boleh sayang saya,” kata Cut Syifa.
Ramai yang bersetuju dengan pandangannya tentang bahaya merokok. Cut Syifa turut didoakan agar cepat bertemu jodoh dengan lelaki idamannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI