Pelakon serta usahawan terkenal, Hanis Zalikha dipilih sebagai duta rasmi bagi jenama Innersejuk, sebuah jenama fesyen yang tidak asing lagi di Malaysia dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta atau RM 4.2 juta.
Menurut Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk, pemilihan Hanis sebagai duta rasmi jenama itu bukanlah dibuat kerana Hanis seorang selebriti semata-mata. Malah, Hanis ialah seorang wanita yang mempunyai personaliti yang berani dan istimewa, sesuai dengan imej Innersejuk sendiri.
Tambah Azrul, Hanis juga merupakan seorang usahawan wanita yang semakin menempa nama dan berjaya serta dia juga dikenali sebagai seorang isteri juga ibu yang penyayang.
Kriteria ini yang membuatkan dirinya layak menjadi duta rasmi jenama itu. Hanis juga diibaratkan seperti ikon muslimah yang baik dalam mempromosikan jenama itu di pasaran luar negara.
Bagi Hanis pula, dia menyatakan bahawa persetujuannya untuk menjadi duta rasmi jenama ini bukanlah disebabkan nilai kontrak yang ditawarkan. Malah, ia lebih kepada nilai yang diletakkan oleh jenama ini pada dirinya sebagai seorang wanita muslimah.
Bukan itu sahaja, Innersejuk juga memberi ruang kepada Hanis untuk berkongsi idea dan visi untuk memastikan jenama ini terus berkembang maju di pasaran dalam dan luar negara.
Menyifatkan bahawa tawaran dari Innersejuk ini ialah paling lumayan pernah diterima sepanjang bergelar selebriti, Hanis sudahpun turut serta dalam sebuah kempen Innersejuk dengan menonjolkan rekaan telekung terbaru yang lebih menarik dan berbeza!
Sumber: Instagram Hanis Zalika, Pesona Pengantin & Boom!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.