“Alhamdulillah syukur. Mummy Dah pun masuk 36 tahun..”
Hijabista tertarik dengan dekorasi sambutan tersebut yang bertemakan warna-warna pastel. Sweet sangat!
Ads
Memey turut berterima kasih atas segala ucapan dan doa yang diutuskan kepadanya namun memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas kesemuanya.
“Terima kasih banyak buat semua yang tak putus2 mendoakan & beri ucapan di IG, whatsapp, tiktok & FB. Maaf mummy tak sempat nak balas semua sebab mummy dr mlm smlm live 24 jam dgn team @normey.hq sempena birthday mummy.. ada peluang mummy tido.. lepas tu live lagi haha..Jadi tak fikir sgt pasal birthday..”
Rasa cukup dengan segala nikmat yang ada, Memey turut menitipkan penghargaan buat mereka yang sentiasa ada di sisinya selama ini.
Ads
“Alhamdulillah tahun ni tak payah buat apa2 pun.. cukup dah apa yang mummy ada.. tapi ……. terima kasih kesayangan semua yang selalu ada disisi, selalu ambil berat, selalu ada.”
Tak ketinggalan ucapan buat suami, anak-anak, keluarga serta sahabat tersayang.
“Terima kasih banyak suami, terima kasih rajin buat surprise walaupn selalu pesan tak nak. Terima kasih mak abah adik pun datang surprise. Terima kasih anak, terima kasih sahabat2 baik mummy, terima kasih orang kuat kesayangan mummy, terima kasih @normey.hq & semuanyalah.. semoga segala doa yang baik2 juga berbalik pada tuan empunya doa.”
Ads
Semoga Memey kekal bahagia dan ceria bersama keluarga, serta sukses sebagai usahawan.
Untuk info, selama 13 tahun berkahwin Memey Suhaiza dan Norman Hakim kini bahagia di samping tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Pasangan ini ligat menguruskan bisnes hijab bersama-sam iaitu yang dikenali sebagai Normey.
Semua wanita pasti mahu kekal jelita dan nampak awet sentiasa walaupun usia semakin meningkat. Mesti banyak petua yang diamalkan dan banyak produk kecantikan yang dicuba agar tubuh dan wajah tidak dimakan usia. Seperti perkongsian di twitter ini oleh @azyanizamri mengenai ibu mentuanya yang sering disalah anggap sebagai kakaknya. Wow, muda betul tu! Jom kita ikuti rahsia bagaimana ibu mentuanya mengekalkan keremajaan wajah dan kesihatan tubuh.
Memang nampak betul-betul mudalah! Macam kakak dan adik.
Mula-mula tengok ingatkan teman wanita suami apabila kali pertama lihat gambar suami bersama ibunya.
Ibu mentuanya kahwin pada usia muda iaitu 18 tahun dan kini masih bergelar pendidik di sekolah rendah.
Patutlah kelihatan muda dan cantik. Banyak rupanya petua, pantang larang yang diamalkan.
Ibu bapa mentuanya memang sangat aktif dan suka berkayuh basikal bersama untuk kekal cergas. Rupanya kita boleh jadi 10 tahun lebih muda dengan aktiviti berbasikal ini.
Selain itu, hubungan dengan Tuhan jangan dilupakan. Sentiasalah berselawat setiap kali mandi dan mencuci muka untuk wajah yang berseri.
Ikut cara tradisional ini juga bagus kerana tidak memberi risiko terhadap badan. Anda juga boleh mencuba jus daun pegaga untuk sesiapa yang boleh menelan rasanya.
Kalau nak cantik, tak boleh stress tau! Sentiasa positif dan semangat. Atasi masalah dengan cara positif dan jangan bermuram selalu.
Ibu dan bapa mentuanya juga selalu menjaga hubungan baik di antara suami isteri dan mengekalkan romantisnya walaupun sudah lama berkahwin kerana itulah kunci kebahagiaan yang patut dikekalkan dalam sesebuah rumah tangga.
Ini yang paling penting, sentiasa ingat kepada Tuhan nescaya Dia akan berikan apa yang diminta dan mudahkan segala urusanmu.
Bagusnya tips yang diberikan. Semuanya cara yang sihat dan tidak memberi apa-apa kesan negatif pun pada tubuh badan. Untuk hijabi di luar sana yang mahu kekal cantik hingga ke masa akan datang, bolehlah jadikan petua yang dikongsi ini sebagai panduan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti itulah yang kita mahukan dalam persahabatan. Biar tak ramai orang di sekeliling kita yang penting ada yang setia bersama kita di waktu senang dan susah.
Seperti Faezah Elai, dia mengakui dia tidak ramai kawan dan itu membuatkannya lebih tenang kerana dapat mengelak drama yang tidak sepatutnya dalam hidup.
“Sudah berapa lama sejak pertemuan terakhir kita. Kawan baik saya yang gila-gila sejak dari zaman sekolah lagi. Saya hanya rapat dengan orang tertentu. Tetapi mereka menjadi begitu bermakna dalam hidup saya.”
“Kawan yang sedikit bererti kurang drama so I always keep my circle small dari zaman sekolah lagi. Sebenarnya ada lagi satu. Seorang gadis cina. Mereka semua panggil kami ‘Geng Masyarakat Majmuk’ – melayu, india dan cina.”
“Bila lama tak jumpa dengan masa yang singkat, dua-dua nak bercakap, hang nak cakap aku nak cakap, siapa nak dengar.”
“Sangat seronok jumpa kamu kembali. Jom cari satu hari untuk lepak bersama dengan Eileen dan bila kita bertiga bercakap saya terfikir siapalah yang akan dengarkan.”
“Dulu selalu lepak di kantin sekolah masa umur 16 tahun, sekarang dah 38 tahun. Ish rasa macam 2-3 hari sudah pakai baju sekolah. Sekarang hantar anak pula pergi sekolah. Eh, rasa macam mimpi pulak!”
Betulkan apa yang dikata oleh Faezah itu. Biarlah tak ramai orang di sisi, janji mereka semua ada di saat memerlukan. Oleh itu, pilihlah sahabat anda dengan sebaiknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesudian menerima kehadiran Seri Paduka berdua dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas sokongan serta kasih rakyat kepada baginda berdua.
“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Januari 2019.
“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.”
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat.
Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat agar menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat serta kehamonian yang dinikmati di negara ini dengan sepenuh hati.
Al-Sultan Abdullah turut mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan agar rakyat serta negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah, serta dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berpanjangan.
Sumber: Bernama
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...