‘Terima Kasih My Love’ -Bekas Pengasuh Anak Siti Nurhaliza, Dayah Zubit Selamat Bergelar Ibu

Share

Bekas pengasuh anak Dato Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah selamat melahirkan anak sulungnya jam 2.41 pagi semalam di Salam Specialist Hospital Kuala Terengganu, Terengganu.

Meluahkan rasa syukur, Dayah juga menitipkan kata-kata manis buat suami tercinta, Ridzuan Razali di atas pengorbanan yang dilakukan buat dirinya.

7.2.2022 | 6 Rejab 1443H

Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.

Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yg terbaik untuk sayang! ❤️ Lepasni kita sama2 buat yg terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yg abang lakukan 🤲🏻

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat pengasuh kesayangan Siti Aafiyah ini di atas kelahiran anak tersayang.

Tahniah Dayah & Ridzuan!

 

Published by
Team Hijabista