Berita

“Terima Kasih Menjadi Ibu, Pasangan & ‘Cikgu Disiplin’ Terbaik Untuk B…” DATO’ SERI ALIFF SYUKRI

Share

Tanggal 14 March 2025 genaplah usia Datin Seri Nur Shahida yang ke-40 tahun.

“Terima Kasih Menjadi Ibu, Pasangan & ‘Cikgu Disiplin’ Terbaik Untuk B…” DATO’ SERI ALIFF SYUKRI“Terima Kasih Menjadi Ibu, Pasangan & ‘Cikgu Disiplin’ Terbaik Untuk B…” DATO’ SERI ALIFF SYUKRI

Selain bergelar ibu kepada enam cahaya mata, Datin Seri Nur Shahida turut dikurniakan rezeki kejayaan dalam perniagaan.

Kredit Foto: shahidadherbs

Jenama D’Herbs yang dibina lebih sedekad lalu bersama suami tercinta kini menjadi salah satu legasi periagaan terunggul di Malaysia.

Miliki Segalanya

Datin Seri Nur Shahida turut dikurniakan nikmat kebahagiaan dan kemewahan hidup bersama keluarga tersayang.

Rezeki Datin Seri Nur Shahida, pada usia 40 tahun beliau telah pun memiliki segala-galanya seperti mana diimpikan setiap wanita.

Pun begitu, isteri kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman serta menantu kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim ini seorang yang sangat merendah diri.

Ini membuktikan bekas ahli kumpulan nasyid Solehah ini tidak sekadar cantik luaran bahkan juga dalaman.

Pasangan Terbaik

Sempena ulangtahun kelahiran isteri tersayang, Dato’ Seri Aliff Syukri menitipkan ucapan hari lahir dalam satu hantaran di Instagramnya.

“Happy birthday sayang.. tiada kata-kata yang ingin b luahkan di hari lahir sayang yang ke 40 ni.. apa yang b nak .. semoga sayang dipanjangkan umur murah rezeki bahagia.. dan kita hidup bahagia sampai bila-bila..”

BACA JUGA: “Abah Sebenarnya Garang” QADEJAH Dedah Kehidupan Sebagai Anak Jutawan Aliff Syukri

Dato’ Seri Aliff Syukri turut berterima kasih kepada Datin Seri Nur Shahida kerana menjadi ibu, pasangan serta ‘cikgu disiplin’ yang terbaik buat dirinya.

“Terima kasih menjadi ibu yang terbaik, isteri yang terbaik, pasangan yang terbaik dan juga cikgu disiplin yang terbaik untuk b.. i love you forever and ever sayang @shahidadherbs..”

Di akhir kapsyen Dato’ Seri Aliff Syukri turut meminta cadangan daripada para pengikutnya, apakah hadiah terbaik boleh dibelikan untuk Datin Seri Nur Shahida.

“Anda rasa hadiah apa yang terbaik untuk saya belikan untuk wife saya?? Sebab tahun ni minta maaf nak cakap memang tak sempat nak beli apa sebab terlalu sibuk dengan kempen dekat TikTok minta maaf ya sayang…”

Hantaran itu turut mendapat respon daripada Datin Seri Nur Shahida di ruangan komen.

“Amin terima kasih atas ingatan…Insya Allah”

Hijabista mendoakan semoga Datin Seri Nur Shahida sentiasa dalam rahmatNya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki seterusnya kekal bahagia bersama keluarga tersayang sampai syurga.

Published by
Amy Mohd