Anak pengasas kosmetik Dnars Skincare Allahyarham Hajjah Faziani Rohban, Irdiena Hakim,17, meluahkan penghargaan buat abangnya yang tercinta iaitu Mohamed Iqbar Hakim Jasman, 20, di atas segala pengorbanannya buat keluarga tersayang.
Tulis Irdiena yang mesra disapa Gegirl, biarpun dilanda ujian yang berat dalam hidup, Iqbar tetap menjadi abang yang terbaik buat adik-adiknya dan sentiasa berlagak tenang di hadapan mereka walaupun dalam hatinya mungkin Tuhan sahaja yang tahu.
ABANG IALAH SEGALANYA ,DIA SEORANG ABANG SEORANG AYAH DAN SEORANG IBU DI HIDUPKU❤️
Abang dari kecil hingga dewasa dia diberi pelbagai jenis ujian hidup dan dia jugalah saksi setiap kesusahan hidup bonda ..
Ads
abang ialah seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya, dia juga seorang anak yang sangat TAAT ..dia seorang yang sentiasa berfikiran rasional dan nasihatnya sentiasa membuat aku menjadi insan yang lebih baik..
Selepas bonda tiada, almost 90% tanggungjawab yang harus dia jalankan serta pelbagai jenis ujian hidup yang harus dia lalui demi kebahagiaan adik-adiknya..
dan sekarang dia juga ditimpa masalah yang sangat besar tapi aku kagum, kerana di saat aku menelefon suaranya sentiasa gembira dan sangat tenang malah masih dengan lagaknya yang melawak (walaupun air matanya mungkin sentiasa mencurah keluar dibelakang aku adiknya)..
Ads
abang, aku percaya engkau akan menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang suatu hari nanti, terima kasih atas segala kesakitan yang kau tahan demi memberikan kebahagiaan kepada keluarga dan demi menegakkan KEADILAN serta demi MEMPERTAHANKAN LEGASI YANG TELAH DITINGGALKAN..aku yakin kau mampu abang, kerana Tuhan takkan uji seseorang itu lebih daripada kemampuannya!💪🏻❤️
Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kami..kebenaran pasti datang, keadilan pasti menjelma..semoga Tuhan permudahkan segalanya Ameen🌹
Di ruang komen, ramai yang memberi sokongan buat mereka dan mengharapkan agar mereka terus kuat menghadapi ujian dalam hidup.
Tersentuh hati rasanya apabila membaca luahan hati daripada Irdiena ini. Moga urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan bagi menegakkan kebenaran. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Nama Putri Ariani terus ‘meroket’ selepas mendapat tiket emas ke America’s Got Talent. Sosoknya mencuri perhatian sebagai wanita berhijab dengan suara emas di kalangan peserta lain.
Sebagai wanita Islam, Putri Ariani sudah lama bertudung sebagai lambang ketaatannya kepada perintah Allah SWT.
Gaya hijab dan suai padan outfit Putri Ariani boleh dijadikan inspirasi. Walaupun ringkas, ia sesuai digayakan untuk pelbagai aktiviti termasuk ketika bekerja mahupun bersantai bersama rakan-rakan.
Berikut ernam gaya suai padan outfit Putri Ariani pilihan Hijabista: –
Skirt
Kini, skirt menjadi trend fesyen di kalangan anak muda di kota-kota besar Indonesia. Mereka biasanya tampil dengan skirt berelemen tradisional seperti penampilan Puteri Ariani ini.
Putri Ariani menggayakan pakaian tenunan daripada jenama Emmy Thee, jenama tempatan yang menghasilkan pakaian dengan tema etnik kontemporari. Putri menggabungkannya dengan blouse hitam polos yang diselitkan ke dalam kain tenunan tiga warna iaitu hitam, putih dan merah. Tak dilupakan kardigan dalam warna sedondon.
Putri memadankan pakaian dengan tudung putih segi empat tepat yang dililit di lehernya agar kelihatan bersih dan kemas. Putri memakai pump boot yang senada warnanya dengan tudung. Rantai putih panjang jadi pelengkap gaya Putri.
Seluar Kargo & Cropped Cardigan
Inginkan penampilan yang formal tetapi stylish? Boleh ikut gaya Putri Ariani. Putri menunjukkan gaya fesyen yang menarik bagi mempromosikan dirinya di America’s Got Talent musim ke-18.
Putri memakai kardigan tidak berbutang dengan t-shirt putih di bawahnya. Pilih seluar kargo berpinggang tinggi yang dapat membantu menutup bahagian perut.
Untuk tudung, Putri memilih pashmina putih yang dipakai berbalut tetapi masih longgar sehingga tidak menampakkan leher. Hujung pashmina ditanggalkan ke sebelah kepala supaya tergantung panjang ke hadapan. Gaya fesyen seperti ini membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Jaket Denim & Sweatpants
Kedua-dua jenis pakaian di ini adalah gabungan gaya fesyen yang sangat muda. Jangan takut mencuba kerana denim sesuai untuk semua peringkat umur.
Putri Ariani memakai jaket denim yang dihiasi dengan sulaman berwarna-warni dan kemeja-T putih di bahagian dalam.
Putri turut memadankannya dengan seluar putih. Sementara itu, Putri memilih pashmina yang diperbuat daripada kemeja-T merah jambu dengan hujung menutupi dada. Boleh gantikan dengan sweatpants atau skirt untuk penampilan yang lebih formal-kasual.
Blouse & Boot
Oleh kerana potongannya longgar dan sopan, blouse sentiasa menjadi pilihan pertama untuk ke pejabat. Anda boleh menekankan pakaian blaus dengan memasangkannya dengan aksesori kasual seperti but.
Pakaian Puteri Ariani ini boleh menjadi inspirasi untuk pakaian pejabat yang luar biasa. Putri yang berusia 19 tahun ini memakai blouse hitam polos yang dimasukkan ke dalam seluar.
Hujung seluar dimasukkan ke dalam boot hitam. Putri memakai tudung segi empat tepat dan sebahagiannya dililit ke leher, manakala hujung sebelah lagi menutupi dada.
Serba Hitam
Hitam sentiasa sesuai untuk sebarang majlis, sama ada untuk keluar bersama rakan atau dijadikan pakaian pejabat. Putri Ariani dilihat memakai pakaian serba hitam dengan nuansa formal rekaan Ayu Dyah Andari.
Dalam penampilan ini, Putri Ariani memakai blazer dua butang dengan lipatan di dada dan lengan. Blazer hitam digabungkan dengan baju hitam di bawahnya dan pashmina yang diikat kemas di leher.
Bagi menyerlahkan aura keanggunan, Putri Ariani menambah aksesori manik yang melekat pada tudung. Penampilan formal seperti ini boleh diubah suai dengan memadannya dengan seluar dan kasut tumit yang lebih formal.
Blazer & Jogger
Jogger selalunya dipakai dalam aktiviti yang lebih santai atau ketika bersenam. Namun ia boleh disuai padan dengan blazer untuk gaya formal-kasual.
Selebriti bersuara emas ini memakai jogger denim hitam dan tudung instant yang disarungkan ke dalam baju agar kelihatan kemas.
Untuk kasut pulaa, Putri Ariani menyelitkan elemen kasual dan sporty. Putri turut membawa beg sandang berwarna coklat gelap. Cermin mata hitam menjadi pelengkap gaya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masalah jantung kekal sebagai salah satu penyakit kronik yang membawa kepada kadar kematian yang tinggi dalam populasi dunia. Pakar kesihatan memberi amaran bahawa kebimbangan terhadap kesihatan jantung harus dipandang serius.
Bagi menyihatkan jantung supaya dapat terus mengepam darah dengan lancar ke seluruh badan, perlulah mengisi badan dengan makanan yang berkhasiat. Makan secara sihat boleh membantu mengekalkan paras kolesterol. Berikut adalah senarai makanan yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Oat dan barli mengandungi serat yang mudah dihadam dipanggil beta-glucan. Serat ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung dan badan. Beta-glukan mengikat asid hempedu dan kolesterol dalam usus dan menghalang penyerapannya dalam badan.
Jadi, jika anda disahkan menghidap kolestrol tinggi, sangat digalakkan anda makan oatmeal atau oatmeal untuk sarapan pagi setiap hari.Anda juga boleh menemui serat beta-glukan dalam rumpai laut dan jenis cendawan seperti reishi, shiitake dan maitake.
Salmon
Salmon dan ikan tinggi lemak lain seperti tuna albacore, makarel, herring, sardin dan trout tasik adalah makanan yang bagus untuk dimakan kerana ia boleh menyokong kesihatan jantung. Ini kerana ikan ini mengandungi omega-3, khususnya LC-omega-3, yang terdiri daripada asid eicosapentaenoic (EPA), asid docosapentaenoic (DPA), dan asid docosahexaenoic (DHA).
LC Omega-3 telah terbukti secara klinikal dapat mencegah serangan jantung dengan membantu mengekalkan irama jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa bahan ini membantu mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, mengekalkan saluran darah yang sihat dan mencegah penyempitan, menurunkan trigliserida, dan mengurangkan keradangan.
Selain ikan, anda juga boleh mendapatkan asid lemak omega-3 dengan memakan udang galah, tiram, dan sotong.
Sayuran Berwarna Hijau Tua
Sayuran hijau kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta antioksidan yang membantu menghilangkan toksin dari badan. Tetapi sayur-sayuran hijau juga tinggi dalam kalsium, magnesium, dan kalium, jadi ia boleh menyokong kesihatan jantung.
Kalium boleh membantu mengehadkan kesan natrium pada tekanan darah. Sementara itu, magnesium dan kalsium membantu mengendurkan dinding saluran darah, yang meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.Jangan lupa sayur-sayuran hijau ini juga tinggi serat, yang membantu menurunkan paras kolesterol.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...