Pelakon Veteran, Margaret Gan, yang akhirnya mendapat hidayah dan memeluk Islam di usia 79 tahun, menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi memenuhi tuntutan watak lakonan.
Malah, menurutnya meskipun jarang berlakon ekoran terpaksa membataskan watak lakonan yang sesuai dengan imej sebagai seorang muslim, namun jadual harianya kekal padat.
Tawaran Berlakon Banyak, Cuma Margaret Enggan Buka Tudung Demi Watak!
“Jadual aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlakon kerana watak tidak sesuai. Sebagai orang Islam dan bertudung, saya memang menolak tawaran berlakon yang memerlukan saya tidak bertudung,” ujarnya.
Margaret berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah walaupun acapkali ditawarkan watak lakonan sama iaitu watak wanita Cina, namun dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi watak berkenaan.
“Tawaran berlakon itu masih lagi diterima, tapi ada juga yang menawarkan saya watak tidak bertudung. Jadi, tak bolehlah saya nak terima sebab saya dah beragama Islam dan bertudung. Saya pun tak akan sesekali membukanya (tudung).
Jelasnya lagi, dirinya yakin dan percaya dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah pasti tetap diperoleh tanpa perlu membuka tudung.
“Macam saya, pada usia ’emas’ begini Allah bukakan hati dengan hidayah hingga rela memeluk Islam. Jadi, saya amat bersyukur sekarang dan apa lagi yang saya mahu dalam hidup ini. Allah sudah berikan saya segala-galanya,” katanya lapor media tempatan.
Ads
Sambutan Tahun Baru Cina Pertama Sebagai Muslim Kekal Meriah!
Ketika ditanya berhubung sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan baru-baru ini, Margaret menyatakan rasa teruja kerana tahun ini merupakan kali pertama dia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai seorang Muslim
Disamping itu, selain rasa teruja dan gembira, Margaret juga menzahirkan rasa syukur kerana dia dapat memperbanyakkan amalam bersedekah semasa musim perayaan berkenaan.
“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat seronok dan tenang jiwa.
“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjalani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peluang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya,” ujarnya.
Gembira Dapat Hafal Surah Al-Fatihah, Lebih Mudah Solat
Mengulas lanjut berhubung perkembanganya sebagai seorang muslim, Margaret kini sudah mampu membaca Surah Al Fatihah secara hafazan, meskipun diusia emas menurutnya dia dapat menghafal surah tersebut dengan baik.
Ads
“Sekarang saya juga sudah hafal surah al Fatihah dan boleh membacanya dengan baik.
“Ia memudahkan saya dalam bersolat, selain anak juga ada menyediakan guru untuk mengajar saya mendalami agama Islam,” jelasnya.
Sekadar info, Margaret Tan memeluk agama Islam secara rasmi pada 15 Februari lalu, sekaligus menjadikan impian anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, untuk melihat dia memeluk agama Islam menjadi kenyataan, selepas sabar menunggu bertahun-tahun lamanya.
Umum mengetahui, Nurul Izzah Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh baru sahaja menjalani alam rumahtangga sekali lagi selepas mendirikan perkahwinaan bersama jejaka pilihan hati iaitu seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Malah, perkahwinan yang baru berusia lima bulan itu turut diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, apabila Nurul Izzah menerima khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil sebaik sahaja usai berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari, semalam anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengumumkan khabar duka, bahawa dia telah mengalami keguguran.
Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh Nurul Izzah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran berkenaan Izzah memuat naik foto dirinya yang sebak sedang berada dalam dakapan kedua orang tuanya, usai memaklumkan berita sedih berkenaan berhubung kehilangan cahaya mata keempat mereka.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.
Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone …
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return,” tulis Izzah pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Izzah turut memikirkan bagaimana wanita-wanita cekal diluar sana berjaya melalui episod serta pengalaman getir yang sama sepertinya, walau mempunyai jalur kekuatan yang berbeza.
Bagaimanapun, disebalik kedukaan dan keperitan kehilangan yang dirasainya, Nurul Izzah tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT diatas ujian dan dugaan yang diberikan kerana yakin proses ini akan menjadikan dirinya lebih kuat di masa akan datang.
“Ungkapan mensyukuri nikmat dan kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucap kan walau mengalir air mata, kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Kepada anda diluar sana yang juga diuji dengan merasai kehilangan, doa dan pelukan secara maya kami tujukan khas buat anda, namun ingatlah sesukar manapun ujian yang perlu ditempuh, kehidupan perlu diteruskan.
“Penyembuhan adalah satu perjalanan.. Dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Sekadar info, pada 5 Ogos 2023, Izzah sekali lagi bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Hasil perkahwinan terdahulu, Izzah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13. Manakala, Shao Loong juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.
Kecantikkan dan kaum hawa memang tak dapat dipisahkan, setiap wanita pastinya mendambakan untuk sentiasa terlihat cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Maka untuk mencapai matlamat ini, pelbagai cara sanggup dilakukan seperti membeli alat solek high-end, mengambil supplemen tambahan, lebih buruk ada yang sanggup spend beribu ringgit melakukan pembedahan mahupun mendapatkan suntikan keremajaan kulit.
Justeru, melihatkan ‘obses kecantikkan’ yang tidak dapat lari dari wanita ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan ‘rahsia’, tip dan amalan kecantikan secara semulajadi yang boleh diamalkan mengikut anjuran Islam tanpa perlu mengeluarkan sebarang ‘kos’.
Malah, pastinya memberikan ‘result’ yang didambakan sekiranya hijabi rajin dan konsisten melakukannya!
Ramai antara kita yang terlepas pandang ‘hikmah’ disebalik bangun seawal pagi dan amalan mandi sebelum subuh, malah perkara ini amat dianjurkan oleh Islam.
Jika hijabi memiliki lingkaran hitam di bawah mata, adalah disarankan untuk mandi dengan menggunakan air sejuk. Ini demikian kerana ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan di bahagian bawah mata.
Selain itu, mandi diawal pagi ini akan memberi manfaat kepada kuku, dengan menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Malah, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan halus.
Satu lagi tip yang patut menjadi amalan dan sangat disyorkan dalam Islam adalah, minum segelas air masak bersuhu bilik sebelum dan selepas bangun tidur, untuk lebih mujarab lagi, air tersebut perlulah diminum sebelum menggosok gigi. Ini kerana enzim-enzim di dalam mulut sebaik sahaja kita bangun tidur mengandungi khasiat yang buaik untuk kulit.
Caranya, kemam seketika air tegukan pertama di dalam mulut. Baca selawat sebanyak tiga kali di dalam hati, kemudian barulah disusuli dengan menelan air didalam mulut dan habiskan meneguk air di dalam gelas tadi.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih tanpa cela pula, Hijabi boleh amalkan membaca selawat terlebih dahulu sebelum menadah air pada telapak tangan. Amalan ini boleh dilakukan ketika mahu membasuh muka atau sewaktu mengambil wudhu’.
Baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali, kemudian hembuskan bacaan tersebut pada air dan usap air itu pada wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. InshaaAllah jika diamlkan pasti nampak perbezaanya kelak!
Nak cantik kena ada usaha sis! Jom sama-sama kita amalkan, InshaAllah pahala dapat cantik pun dapat.
Takrifan setiap individu tentang diet rendah karbohidrat adalah berbeza. Ramai orang, sebagai contoh, makan lebih banyak karbohidrat daripada keperluan badan mereka dan mengurangkan karbohidrat boleh membantu mereka kembali kepada penggunaan karbohidrat yang sihat.
Walaupun sekatan karbohidrat tidak diperlukan untuk menurunkan berat badan, sesetengah individu lebih suka melakukannya kerana ia membuatkan mereka berasa lebih gembira. Diet yang ideal untuk anda adalah yang boleh ikuti untuk masa yang lama atau yang membolehkan anda meningkatkan kesihatan. Adalah penting untuk berunding dengan pakar pemakanan yang berkelayakan sebelum mengamalkan diet rendah karbohidrat. Badan anda akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan diet baru.
Mengurangkan pengambilan karbohidrat anda, terutamanya karbohidrat ringkas yang tidak sihat daripada bijirin dan gula halus, boleh memberi kesan yang baik. Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalami kesan sampingan rendah karbohidrat bergantung pada jumlah karbohidrat yang anda potong. Ini boleh menjadi tidak selesa tetapi biasanya mereda apabila badan anda menyesuaikan diri selepas minggu pertama atau dua.
Diet rendah karbohidrat ialah antara 20-30% daripada keseluruhan pengambilan tenaga harian anda berasal daripada karbohidrat. Ia datang dalam beberapa jenis. Sesetengah individu menggunakan 100 hingga 150 gram karbohidrat setiap hari, sementara yang lain menghampiri pengurangan yang lebih besar antara 50 dan 100 gram.
Mengikuti diet rendah karbohidrat bermakna mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan tidak menghilangkannya. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa anda perlu meningkatkan jumlah protein dan lemak sambil mengurangkan pengambilan karbohidrat.
Berikut adalah kesan sampingan yang paling lazim akibat diet rendah karbohidrat.
Sembelit adalah aduan biasa di kalangan mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, terutamanya diet rendah karbohidrat seperti keto. Walaupun sebarang perubahan dalam corak pemakanan biasa anda boleh menyebabkan perubahan dalam pergerakan usus, sembelit adalah perkara biasa di kalangan mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.
Salah satu punca sembelit adalah kekurangan serat daripada diet rendah karbohidrat mengelakkan makanan berserat tinggi seperti kekacang dan bijirin, yang juga agak tinggi dalam karbohidrat dan secara amnya dielakkan pada diet rendah karbohidrat.
Walaupun sembelit selalunya boleh hilang apabila badan menyesuaikan diri, kekal terhidrat, mengambil suplemen serat, dan makan lebih banyak makanan rendah karbohidrat dan tinggi serat boleh membantu. Rujuk pembekal penjagaan kesihatan jika sembelit berterusan.
Kerana karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan, keletihan sepanjang masa adalah gejala biasa diet rendah karbohidrat. Di samping itu, satu kajian mencadangkan bahawa mengehadkan karbohidrat kepada kurang daripada keperluan badan kita untuk tenaga yang sihat boleh menyebabkan keletihan, terutamanya apabila badan menyesuaikan diri dengan pelan diet.
Diet rendah kalori yang digabungkan dengan makanan rendah karbohidrat, secara amnya, boleh menyebabkan keletihan, jadi pastikan anda mendapat kalori yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup.
Untuk menurunkan berat badan, anda perlu makan lebih sedikit kalori daripada yang anda bakar. Walau bagaimanapun, defisit kalori yang terlalu tinggi akan mengurangkan perbelanjaan tenaga harian dan melambatkan metabolisme anda.
Jika anda mengurangkan karbohidrat, anda juga akan mengurangkan gula. Gejala penarikan diri seperti sakit kepala mungkin berlaku pada mereka yang terbiasa makan lebih banyak gula. Di samping itu, pelbagai kajian mencadangkan bahawa apabila anda memulakan diet rendah karbohidrat, keterukan sakit kepala anda meningkat.
Kekejangan otot boleh berlaku jika anda tidak mendapat mineral penting dalam diet, seperti magnesium dan kalium. Kalium, garam, dan magnesium boleh mengawal pengecutan otot dan beberapa aktiviti penting lain yang berkaitan dengan fungsi saraf dan otot.
Bijirin penuh adalah sumber mineral yang baik, dan memotongnya daripada diet anda boleh menyebabkan defisit dan kesan buruk. Kerana karbohidrat berinteraksi dengan penyimpanan air dan glikogen, menurunkan karbohidrat memaksa badan anda membawa lebih sedikit air. Oleh itu, anda mungkin kehilangan mineral ini kerana kehilangan air badan yang ketara.
Diet rendah karbohidrat sering dikaitkan dengan bau mulut (halitosis). Rasa tidak enak di dalam mulut kadang-kadang mengiringi nafas yang mengerikan. Dalam kekurangan glikogen pilihan, badan anda menggunakan keton sebagai bahan bakar pada diet rendah karbohidrat. Keton disingkirkan dengan membuang air kecil dan menghembus nafas. Oleh itu, hembusan keton boleh menjadi punca nafas berbau.
Diet rendah karbohidrat tidak memberikan banyak tenaga dalam bentuk glikogen yang disimpan, yang merupakan sumber tenaga pilihan badan untuk melakukan aktiviti. Akibatnya, kapasiti anda untuk melakukan semasa senaman, sukan dan aktiviti latihan akan berkurangan.
Satu kajian menunjukkan bahawa peserta melakukan lebih teruk pada aktiviti berbasikal dan berlari intensiti tinggi selepas empat hari menjalani diet ketogenik berbanding mereka yang menghabiskan empat hari menjalani diet tinggi karbohidrat.
Kesan buruk yang mungkin anda alami semasa menjalani diet rendah karbohidrat ditentukan oleh fisiologi anda, tabiat pemakanan semasa, dan bilangan karbohidrat serta pengurangan kalori keseluruhan yang anda buat.
Anda mungkin mengalami kesan buruk apabila badan cuba menyesuaikan diri dengan akhir diet rendah karbohidrat. Berikut adalah yang paling biasa:
Oleh kerana kebanyakan diet rendah karbohidrat sangat ketat, pakar kesihatan mengatakan ia bukan rancangan yang sesuai untuk diikuti dalam jangka panjang. Sebaliknya, ia sebaiknya dilakukan selama 30 hingga 90 hari. Tetapi masalahnya ialah kebanyakan individu akan mendapatkan semula sebahagian besar berat badan mereka yang hilang sebaik sahaja mereka kembali kepada karbohidrat.
Anda mungkin melihat kenaikan berat badan, biasanya disebabkan oleh berat air kerana karbohidrat meningkatkan kuantiti air dalam badan. Jadi, apabila jumlah air dalam badan anda meningkat, berat badan anda juga meningkat. Jadi ia bukan penambahan lemak atau berat badan yang tidak sihat.
Berat badan kembali adalah isu dengan mana-mana diet trend, tetapi ia kelihatan lebih biasa dengan diet rendah karbohidrat. Turun naik berat badan ini boleh menyumbang kepada hubungan yang tidak sihat dengan makanan, yang membawa kepada pemakanan yang tidak teratur.
Peningkatan dan penurunan gula dalam darah boleh menyebabkan anda letih dan marah, terutamanya jika anda menambah karbohidrat dan gula ringkas. Kebanyakan individu melaporkan bahawa perasaan kerengsaan adalah yang paling teruk untuk tiga hari pertama menghentikan diet rendah karbohidrat tetapi kemudian menjadi lebih baik dan hilang selepas minggu pertama.
Anda mungkin berasa lapar jika anda terbiasa dengan faedah kenyang awal diet tinggi lemak untuk mengimbangi ketiadaan karbohidrat. Tambahan pula, memilih karbohidrat ringkas atau gula mungkin menyebabkan lonjakan gula dalam darah, menyebabkan anda lapar sejurus selepas anda berhenti makan.
Peningkatan serat dan karbohidrat boleh menyebabkan kembung perut semasa fasa pelarasan. Air badan yang tinggi juga boleh muncul sebagai kembung. Walau bagaimanapun, ia sepatutnya tenang, dan anda harus kekal terhidrat semasa anda menyesuaikan diri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.