Tular sebuah video, seorang guru telah dihukum merangkak oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada murid yang diajar di kelasnya. Tindakan tersebut dilakukan gara-gara guru tersebut telah menghukum anaknya baru-baru ini.
Namun tidak sewajarnya perlakuan ini dilakukan apatahlagi kepada seorang pendidik yang bertanggungjawab mengajar di sekolah. Ramai orang berilmu dan sentiasa ingin mempelajari ilmu, tetapi mereka tidak pula menekankan adab sebagai penuntut ilmu.
Kelakuan biadab terhadap guru misalnya adalah satu perkara sangat menyedihkan. Pelajar dan ibu bapa wajib menghormati guru kerana kedudukan mereka tinggi kerana pelajar perlu menadah dan menerima ilmu daripada mereka.
Ikuti perkongsian berikut.
Mungkin salah guru tu ada.
Saya tak kata tindakan beliau mengarahkan murid merangkak sebagai denda itu perkara yang betul..
Tp tindakan ibubapa yg tiada adab dengan berniat jahat memalukan guru sebegini adalah lebih melampau dan biadap.
Perlu ke puan viralkan guru tersebut setelah memalukan beliau sebegini??
Masih tidak puas hatikah puan setelah mengarahkan guru tersebut merangkak, dirakam dan disebarkan pula video tersebut untuk dimalukan??
Please.. Jadilah ibub apa yg bertanggungjawab.. Ajarkan anak2 sifat hormat-menghormati dan bertindaklah dengan lebih bijak..
Jika guru melampau dan buat salah, adukan kepada pihak pengurusan sekolah atau jabatan.
Biarlah pihak sekolah dan jabatan yang kenakan tindakan tatatertib kepada guru tersebut.
Guru besar sepatutnya kawal situasi dan bawa ke bilik tertutup untuk berbincang..
Pakat share sehingga parents membuat permohonan maaf juga.
Kalau i, ready too saman malu pulak la ye.
Sy garang tp jarang denda murid sbb sy dh ckup garang wlpn tanpa tindakan melainkan renungan yg tajam.
Ingatlah.. anak2 ibarat kain putih.. kalau beginilah cara corak dan lukisan yg anda beri, jgn terkejut dengan hasilnya nanti.
Moralnya di sini, ketahuilah bahawa tanpa jasa guru yang sabar serta setia mencurah bakti mengajar dan mendidik, siapalah kita hari ini. Oleh itu, tinggalkan pangkat dan darjat yang membaluti, tinggalkan kemuliaan yang menyelimuti diri dan bersabarlah berhadapan guru kerana kesabaran dan rasa hormat itulah datangnya keberkatan ilmu.
Sumber kredit: Huda Muhd