Tular sebuah video, seorang guru telah dihukum merangkak oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada murid yang diajar di kelasnya. Tindakan tersebut dilakukan gara-gara guru tersebut telah menghukum anaknya baru-baru ini.
Namun tidak sewajarnya perlakuan ini dilakukan apatahlagi kepada seorang pendidik yang bertanggungjawab mengajar di sekolah. Ramai orang berilmu dan sentiasa ingin mempelajari ilmu, tetapi mereka tidak pula menekankan adab sebagai penuntut ilmu.
Kelakuan biadab terhadap guru misalnya adalah satu perkara sangat menyedihkan. Pelajar dan ibu bapa wajib menghormati guru kerana kedudukan mereka tinggi kerana pelajar perlu menadah dan menerima ilmu daripada mereka.
Mungkin salah guru tu ada. Sy x kate tindakan beliau mengarahkan murid merangkak sebagai denda itu perkara yang betul..Tp tindakan ibubapa yg tiada adab dengan berniat jahat memalukan guru sebegini adalah lebih melampau dan biadap. Perlu ke puan viralkan guru tersebut setelah memalukan beliau sebegini??Masih tidak puas hatikah puan setelah mengarahkan guru tersebut merangkak, dirakam dan disebarkan pula video tersebut untuk dimalukan??Please.. Jadilah ibubapa yg bertanggungjawab.. Ajarkan anak2 sifat hormat-menghormati dan bertindaklah dengan lebih bijak..Jika guru melampau dan buat salah, adukan kepada pihak pengurusan sekolah atau jabatan.Biarlah pihak sekolah dan jabatan yang kenakan tindakan tatatertib kepada guru tersebut. Guru besar sepatutnya kawal situasi dan bawa ke bilik tertutup untuk berbincang..Pakat share sehingga parents membuat permohonan maaf juga.Kalau i, ready too saman malu pulak la ye😏😏Sy garang tp jarang denda murid sbb sy dh ckup garang wlpn tanpa tindakan melainkan renungan yg tajam🤭Ingatlah.. anak2 ibarat kain putih.. kalau beginilah cara corak dan lukisan yg anda beri, jgn terkejut dengan hasilnya nanti 😩
Saya tak kata tindakan beliau mengarahkan murid merangkak sebagai denda itu perkara yang betul..
Tp tindakan ibubapa yg tiada adab dengan berniat jahat memalukan guru sebegini adalah lebih melampau dan biadap.
Perlu ke puan viralkan guru tersebut setelah memalukan beliau sebegini??
Masih tidak puas hatikah puan setelah mengarahkan guru tersebut merangkak, dirakam dan disebarkan pula video tersebut untuk dimalukan??
Ads
Please.. Jadilah ibub apa yg bertanggungjawab.. Ajarkan anak2 sifat hormat-menghormati dan bertindaklah dengan lebih bijak..
Jika guru melampau dan buat salah, adukan kepada pihak pengurusan sekolah atau jabatan.
Biarlah pihak sekolah dan jabatan yang kenakan tindakan tatatertib kepada guru tersebut.
Guru besar sepatutnya kawal situasi dan bawa ke bilik tertutup untuk berbincang..
Pakat share sehingga parents membuat permohonan maaf juga.
Ads
Kalau i, ready too saman malu pulak la ye.
Sy garang tp jarang denda murid sbb sy dh ckup garang wlpn tanpa tindakan melainkan renungan yg tajam.
Ingatlah.. anak2 ibarat kain putih.. kalau beginilah cara corak dan lukisan yg anda beri, jgn terkejut dengan hasilnya nanti.
Moralnya di sini, ketahuilah bahawa tanpa jasa guru yang sabar serta setia mencurah bakti mengajar dan mendidik, siapalah kita hari ini. Oleh itu, tinggalkan pangkat dan darjat yang membaluti, tinggalkan kemuliaan yang menyelimuti diri dan bersabarlah berhadapan guru kerana kesabaran dan rasa hormat itulah datangnya keberkatan ilmu.
Sumber kredit: Huda Muhd
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila tiba masa raya bukan barang kemas saja yang nak nampak berkilat, malah rumah pun harus berkilat. Tetapi dengan cucian biasa adakah lantai rumah akan sentiasa berkilat dan tahan lama? Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan berkilat.
Nak kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnya, ini caranya:
1. Kilatkan lantai: Campurkan pencuci lantai dengan 1 mangkuk kecil cuka makan atau cuka epal ke dalam bekas yang diisi dengan air panas sebaldi. Selepas itu mop lantai seperti biasa.
2. Habuk tidak lekat di perabot: Lap perabot menggunakan ‘softener’ pakaian dengan kadar 1:10 (1 penutup softener dengan 10 cawan air.
3. Harumkan rumah: Bila ramai yang berkunjung ke rumah pelbagai bau akan melekat, cuba cara ini untuk rumah sentiasa bau segar. Satu penutup ‘softener’ dengan cuka bancuh dalam mangkuk kecil kemudian sembur rumah menggunakan bancuan tadi. Rumah akan wangi seperti pewangi jenama terkenal. Semburkan di langsir-mangsir dan sofa jenis fabrik.
4. Mencuci kipas yang berhabuk: Untuk cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & tidak berterbangan. Kesemua masuk habuk dalam sarung bantal. Cuci & lap bilah seterusnya.
5. Bersihkan lantai bilik air supaya berkilat: Campukan 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Kemudian sent dan cuci macam biasa.
6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran: Boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat dan air. Sukatan agak sendiri, Campuran hendaklah pekat seperti pes. Campuran tersebut tuang di kawasan yang terkena kotoran selama sejam hingga 2 jam. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal dan lap macam biasa dengan air bersih. Pasti berkilat.
Jom hijabi ringankan tulang kilatkan rumah sebelum raya tiba.
SUMBER: Facebook rahsia kesihatan & kecantikan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui pasangan sensasi, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina baru sahaja dianugerahkan bayi kembar yang melengkapi keluarga kecil mereka. Kedua-duanya yang dilahirkan 27 Julai lalu diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Sebelum ini pasangan doktor ini sudah mempunyai dua orang cahaya mata perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Seperti juga pasangan lain, mereka tidak terkecuali merakamkan foto kembar ini dan mereka sekeluarga untuk dijadikan momen yang cukup indah dikenang hari tua nanti. Memang cemburu melihat kebahagiaan keluarga angkasawan ini kerana riak kegembiraan jelas terpancar dalam setiap momen yang dirakamkan.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Jika pasangan lain sudah dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan diberi anugerah kembar pula sudah memadai. Tidak terfikir dalam masa terdekat untuk menimang cahaya mata lain kerana dirasakan kehidupan yang ada sudah cukup sempurna.
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Tetapi lain pula pandangan dengan Dr Halina, isteri kesayangan Dr Sheikh Muszaphar ini. Walaupun baru sahaja lepas bersalin, tetapi beliau mengetepikan rasa sakit bersalin kerana memberitahu jika ada rezeki tidak keberatan untuk hamil lagi.
Menurutnya usianya yang akan mencecah 39 tahun menyebabkan beliau mahu menimang cahaya mata lain. Lagipun dalam temu bual sebelum itu, Dr Halina dan suami ada memberitahu mereka memang mahukan keluarga besar dan kalau boleh dianugerahkan 10 orang anak.
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Sebelum itu dia memuat turun foto empat anak-anaknya termasuk kembar dan mengucapkan syukur atas kurniaan Illahi. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan cahaya mata yang dianugerahkan kepada pasangan ini. Ramai yang mahu mengikut jejak langkah Dr Halina dan Dr Sheikh yang cukup bijak menguruskan anak-anaknya.
Sementara itu, Dr Sheikh dalam satu posting yang lain juga turut berkongsi petua yang sangat berguna kepada netizen di luar sana.
Beliau turut berkongsi sedikit info berguna apabila menerangkan betapa penting mengajar anak meniarap dalam masa dua minggu. Banyak kelebihannya dan kebaikan sekiranya bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Penerangan yang diberikan pastinya boleh dijadikan bahan rujukan buat pasangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata atau bakal bergelar ibu dan bapa.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Baca perkongsiannya.
Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pa
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HALINA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahun ini juga merupakan pertama kali pelakon popular Laudya Cynthia Bella menyambut Syawal bersama suami, Engku Emran. Dia yang merayakannya terlebih dahulu di sebelah keluarganya di Bandung sebelum menyambut pula di Kuala Lumpur. Ternyata Bella bijak menggayakan busana bersesuaian ketika beraya bersama keluarganya dan juga sebelah suami.
Pasangan yang berkahwin hujung tahun lalu memilih gaya sederhana dan santun untuk gaya Syawal tahun ini. Kelihatan kedua-duanya cukup gembira menyambut hari lebaran ini bersama-sama seisi keluarga.
Ketika beraya di Kuala Lumpur pula Bella dilihat menggayakan persalinan dress labuh yang longgar dengan pilihan rona pastel motif bunga.
Follower Bella di laman sosial juga turut memuji kebahagiaan keluarga ini yang begitu sederhana.
Rata-rata menyukai foto yang dimuat turun Bella yang mempunyai follower mencecah 21.8 juta.
@marliahningsih Kel penampilan sederhana tpi menarik aku suka… G glamor… Penampilannya pertahankn slalu…
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...