Memelihara haiwan jinak dan manja sudah menjadi budaya hidup dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Antara haiwan peliharaan yang dijadikan sebagai teman buat manusia ialah kucing.

Antara sahabat baginda yang begitu cintakan haiwan jinak itu ialah Abu Hurairah yang turut dikenali sebagai perawi hadis tersohor. Sahabat Rasulullah SAW itu sentiasa membawa bersamanya kucing.

Kelazimannya itu disedari Rasulullah SAW dan sahabatnya yang lain hingga beliau digelar Abu Hurairah bermakna bapa kucing. Beliau tidak tersinggung dengan gelaran itu, sebaliknya berbangga kerana kelaziman hobinya mendapat perhatian Rasulullah SAW dan sahabat lain.

Itu antara kisah sahabat Rasulullah SAW yang kaya dengan sikap penyayang terhadap haiwan. Namun dalam penyampaian risalah Islam yang dibawa, Rasulullah SAW turut membincangkan dalam beberapa babak kehidupannya berkenaan bencana azab Allah terhadap mereka yang zalim dan kejam terhadap haiwan.

IKLAN

Kebanyakan manusia sukakan haiwan peliharaan yang jinak seperti kucing namun ada segelintir tergamak bertindak kejam dengan melakukan pelbagai perbuatan di luar batas perikemanusiaan.

Tergamaknya membuang anak kucing yang masih kecil ditengah laut. Bagi orang yang waras akal fikirannya tidak akan tergamak melakukan tindakan sekejam itu.

IKLAN

IKLAN

Posted by Titian Hasrat Lang Buana on Saturday, 30 November 2019

Mujurlah anak kucing yang dibuang di tengah laut itu mampu berenang dan segera diselamatkan oleh beberapa orang pemancing di bawah jambatan.

Mujur anak kucing malang ini sempat di selamatkan.
Ke manakah hilangnya sifat peri kemanusiaan.

Jika tidak sukakan haiwan sekali pun, janganlah sampai tahap menyiksa dan membunuh. Ingatlah bahawa Allah akan membalas apa jua perbuatan buruk yang kita lakukan.

Sumber kredit: Titian Hasrat Lang Buana Via Perak Ajerr

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI