Sempat untuk memeluk agama Islam sekali pun hanya mengucap dua kalimah syahadah di atas katil, gadis ini pergi meninggalkan ibunya selepas 13 hari memeluk agama Islam.
Subhanallah, alangkah beruntungnya gadis ini mendapat hidayah dari Allah SWT dan di kurniakan kudrat untuk memeluk Islam sebelum pergi meninggalkan keluarganya. Takziah buat ahli keluarga Allayarhamah.
Sempat mengucap dua kalimah syahadah meski pun atas katil
Allayarhamah Fatimah Abdullah, 25, telah berhasrat untuk memeluk Islam namun kata ibunya ia tertangguh sebelum ini kerana dia terpaksa di masukkan ke hospital bagi menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu. Pemergiannya sangat menghayat hati dan juga menjadi inspirasi buat mereka yang ingin memeluk agama Islam.
Kata ibu Allayarhamah, Hanna Zulaikha, dia juga telah terlebih dahulu memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, pada 3 Ogos lalu. Sementara itu, anak perempuannya, Fatimah, memeluk agama Islam pada tanggal 8 September lalu sewaktu menjalani rawatan di Hostpital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Sudah lama anak berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia di masukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,
“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini,
“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru di lahirkan walaupun ketika itu sedang sakit,” katanya sewaktu temubual bersama Harian Metro sewaktu pengebumian Allayarhamah di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale.
Ads
Menurutnya lagi, meski pun kesedihannya mengenangkan pemergian anaknya yang tercinta pada 20 September lalu, namun dia tetap memanjatkan rasa kesyukuran kerana Fatimah ‘pergi’ selepas sahaja memeluk agama Islam. Ia juga telah menjadi hasrat arwah juga untuk memeluk agama Islam yang telah lama dia minati.
Hanna Zulaikha juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi kerana sudah bertungkus-lumus membantu dalam memudahkan urusan pengebumian arwah Fatimah. Di fahamkan lagi bahawa jenazah anaknya itu baru sahaja dapat di kebumikan pada 22 September kerana perlu melalui pelbagai prosedur perubatan yang salah satunya melibatkan untuk pengesahan bebas Covid-19.
Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah di mana mereka di maklumkan bahawa anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeluk agama Islam.
Sesiapa yang menjalani ibadah umrah mahupun haji pasti tidak akan melepaskan peluang menziarahi Makam Nabi SAW, tetapi ramai yang tidak dapat mengawal perasaan dan tingkahlaku. Nampak seperti remeh tapi itulah yang patut kita jaga iaitu adab ketika menziarah makan rasulullah.
Ketika menziarahi Makam Nabi SAW bersama Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar al-Khattab nanti, jagalah juga adab-adab dan tingkah laku kita. Menyampaikan salam kepada mereka haruslah dilakukan dengan sopan sekali.
Antara perbuatan yang dilarang ketika menziarahi makam adalah:
1. Menadah tangan ketika memberikan salam buat Nabi SAW. Ia tidak terdapat dalam sunahnya yang mulia.
2. Meminta agar Nabi SAW memenuhi segala kehendak, menyembuhkan penyakit dan mengeluarkan daripada kesulitan hidup. Sesungguhnya hanya kepada Allah sajalah tempat kita sebagai hamba-Nya untuk bermohon, meminta dan merintih.
Rasulullah SAW sendiri telah bersabda dalam sebuah hadis yang panjang. Katanya, apabila meminta, pintalah daripada Allah, apabila memohon pertolongan, pohonlah daripada Allah.
3. Berdoa menghadap ke arah Makam Nabi SAW. Sebetulnya hendaklah berdoa dengan menghadap ke arah kiblat.
4. Menyapu, mengusap serta mencium dinding-dinding serta pintu makam berkenaan. Sesungguhnya perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat yang mulia.
5. Mengangkat serta meninggikan suara ketika berada berdekatan dengan makam. Sesungguhnya Allah telah melarang perbuatan sebegini melalui ayat ke-2, surah al-Hujurat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.”
Menurut para ulamak, larangan ketika hayatnya ini berkekalan walaupun setelah wafatnya Baginda SAW. Demikianlah adabnya.
Harus diingatkan juga buat para jemaah yang ‘berhempas pulas’ masuk ke Raudhah. Bahawa kalian sebenarnya sedang berada bersebelahan dengan Makam Nabi SAW. Oleh itu, jagalah nada suara dan kelakuan ketika itu.
6. Mengambil masa yang lama berdiri di depan makam. Hal ini boleh mengakibatkan sesak jalan dan menyakiti para jemaah yang lain. Sebaiknya apabila dah selesai memberikan salam, berjalanlah keluar melalui laluannya dengan tenang.
Nota: Ada sedikit jarak antara laluan jemaah dengan dinding makam. Juga ditugaskan beberapa orang syeikh di sana bagi membantu dan memberikan penjelasan kepada mana-mana jjemaah yang bertanya.
Kelihatan dalam gambar ada 3 pintu besar. Kedudukan Makam Nabi SAW, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar berada di pintu yang tengah sahaja. Ada labelnya di situ.
Sumber : Facebook Najmi Farisham
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Kurma merupakan salah satu makanan sunnah.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza. Buat masa ini Nana juga selain menyanyi kini sibuk berlakon dan juga mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Selain jantung, darah tinggi atau kencing manis, kanser juga turut menjadi penyakit paling digeruni wanita. Malah ramai wanita yang survive kanser ini dan ada juga telah bertemu Pencipta-Nya.
Ada yang kita tahu sebab dan salah satunya adalah berpunca dari pemakanan dan persekitaran yang ada di sekeliling kita. Malah ada juga dalam usia masih muda turut menderita sakit yang sama.
Perkongsian di laman sosial facebook, lepas bekas Pegawai Farmasi, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser ini. Pengalamannya sebelum ini digunakan untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang sering kita buat.
Memang gerun lebih-lebih lagi yang nombor 6, macam tak percaya pun ada. Selalunya kalau berat badan berlebihan akan dikaitkan dengan kencing manis ataupun darah tinggi.
Gerun kan bila dengar tentang kanser. Mana taknya kita dengar seorang demi sorang meninggal sebab kanser. Kanser ni ada banyak faktor dan lebih menggerunkan faktor ini memang bersepah di sekeliling kita.
1. Makanan
Kenapa coach sangat tekankan kurangkan process food dan junk food.
– Process food ada banyak pengawet, perasa dan pewarna. Sama dengan sosej atau isi ketam yang dibakar dan dijual kepada kanak-kanak depan sekolah juga sangat berbahaya!.
Air yang pelbagai warna dan perisa semata-mata juga bahaya. Biasakan diri untuk minum jus buah atau air kosong sahaja.
Malah penggunaan penambah rasa yang sangat tidak terkawal juga salah satu faktor penyebab kanser.
Dan kalu kita perasan orang yang biasa makan di kedai lebih terdedah kepada kepada penambah rasa dan lebih berisiko mendapat kanser. Untuk lebih selamat, banyakkan masak sendiri di rumah.
Malah plastil yang digunakan membungkus sup atau tomyam atau apa-apa masakan panas sudah pasti ada interaksi dengan plastic dan menyumbang pada kanser.
2. Keturunan
Apabila keluarga kita ada kanser, kemungkinan untuk dapat kanser lebih tinggi mencecah 50% berbanding dengan orang yang tiada sejarah keluarga kanser. Keluarga yang ada sejarah kanser perlu lebih berhati-hati.
3. Environment
Kawasan industri atau kilang yang banyak merembeskan bahan kimia dan toksik juga antara faktor kanser. Ketika saya bertugas di HSNZ, doctor pakar ada bagitahu kebanyakan kanak-kanak mendapat kanser leukemia menetap di kawasan berdekatan kawasan industry seperti kawasan PAKA.
4. Penggunaan microwave
Awas penggunaan microwave memang penyebab kanser!. Kalu kita lihat negara barat sedia maklum dengan isu ini dan itu antara sebab microwave jarang digunakan di sana malah diharamkan di beberapa negara. Radiasi dari microwave mengubah DNA makanan kepada bersifat carcinogenic terutama dalam makanan bersusu dan bijirin.
5. Kosmetik
Penggunaan kosmetik juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser kulit. Kandungan seperti paraben dan mercury adalah toxic dan penyebab kanser.
6. Overweight
Orang yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi bukan sahaja mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis malah juga mendapat kanser seperti kanser payudara, dan kanser usus. Ini antara sebab utama anda perlu turun berat badan dengan segera.
7. Faktor lain seperti stress, radiasi, asap rokok dan cahaya matahari juga menyumbang risiko kanser.
Banyakkan? Itu sebabnya coach bagitahu sebenarnya semua orang boleh mendapat kanser!
Macam mana nak kurangkan risiko kanser?
Elakkan faktor kanser di atas. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Tinggikan immune system badan. Makan makanan yang tinggi antioxidant seperti green tea juga sangat penting untuk mencegah kanser!
p/s: Orang yang mempunyai berat badan berlebihan juga adalah lebih berisiko dari yang kurus untuk mendapat kanser!.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...