Pernah atau tidak anda rasa bangun pagi dan rasa malas sangat nak buat kerja? Jadi, tidak dinafikan rasa malas dan menangguh kerja semestinya dirasakan oleh semua orang kerana itu adalah komitmen yang perlu di lakukan.
Tidak salah untuk anda memberi masa sedikit untuk diri sendiri supaya lebih tenang. Akan tetapi jika anda berhenti terlalu lama pasti akan menyebabkan anda menangguh kerja dan menyusahkan orang sekeliling.
Artikel Berkaitan: Dapat Siapkan Kerja Awal Setiap Hari! Ayuh Cuba Bangun Seawal 5 Pagi Ada Manfaatnya
Tidak dinafikan sikap malas dan tangguh kerja sememangnya akan dilalui oleh semua orang namun kerja perlu diteruskan kerana itu merupakan satu komitmen. Tak salah sebenarnya memberi sedikit masa untuk diri sendiri agar lebih tenang tetapi jalan terlalu lama sehingga menangguh kerja dan menyusahkan orang lain.
Bagi mengelakkan sikap tangguh kerja dan malas berterusan, ikuti nasihat yang diberikan oleh Pakar Motivasi Negara, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Ini adalah 7 cara untuk anda elak sikap tangguh kerja & malas, tetap bersemangat:
Setiap muslim yang berada di muka bumi ini disarankan untuk berdoa. Berdoalah di dalam hati “Ya Allah lancarkan segala tugasku hari ini. Berikan aku ilham dan kekuatan menempuhi apa juga cabaran buat diriku.” Minta la pada Allah untuk permudahkan segalanya.
Pada setiap pagi, jangan lupa untuk menyenaraikan segala tugas yang anda perlu lakukan. Seperti saya, saya akan senaraikan apa yang perlu dibuat dahulu. Lihat berapa jam tempoh anda bekerja dan isi masa tersebut. Mengikut keutamaan tugas tersebut.
Multitasking atau buat kerja yang banyak dalam satu masa yang sama. Walaupun anda seorang yang cekap dan cepat pastikan anda menyelesaikan kerja dalam satu masa. Kadang-kadang kita akan terbeban dengan banyak informasi atau kerja!
Jika anda terlampau sibuk dengan kerja dan rasa malas pastikan untuk hadiahkan diri anda hadiah. Ini dapat membantu untuk anda rajin buat kerja. Selain itu, hadiahkan diri dengan setiap kali 1 jam anda bekerja, rehatlah 15 minit. Bangun dari tempat duduk kerja anda dan bergerak. Pergi bancuh kopi atau melihat tumbuhan. Cuci muka dan sebagainya!
Kadang-kadang sikap tertangguh ini berpunca dari anda rasa serba salah. Ini kerana anda tidak memulakan kerja dengan lebih awal. Bila sudah terlewat pasti akan menyebabkan diri anda malas dan tidak mahu buat bersungguh-sungguh
Cabaran utama buat kita adalah fokus yang tinggi. Handphone merupakan barang yang mampu menghalang fokus anda terhadap kerja. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah buat mod senyap atau letak pada mod focus untuk telefon pintar anda. Ambil masa sedikit untuk melihat jika tiada sebarang kecemasan dan untuk anda tengok sosial media. Pastikan hadkan masa anda.
Artikel Berkaitan: Paras Seluar Panjang Yang Ideal, Guru Imej Ini Kongsi Tip Buat Wanita Berkerjaya
Jadi marilah kita semua melakukan tugas dengan bahagia dan juga cerita! Pastikan hari anda lebih produktif dan bekerja dengan lebih semangat. Apabila kita bersungguh dalam melakukan pekerjaan, insyaAllah rezeki juga akan masuk dengan lajunya! Amin.
Sumber: Facebook Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.