Sebak mengenangkan pemergian Siti Sarah, ahli perubatan dan juga pendakwah terkenal, Datuk Professor Dr Muhaya Mohamad menangis sewaktu menghadiahkan doa buat arwah.
Jelas beliau, moga ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ini dan menjadi asbab untuk kita semua berusaha menjadi insan yang lebih baik lagi di sisi Yang Maha Esa.
Hanya Allah Maha Mengetahui kesedihan dirasai dengan pemergian bidadari syurga @shuibsepahtu. InsyaAllah taman syurga menanti isteri solehah, ibu mithali, insan pemurah dan berakhlak mulia. Semoga pemergian Allahyarhamah anak bonda ini menjadi contoh dan penyebab terbuka hidayah dan taufiq pada kita semua untuk menuju Allah dan berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah bermanfaat dan hidup ikut hukum syariat. Kita doakan keluarga yang ditinggalkan mendapat ketenangan dan kesejahteraan dunia akhirat. Amin. Apa perasaan anak anak?
Dalam sesi siaran langsung itu, beliau yang lebih mesra disapa Bonda turut mendoakan agar diberikan kekuatan buat suami arwah iaitu Shuib serta anak-anak mereka yang tercinta.
Di ruangan komen, ramai yang turut mendoakan buat arwah serta berasa sedih di atas kehilangannya biarpun tidak pernah mengenali secara peribadi. Orang baik pastinya ramai yang sayangkan?