Terasa Bibir Bergerak Dengan Sendiri? Anda Mungkin Alami Stres Yang Melampau

Share

Pernah tak anda alami satu sensasi di mana bibir ini bergerak-gerak dengan sendiri? Ada juga ia terasa bergetar tanpa sengaja dan membuatkan kita rasa tidak selesa.

Apakah punca masalah bibir jadi sebegini? Mungkin ada faktor dari segi jenis pemakanan atau cara kita menjaga tubuh badan yang boleh mempengaruhi keadaan ini?

Apa masalah bibir ini? Tergerak-gerak…

Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya

Ada banyak faktor yang boleh disimpulkan melalui fenomena ini. Banyak juga orang yang alami masalah yang sama. Tapi adakah ia merbahaya? Kondisi ini ada di bincang melalui portal HelloSehat 

yang menerangkan lebih lanjut.

#1 Kekurangan Kalium

Reaksi tubuh badan apabila kekurangan kalium boleh dilihat dengan otot yang sering berkedut, ini juga termasuk pada permukaan bibir. Kepentingan kalium pada tubuh pula adalah penting kerana ia menghantar isyarat saraf dari otak ke seluruh tubuh badan.

#2 Pengambilan kafein yang berlebihan

Sumber dari Canva

Bagi mereka yang sering mengambil minuman yang berkafein seperti teh, kopi, dan apa-apa jenis makanan yang berasaskan darinya boleh alami kondisi ini. Kenapa? Kafein akan membebaskan hormon serotonin dan juga adrenalin pada sistem saraf pusat sehinggakan ia mencetuskan reaksi pada otot yang berlebihan dan timbul juga daya tarikan.

#3 Bell’s palsy

Sumber dari Canva

Sudah tentu anda pernah dengar masalah ini bukan? Ya, terdahulu penyanyi dari Amerika Syarikat, Justin Bieber, ada alami masalah penyakit yang menyebabkan sebelah mukanya lumpuh. Hal ini terjadi apabila berlaku pembengkakan pada saraf periferal yang mengawal otot muka.

Ada beberapa individu yang alami bell’s palsy ini akan alami masalah seperti getaran bibir, baik di bibir atas, bahagian bawah sahaja, ataupun ia juga boleh berlaku pada sebelah kanan dan kiri sahaja.

#4 Parkinson

Sumber dari Canva

Penyakit neurologi degeneratif ini boleh menyukarkan seseorang itu untuk bergerak bebas. Kekejangan pada otot atau gegaran kecil di tangan mahupun kaki akan menjadi semakin teruk dari masa ke masa. Ia juga boleh berlaku pada bawah bibir dan sekitar bahagian dagu.

Artikel berkaitan: Sedih Dan Stres Sepanjang Hari, Cuba Dengar Lagu Untuk Gembirakan Hati Yang Luka

#5 Stres

Sumber dari Canva

Anda sering alami masalah tekanan, kegelisahan, dan keletihan yang melampau boleh menyumbang kepada masalah ini. Hormon stres kortisol yang tinggi boleh membuatkan oto muka kaku lalu bergetar dengan mudah.

Kondisi ini mungkin berlarutan pada jangka masa yang panjang dan muncul gejala lain, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita harus mencegah sesuatu penyakit dari mengubati.

Sumber: HelloSehat

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee