Hati yang mana tak terjentik untuk mengerjakan umrah. Semua umat islam pasti memasang niat untuk menjadi tetamu Allah. Beruntunglah mereka yang menjadi tetamuNya.
Hijabi yang belum sampai seru teruskan berdoa Insyallah admin doakan semua membaca artikel ini dapat mengerjakan umrah. Tetapi apabila admin singgah ke IG Story PU Amin perasaan berbunga-bunga seolah-olah berada di sana. Jom ikuti perkongsian PU Amin Insyallah menjadi panduan bersama.
SUMBER : IG STORY PU Amin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Harta Tak Mengapa,Tapi Kalau Mati Tak Cukup Bekalan?-Kisah Lelaki Ini Buat Hati Tersentap
Isi Kandungan
TogglePasti ramai yang sering merasakan duit sentiasa tidak cukup. Lebih-lebih apabila waktu hujung bulan. Kadang-kala yang terima gaji besar juga rasa kekurangan, tapi ada juga yang bergaji rendah tapi sentiasa rasa cukup. Bagaimana tu?
Menerusi perkongsian di twitter oleh @ABGKYO, dia telah menceritakan pengalamannya mengenai rezeki yang telah mengubah hidupnya.
Dulunya terlalu risau dan stress mengenai rezeki.
Buku mengenai rezeki itu banyak, cuma kita yang tidak ‘bergerak’.
Harta tak banyak tak apa, tapi kalau tiada bekalan untuk mati?
Bila bersedekah, rezeki lebih banyak masuk.
Sandarkanlah harapanmu hanya pada Allah.
Usahlah berduka mengenai rezeki dan janganlah kedekut sebaliknya kita perlulah banyak memberi dan berkongsi sesama manusia juga. Mintalah pada Tuhan InsyaAllah segalanya akan ditunaikan olehNya.
kredit: twitter @ABGKYO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Kagum Lihat ‘Persahabatan Sejati’ Shiera Dan Azah Aziz
Semalam, Malaysia digemparkan dengan majlis pernkahwinan puteri sulung pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Mohd Zulhisyamuddin pada Jumaat lalu.
Namun, lebih meraih perhatian apabila majlis yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh rakan baik Shiera, Azah Aziz yang menetap di overseas dan sanggup menaiki flight selama 23 jam.
Sebelum Ini Tak Hadir Perkahwinan Shiera Kerana Berbadan Dua
Menurut Azah sebelum ini beliau tidak berkesempatan menghadiri perkahwinan Shiera kerana sedang hamil. Jadi dia tidal akan melepaskan peluang kali ini dan meluangkan masa untuk hadir perkahwinan puteri sulung Shiera.
Menerusi hantaran gambar di Instagram milik Azah, hijabista mendapati rata-rata netizen menghujani ruangan komen dengan pujian serta rasa kagum terhadap persahabatan yang terjalin antara Azah dan Shiera.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Selain itu, netizen juga memuji kedua-dua artis kegemaran mereka itu yang kelihatan ‘awet muda’ dan seakan tidak dimamah usia.
Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy.
Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.
Sumber: Instagram Shiera Ijoy & Azah Aziz
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Pakai Ubat Gigi Sebagai Rawatan Jerawat? Anda Hanya Tempah Lebih Banyak Miss J!
Isi Kandungan
ToggleAnda pasti pernah mencuba petua menggunakan ubat gigi sebagai satu ‘rawatan ajaib’ untuk kecilkan jerawat bukan? Jangan risau min pernah terjebak dengan ‘rawatan’ ini juga.
Namun, ia sebenarnya tidaklah bagus untuk kita gunakan untuk merawat masalah jerawat. Berkemungkinan boleh menyebabkan banyak keburukan dari kebaikan!
Artikel berkaitan: Kecantikan Diwarisi! Cantik Dan Sopan, Penampilan Berhijab Engku Aleesya Mencuri Perhatian Ramai
Ubat gigi biarlah jadi pembersih gigi bukan kulit…
Mengikut petikan di Healthline, mereka yang sering menggunakan ubat gigi untuk rawatan merawat jerawat hanya mengundang kecelakaan. Mereka akan menambah lagi ‘masalah’ meski pun ingin menghilangkan Miss J.
Ada beberapa efek negative yang boleh menyebabkan masalah kulit jika menggunakan ubat gigi sebagai ‘ubat hilang’ jerawat di muka, antaranya:
Menyebabkan iritasi pada kulit
Ubat gigi telah diformulasikan hanya untuk menjaga kesihatan gigi kita. Ada juga yang banyak berkata untuk menghilangkan jerawat menggunakan ubat gigi itu hanyalah mitos sahaja!
Bahan kimia yang terkandung dalam ubat gigi boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi. Kalau ada petua menggunakan serbuk penaik juga, JANGAN CUBA!
Kulit boleh jadi terlalu kering
Menggunakan ubat gigi boleh mengubahkan keadaan kulit menjadi terlalu kering. Kulit yang terlalu kering boleh mengundang lebih banyak jerawat pada muka.
Sebenarnya ada sahaja bahan yang sesuai untuk merawat kulit. Banyak juga produk muka yang bagus memilika bahan-bahan yang bantu menghilangkan jerawat, seperti:
- Benzoyl peroksida
- Retinoid topical
Bahan-bahan ini juga boleh di dapati dalam pelbagai bentuk produk kecantikan. Ini termasuklah:
- Pencuci muka
- Pelembap
- Masker
Jadi jangan gunakan jalan mudah untuk cantik tapi mendatangkan keburukan. Pastikan anda pilih cara yang betul!
Artikel berkaitan: Pesan Saintis Kecantikan Ini, 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kulit Pada Usia 20-An Sebelum Rasa Bersalah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI