Andai kata Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa tindakan yang perlu kita buat? Pertama sekali, bawa-bawalah bertenang dan bertindaklah sewajarnya.

Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang membuat pembelian panik?  Melalui satu posting di Facebook, seorang wanita berkongsi barang yang wajib ada di rumah jika Malaysia kena lockdown.

Covid-19.

Ramai yang mesej acik. Panik. Takut Malaysia kena lockdown @ perintah berkurung. Apa nak buat sekarang ni acik? Takut sangat rasa.

Kalau tanya acik, ini jawapannya. Yang bertanya, sila baca jawapan acik di sini. Tak larat nak reply satu-satu:

1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10 kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah.

Tenang! Usah Buat Belian Panik Kalau Malaysia Kena Lockdown, Bagus Perkongsian Wanita Ini, Beli Barang Yang Perlu Je

Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta.

Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:

Ads

Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin

2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.

Tenang! Usah Buat Belian Panik Kalau Malaysia Kena Lockdown, Bagus Perkongsian Wanita Ini, Beli Barang Yang Perlu Je

3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.

 

4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.

Ads

5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.

6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.

7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.

Tenang! Usah Buat Belian Panik Kalau Malaysia Kena Lockdown, Bagus Perkongsian Wanita Ini, Beli Barang Yang Perlu Je

8. Kalau awak beragama Islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.

Ads

Tapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.

Sabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10 kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.

Tenang! Usah Buat Belian Panik Kalau Malaysia Kena Lockdown, Bagus Perkongsian Wanita Ini, Beli Barang Yang Perlu Je

Pesanan terakhir: Tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.

Semoga bermanfaat!

HIJABISTA: Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Kalau boleh semua barang hendak diborong bertroli-troli sedangkan stok barang tersebut masih banyak di rumah. Bertimbang rasalah. So jangan panik beli barang banyak-banyak. Orang lain pun hendak beli barang juga. 

Sumber kredit: Nurul Kasmadillawati Zakaria

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI