Sukar sebenarnya untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang. Insan yang sebelum ini pernah susah senang bersama. Lebih menyedihkan jika kita jadi orang terakhir tahu mengenai penderitaan yang dialami. Perasaan sama dikongsi oleh model popular, Mia Ali yang kehilangan salah seorang rakan baiknya yang juga seorang model popular di tahun 90-an, Noor Wahyu Zulkifly Chan.
Dalam posting yang ditulis di laman sosial facebook Mia memberitahu dia cukup terkilan apabila menjadi orang terakhir tahu penderitaan dialami rakan baiknya itu. Sedangkan orang lain termasuk suaminya sendiri tahu penyakit dialami arwah.
Setelah berbulan sakit mengalami kanser dan sepanjang tempoh itu memang mereka tidak berjumpa sehinggalah semalam hanya dapat menatap jenazahnya saja semalam.
Walaupun tahu ia adalah kehendak arwah, tetapi ia amat menyakitkan diri. Dia boleh terima jika disisihkan tetapi bila tak dapat bersua muka di saat akhir kehidupan orang yang disayangi tidak kira keluarga atau kawan-kawan memang menyakitkan dan sangat meremukkan hatinya.
Namun begitu Mia turut berterima kasih kepada arwah Noor Wahyu kerana pernah menceriakan hari-harinya sepanjang mereka berkawan. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Baginya arwah seorang yang sangat baik luar dan dalam.
Ketika dihubungi Mia turut memberitahu sepanjang lebih 10 tahun mereka berkawan arwah seorang yang baik, peramah dan tutur kata dijaga elok.
“Bukan itu sahaja dari segi kerja atau soal disiplin, sikapnya juga sangat menyenangkan. Bagilah apa saja baju atau job atau apa pun dia boleh buat. Arwah juga antara senior model yang lama buat modeling
,” ujar Mia ketika dihubungi.Sebagai seorang sahabat, Mia yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010 mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beiman.
Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman..
terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau. Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad disisihkan i blh terima lg..tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i..Allah lebih sayangkan u noor wahyu..u seorang yg sgt2 baik luar dan dalam…Semoga damai di sana wahai sahabat..
Al-fatihah
Dalam pada itu sahabat modeling lain juga turut memberi ucapan takzih atas kehilangan Noor Wahyu.
SUMBER: FACEBOOK & INSTAGRAM MIA ALI